HAPUSKAN KARTEL PERTANIAN, KEMBALIKAN LEMBAGA PADI DAN BERAS NEGARA (LPN)

The Issue

MEMORANDUM PESAWAH, PENGILANG BERAS MELAYU, PEMBORONG BERAS MELAYU DAN PENGGUNA KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

PUTRAJAYA, 20 OKTOBER 2017

‘HAPUSKAN KARTEL PERTANIAN, KEMBALIKAN FUNGSI LPN’

Yang Amat Berhormat,

Dato Sri Hj Mohammad Najib Bin Tun Abdul Razak.

Terima kasih kerana sudi membaca memorandum ini. Kami ingin menarik perhatian Dato Sri tentang masalah serius yang dihadapi industri padi dan beras kini serta mengharapkan tindakan yang bernas dan berani daripada Dato Sri.

“Kami memohon agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) ditubuhkan semula dan kali ini fungsinya perlu merentasi rantaian bekalan padi dan beras bermula dari benih padi hingga ke pasaran beras. Hanya badan yang bebas dari kepentingan komersial dan keuntungan sahaja yang layak menjaga Industri Padi dan Beras Negara. Bukannya sebuah syarikat persendirian seperti BERNAS”.

Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) telah dibubarkan dan Syarikat Padi dan Beras Nasional Berhad (BERNAS) telah ditubuhkan pada tahun 1996. BERNAS adalah sebuah entiti perniagaan swasta yang ditadbir berdasarkan kepentingan-kepentingan komersial. Kewajipan sosial terhadap agenda bumiputera dan jaminan keselamatan bekalan makanan negara adalah tambahan kos kepada BERNAS dan pastinya menjadi perkara paling akhir dalam agendanya. Risiko Malaysia terdedah kepada krisis beras sekarang adalah lebih besar apabila BERNAS menguruskan stockpile beras negara.

Tidak dinafikan BERNAS berjaya dalam memastikan kelangsungan syarikat dengan mengaut keuntungan berjuta ringgit namun gagal dalam memastikan tanggungjawab sosialnya terlaksana. Ini ditambah pula dengan pelbagai masalah dan kecelaruan koordinasi di peringkat penghasilan padi.

Kami memohon campur tangan Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut industri padi dan beras yang telah berlarutan sejak sekian lama dengan membentuk sebuah jawatankuasa penubuhan semula LPN.

 LATARBELAKANG SITUASI

Terdapat 400,000 keluarga pesawah di seluruh negara yang menjadikan mereka golongan yang terbesar dalam Industri pertanian negara. Setiap tahun hampir dua billion ringgit diperuntukan untuk Industri Padi Beras di pelbagai peringkat rantaian. Namun adakah peruntukan sebanyak itu, benar-benar membantu petani, mengapa majoriti daripada pesawah masih tergolong dalam kategori miskin ?

Hakikatnya majoriti petani memperolehi pendapatan hanya sekitar RM700 - RM800 sebulan setelah kiraan yang tepat dilakukan. Dengan kenaikan kos sara hidup, tanaman tidak menjadi dan kos modal untuk bertani meningkat (benih, baja, bajak, racun, tuai), kehidupan mereka semakin terdesak. Selain itu, isu penindasan terhadap petani oleh sebahagian peraih yang tidak jujur, masalah perosak tanaman yang tidak pernah selesai, eksploitasi syarikat-syarikat racun dan isu kesihatan yang merosot akibat penggunaan bahan kimia berbahaya sudah cukup membuktikan perlunya satu tindakan perubahan yang konkrit dan berani.

Salah satu tanggungjawab sosial yang telah disyaratkan kepada BERNAS sewaktu pembubaran Lembaga Padi Beras Negara adalah terus membantu dan memperkasakan kilang-kilang beras Bumiputera dimana kilang-kilang ini telah wujud sejak zaman-berzaman sesuai dengan sosio-budaya masyarakat Melayu yang dekat dengan kebudayaan padi dan beras. Tanggungjawab sosial ini bukan percuma, BERNAS diberi hak tunggal mengimport beras, diberikan hak untuk menyimpan beras stokpile dengan dana disalurkan oleh kerajaan dan diberi kepercayaan untuk menguruskan subsidi. Dalam hal memperkasakan kilang-kilang bumiputera ini, sangat jelas dilihat bahawa jumlah kilang milik bumiputera yang menyertai skim - skim BERNAS merosot daripada 203 buah diseluruh negara kepada hanya 20 buah kilang kini.

