SEMENYIH HUGE AIR POLLUTION AT NIGHT!

SEMENYIH HUGE AIR POLLUTION AT NIGHT!

161 have signed. Let’s get to 200!
Sebas Lee started this petition to Malaysian government and

Pencemaran Udara Besar Semenyih - Pembakaran Haram Di bukit waktu malam

Masa: Selalu bermula 8.30pm hingga awal pagi 8.30am (lebih kurang 4 kali seminggu)
Lokasi: lebih kurang di 2°58'37.5"N 101°50'53.8"E berdekatan kawasan kuari Semenyih di bahagian bukit belakang Bandar Sunway Semenyih & Desa Mewah

Operasi haram ini sudah berlarutan bertahun-tahun & udara sekitar kawasan ini waktu malam selalu terjejas.

Gambar diambil dari bangunan tinggi kondo berdekatan.

Gambar kebanyakan diambil adalah dari awal pagi 8am dan boleh nampak dengan jelas berapa luas asap ini meliputi kawasan Semenyih.

Penduduk-penduduk dari kawasan di atas juga telah mengesahkan bahawa memang ada pencemaran udara waktu malam sampai pagi selalu.

Ia melibatkan kawasan yang amat luas meliputi Diamond City, Taman Sri Haneco, Kg Pasir Baru Semenyih, Pekan semenyih, Bandar Teknologi Kajang, Bandar Sunway Semenyih, Desa Mewah, D'Villa Semenyih, Taman Semenyih Mewah, Kajang East, Hillpark, Tropicana Heights Kajang, Taman Kajang Prima, Tiara East, Taman Tasik Semenyih, dll.

Asapnya amat tebal & luas (seperti dalam gambar)

Syarikat atau siapa yang selalu melakukan operasi pembakaran haram ini selalu waktu malam?
Kami perlu pihak berkuasa bertindak serta-merta


161 have signed. Let’s get to 200!