Kita musykil mengapa kilang-kilang ini boleh berkubur sedangkan keperluan beras negara tidak pernah berkurang? Ini disebabkan pelbagai isu yang melanda kilang-kilang bumiputera akibat daripada polisi yang tidak membantu perkembangan kilang bumiputera dan monopoli BERNAS dan anak syarikatnya yang menguasai keseluruhan industri.

Kilang-kilang Melayu yang telah beroperasi lebih 40 tahun dengan begitu berjaya terpaksa ditutup dalam masa 10 tahun kebelakangan ini. Dengan lantainya yang becak, bumbung yang bocor, lalang yang tumbuh melata dicelah-celah serkam padi lama yang sudah hitam membukit, serta kesan najis burung dan sawang yang melekat pada mesin-mesin padi yang nilainya mencecah jutaan ringgit cukup menyedihkan. Di Kelantan, sudah tidak wujud lagi kilang beras Melayu. Semuanya sudah gulung tikar.

Dalam hal mencapai tahap 100% sara diri (SSL) dalam penghasilan padi, kita masih bertungkus lumus dengan hanya mancapai tahap sekitar 70% pada masa kini sedangkan objektif ini telah disasarkan sejak tahun 1975. Pancapaian terbaik adalah pada tahap 92% pada tahun 1980 sewaktu LPN masih bertanggungjawab. Ini menunjukkan kelemahan pengurusan industri untuk meningkatkan hasil padi.

Selain bertindak sebagai mekanisma kerajaan untuk menghadapi bencana mahupun peperangan, SSL ini menjamin agar kebajikan dan kesejahteraan petani terus diijaga. Telah beberapa kali pihak Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan bahawa kita perlu menggunakan indeks baru iaitu Food Security Index yang dihasilkan oleh The Economist Intelligence Unit.  Indeks ini meletakkan kebebasan pasaran beras import sebagai salah satu indicator selain kecekapan pengedaran dan tahap keselamatan beras untuk dimakan. Jika kerajaan mengutamakan Indeks ini berbanding SSL, kedaulatan makanan kita akan terancam dan kebajikan petani tidak lagi benar-benar terjamin. Pihak kementerian juga berkata memadai untuk kita hanya mencapai 72% SSL kerana lagi 28% kita import untuk memberi pilihan pada pengguna.

Kenyataan ini tak berdasarkan kepada konsep ‘food security’ apatah lagi ‘food sovereignty’. Kenyataan Menteri ini berdasarkan kepada konsep ‘food availability’ yang di dasari perdagangan (trade). Padi dan beras adalah industri ‘food security’. Macam mana kita faham keperluan menjaga kebajikan polis dan tentera, begitu juga kita kena faham keperluan menjaga industri padi dan beras mencapai 100% self sufficient level. Ini persoalan keselamatan Negara pada ketika masa yang tidak dijangka-jangka. Kita perlu rujuk krisis beras Malaysia 1973/74, yang telah jadi asas kepada kerajaan menetapkan polisi 100% SSL ini.

ISU PADI

Di bahagian penghasilan padi, peningkatan kos-kos untuk bertani, ancaman perosak, masalah infrastruktur dan tanah, masalah kualiti benih, baja dan racun, ditambah pula dengan ancaman kesihatan adalah faktor mengapa saban tahun kerja-kerja bersawah dirasakan tidak lagi berbaloi. Namun ia mesti tetap diteruskan demi jaminan bekalan makanan negara (food security).

Walaupun subsidi diberikan dan harga padi dinaikan, ia dilihat tidak membantu kerana ketiadaan kawalan menyebabkan kos-kos bertani turut meningkat sehingga 30%. Antara kos yang meningkat adalah sewaan jentera membajak dan menuai, kos lori padi, kos racun, baja dan terkini kos benih. Permainan harga benih kerana tiada had syilling oleh kilang benih kini adalah isu paling hangat diperkatakan sekarang.

Dengan perlaksanaan kaedah pemutuan sebenar, potongan pemutuan (berat bersih) padi juga meningkat sehingga 40% daripada 18% walaupun didakwa bahawa kualiti padi kita semakin baik dengan penghasilan benih dan penggunaan teknologi baru. Kaedah ini dikatakan adil kepada kilang dan petani, namun pihak petani masih menjadi mangsa kerana tiada mekanisma yang benar-benar melindungi petani daripada penipuan dan eksploitasi ketika proses pemutuan dilaksanakan.

Ini tidak termasuk kerugian kehilangan hasil ketika menuai (post harvest loss) iaitu padi tumpah sehingga 9.97% yang berlaku akibat mesin jentuai yang digunakan tidak diselenggara dengan baik atau waktu tuaian yang tidak sesuai. Ini berlaku kerana tidak ada pemantauan pihak berkuasa terhadap keadaan jentera dan waktu tuaian sepertimana Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memeriksa keadaan kenderaan awam dan waktu operasinya.

Petani juga dieksploitasi dengan penggunaan bahan kimia yang terlalu banyak. Sebenarnya ada banyak cara lain untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan kimia ini. Tetapi, lobi dan strategi pemasaran syarikat-syarikat racun dan baja menyebabkan petani tiada pilihan yang banyak. Lebih-lebih lagi apabila ia dipakejkan dengan subsidi seperti yang berlaku sekarang dengan penggunaan benih padi Clearfield (CL) yang berasal dari Jerman. Pengeluar benih padi sah kini sedang giat menjual benih CL ini dengan cara paksaan kepada petani walaupun benih in tidak lagi menjadi pilihan kerana membawa banyak masalah penyakit.

Benih CL yang dikeluarkan berpakej dengan racun ini sepatutnya hanya boleh digunakan untuk 3 musim berturut-turut, jika digunakan berterusan padi angin akan menjadi kebal (resistant) dan petani perlu menggunakan racun yang lebih kuat pula dimasa akan datang. Ini adalah kenyataan daripada MARDI sendiri ketika pelancaran benih ini pada 2010. Kini setelah hampir 7 tahun digunakan dengan tiada kawalan, kerentanan telah berlaku dan pelbagai penyakit yang tidak pernah ada sebelum ini, timbul. Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab mengawal hal ini.

Petani meragui kualiti benih yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat yang memonopoli subsidi pengeluaran benih. Ini kerana seringkali terjadi sehingga 50% benih yang ditabur tidak tumbuh malah rumput dan rumpai pula yang tumbuh. Jika muncul masalah tanaman, tiada siasatan yang bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan. Tanah bermasalah hanya ditabur kapur. Sepatutnya satu pasukan penyiasatan masalah padi perlu ada untuk membantu petani secara berkelompok sehingga selesai sepertimana Jabatan Veterina menyediakan satu pasukan penyelidik dari institut penyelidikan untuk mencari punca masalah apabila ternakan sakit.

Dalam hal baja, setiap kawasan bendang mempunyai jenis tanah yang berbeza dan keperluan baja yang berbeza (agronomik). Oleh kerana pilihan baja subsidi yang diberikan adalah sama jenis (standard), maka ada petani yang tidak menggunakan baja tersebut dan terpaksa pula membeli baja sendiri. Baja subsidi yang mereka dapat, dijual pula kepada pengusaha sayur dengan harga murah. Ini merugikan perbelanjaan kerajaan. Penggunaan baja yang tidak betul akan merosakan tanah. Kaedah yang tepat perlu dilaksanakan untuk mengatasi isu ini.

ISU BERAS

Dibahagian beras, beras-beras murah kualiti rendah kini diimport dengan banyak dari Vietnam. Beras-beras ini beras lama, jadi apabila hendak di'packing' ia kena di'polish' dahulu supaya jadi warnanya putih jernih. Sebenarnya, apabila di'polish' sekali lagi apa yang tinggal adalah 'teras' butir beras yang tawar dan keras apabila dimasak, memang tidak sedap. Kualiti beras-beras lama Vietnam ini lebih rendah daripada beras yang dihasilkan oleh kilang tempatan. Oleh sebab itu, majoriti pemborong-pemborong besar yang tidak bertanggungjawab akan mencampurkan beras tempatan bersama beras Vietnam ini kemudian di'pack' semula sebagai beras import 5% dan 10%. Penggunalah yang tertipu. Beras import dibawa masuk dengan banyak kerana ia lebih murah berbanding membeli padi kemudian memprosesnya kepada beras.

Beras tempatan pula sengaja dilonggokkan dan disimpan lama digudang, apabila sudah 'jadi lama' harganya turun. Apabila harga turun, ia dibeli oleh pemborong besar secara banyak dengan harga borong. Sudahlah untung dapat beras import, untung pulak beli beras tempatan harga diskaun. Beras tempatan ini peratus hancurnya adalah 15%, ia akan digredkan semula dan beras inilah yang dicampur dan dijual sebagai beras import. Beras tempatan pula dicampurkan dengan beras hancur import dan dijual sebagai beras tempatan (walaupun sebenarnya bercampur). Sebenarnya di Malaysia hanya ada 8 pemborong besar yang mengusai hampir semua pasar raya dan kedai-kedai yang mana kesemuanya adalah anak syarikat BERNAS. Ini bermakna business BERNAS kini adalah membeli padi (sebagai pembeli padi terkahir), mengilang dan juga memborong (melalui anak syarikat).

Apabila membeli beras import dilihat lebih untung dari membeli padi, maka sudah tentulah lebih banyak beras import dibeli. Alasan bahawa lambakan beras asing di dalam negara berpunca daripada penyeludupan di pintu sempadan adalah tidak berasas kerana jumlahnya yang terlalu banyak iaitu 200,000 metrik tan setahun. Jumlah sebanyak ini hanya boleh dibawa masuk melalui pelabuhan-pelabuhan utama Negara menggunakan kapal-kapal dagang. Siapa pula yang akan membeli dengan jumlah yang banyak ini jika tidak anak syarikat BERNAS sendiri yang kini menguasai hampir keseluruhan pasaran beras.

Sebagai syarikat yang dipertanggungjawabkan sebagai pembeli padi terakhir pada harga RM1200 per tan, BERNAS tetap terpaksa membeli padi. Jika tidak, mereka tiada hak mendapat keistimewaan sebagai pengimport tunggal, 'pengurus' subsidi dan penyedia stokpile. Maka, untuk mengurangkan rugi kerana terpaksa membeli padi dari petani, maka BERNAS membuat potongan yang tinggi sehingga 50%. Kilang-kilang swasta lain juga menurut langkah yang telah dimulakan oleh BERNAS ini.

PERANAN LPN PERLU DIKEMBALIKAN

Sebenarnya sebelum ini petani pernah memiliki ‘demand’ yang tinggi untuk menjual padi. Ini kerana pengilang-pengilang berebut-rebut untuk membeli padi kerana beras import terkawal, jadi tawaran-tawaran dibuat kepada petani berupa potongan yang rendah serendah 8 kilo, beras percuma dan lain-lain. Namun, apabila pasaran sudah 'dikacau', kesannya akan kembali juga kepada petani.

Sebelum BERNAS, Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) berfungsi sebagai pihak penimbal yang boleh mengawal ekspoitasi daripada berlaku dengan mengurangkan import bila berlaku lambakan beras atau melepaskan beras stockpile ke pasaran bila berlaku kekurangan beras untuk menstabilkan harga. Kini peranan tersebut sudah tidak wujud. Di pihak petani pula, memang tidak ada pihak berkuasa yang menyelia isu-isu petani ini secara serius dan tiada apa-apa akta yang boleh melindungi petani daripada dieksploitasi diperingkat benih hingga menuai.

Setelah BERNAS mengaut laba selama hampir 20 tahun, impak penswastaan padi dan beras wajar dipersoalkan dan dinilai semula. Adakah industri padi dan beras telah berjaya diperkasakan semenjak syarikat konsesi ini mengambil alih sumber makanan asasi negara? Tercapaikah hasrat kerajaan untuk memodenkan dan mengimarahkan industri? Berkurangkah beban kewangan kerajaan? Dan terlaksanakah tanggungjawab sosial agenda Bumiputera untuk memartabat ekonomi pesawah, pemborong dan pengilang yang 95% terdiri daripada orang Melayu itu? Isu ini bukanlah perkara baru bahkan sudah ditimbulkan semenjak zaman Datuk Seri Mustapa Muhamed memegang teraju Kementerian Pertanian lagi.

KEGAGALAN BERNAS

Kami ingin bertanya, apakah yang menyebabkan kerajaan berpuas hati dengan prestasi dan peranan yang dimainkan oleh BERNAS dalam menjaga Industri Padi dan Beras Negara? Bagi kami, jelas bahawa BERNAS telah gagal kerana;

      I.        Sasaran Tahap Sara Diri atau Self Sufficient Level (SSL) beras kekal pada tahap sekitar 70% sejak 23 tahun lalu.

    II.        Ada sebanyak 203 buah kilang-kilang Bumiputra yang menyertai Skim BERNAS sewaktu proses penswastaan tetapi kini hanya tinggal 20 buah sahaja yang masih beroperasi. Ini akibat daripada diskriminasi dan tekanan yang diberikan BERNAS terhadap kilang-kilang ini.

   III.        Mengkhianati tanggungjawab untuk menjaga kebajikan petani apabila lebih mengutamakan beras import berbanding tempatan dan akhirnya mengenakan potongan pemutuan yang tinggi terhadap padi tempatan untuk mengaut keuntungan berganda.

  IV.        Sejak melaksanakan joint venture dengan pemborong-pemborong beras pada 2007/2008, BERNAS kini memonopoli sebagai pembeli padi terakhir, pengilang dan pemborong (melalui anak syarikat). Sebagai sebuah syarikat yang meletakkan keuntungan sebagai sasaran utama, sudah tentu membeli beras import dilihat lebih menguntungkan dan memproses padi tempatan diabaikan.

   V.        Sebelum BERNAS, Lembaga Padi Dan Beras (LPN) berfungsi sebagai pihak penimbal yang mengawal eksploitasi daripada berlaku. Kini peranan itu sudah tidak wujud. Di pihak petani pula, memang tidak ada agensi yang benar-benar menyelia isu-isu petani secara serius.

Kami sekali lagi memohon agar Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) ditubuhkan semula dan kali ini fungsinya perlu merentasi rantaian bekalan padi dan beras bermula dari benih padi hingga ke pasaran beras. Hanya badan yang bebas dari kepentingan komersial dan keuntungan sahaja yang layak menjaga Industri Padi dan Beras Negara. Bukannya sebuah syarikat persendirian seperti BERNAS.

�  14 TUNTUTAN BADAN BERTINDAK SELAMATKAN INDUSTRI PADI DAN BERAS NEGARA 

1. Menubuhkan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) yang kuasanya merentasi setiap peringkat rantaian industri padi dan beras bagi mengatasi masalah ketiadaan koordinasi, penindasan, salah guna kuasa serta eksploitasi di peringkat benih, padi dan beras. Semua keistimewaan yang diberikan kepada BERNAS mesti dipindahkan kepada LPN.

2. Pertahankan kedaulatan dan jaminan keselamatan makanan Negara dengan sasaran tahap sara diri (SSL) padi 100%. Jangan berhenti setakat 70% dan jangan mengutamakan penggunaan indek keselamatan makanan (Food Security Index) yang berpaksikan free-trade serta mengabaikan kebajikan petani.

3. Utamakan beras tempatan dalam penyediaan beras stokpile negara dan penggunaan dalam pasaran tempatan serta pastikan kawalan ketat dilaksanakan terhadap kemasukan beras import samada melalui penyeludupan atau secara sah.

4. Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) yang akan ditubuhkan nanti mesti diberi kuasa yang lebih untuk mengawal kemasukan dan pengedaran beras import. Cukai mesti dikenakan keatas beras import. Cukai import ini kemudian digunakan untuk tabung khas bagi memastikan pendapatan petani terjamin jika berlaku musibah dan juga digunakan untuk program pembangunan kilang-kilang dan pemborong Melayu yang semakin terpinggir.

5. Memperkasakan semula kilang-kilang Melayu dengan penjadualan semula hutang kilang-kilang yang telah ditamatkan akibat tiada pembiayaan, diberi pinjaman stok untuk modal membeli padi dan sebahagian daripada AP beras import diberikan kepada pengilang Bumiputera.

6. Kouta monopoli penghasilan padi benih kepada pihak-pihak tertentu di hapuskan. Padi benih hendakkah di tanam dikawasan terasing untuk memastikan ketulenannya terjamin serta diuruskan oleh sebuah agensi pertanian yang tiada kepentingan komersial.

7. Melaksanakan pemotongan pemutuan sebenar padi dengan had syiling yang berpatutan dan dengan kawal seliaan yang ketat. Petani yang merasakan dianiaya boleh membuat bantahan kepada LPN melalui satu mekanisma yang mudah dan berkesan

8. Kaji semula keadah pemberian subsidi harga padi bagi semua hasil padi samada dijual terus, digunakan sendiri untuk benih atau dikisar menjadi beras. Ini memberi kebebasan kepada petani untuk memilih benih sendiri dan dengan mengisar sendiri padi untuk dijadikan beras petani dapat memperolehi lebihan pendapatan.

9. Pemberian subsidi diuruskan oleh pihak LPN atau IADA (Integrated Agricultural Development Autority) seperti MADA dan KADA bukannya oleh sebuah syarikat persendirian seperti BERNAS.

10. GST terhadap input pertanian dihapuskan, manakala harga input pertanian dan kadar upah dikawal serta menguatkuasakan agensi yang akan menyelia mesin jentuai untuk mengatasi masalah padi tumpah (post harvest loss) ketika menuai kerana mesin yang tidak mengikut spesifikasi.

11. Subsidi input diberi dalam bentuk tunai dengan kaedah yang sesuai supaya petani boleh memilih pilihan baja yang berkualiti dan sesuai dengan agronomik tanah masing- masing serta kerajaan perlu melaksanakan dasar untuk mengurangkan penggantungan bahan kimia yang terlalu berat dalam pertanian demi kesihatan petani serta pengguna.

12. Menangani masalah serangan perosak dan penyakit dengan serius serta profesional melalui sebuah pasukan pemantau dan rujukan khas (reference center) yang benar-benar berfungsi di setiap kawasan jelapang.

13. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) diberikan hak sebagai pemborong dan peruncit beras.

14.  Menghalang pertukaran syarat guna tanah pertanian padi kepada status lain yang kini dilihat seperti dilakukan sewenang-wenangnya.

BADAN BERTINDAK SELAMATKAN INDUSTRI PADI DAN BERAS NEGARA

(PADI RESCUE)

No.53,

Jalan Pudina,

Bukit Bandaraya, Bangsar

59000 Kuala Lumpur.

PADI RESCUE DIANGGOTAI OLEH :

Badan Bertindak Pesawah Malaysia

Badan Membela Kebajikan Petani (Bela Tani)

Badan Bertindak Pesawah MADA

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia

Persatuan Pemborong Beras Bumiputera Malaysia

Pertubuhan Pembangunan & Inovasi Wanita (WADI)

Pertubuhan Muafakat Warga Desa (Rural Citizen)

Pengerusi Bersama:

Wakil Petani:

Muhammad Rafirdaus Abu Bakar | 0122853336

Wakil Pengilang:

Musonnef Hj Md Radzi | 0125070757

Wakil Pemborong:

Ajwad Bin Abu Hassan | 0123326978

Setiausaha / Koordinator:

Nurfitri Amir Bin Muhammad | 0137069509

*mana-mana pertubuhan yang menyokong dan ingin turut serta dalam perjuangan ini sila hubungi Padi Rescue melalui facebook dan nama pertubuhan anda akan disenaraikan.

avatar of the starter
PADI RESCUE (Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras Negara)Petition Starter
This petition had 284 supporters

The Decision Makers

Dato Sri Najib Tun Razak
Dato Sri Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

Petition Updates