Desak Perletakan Jawatan Pengurusan Tertinggi RapidKL

The Issue
Gangguan perkhidmatan Aliran LRT Kelana Jaya semakin terjadi-jadi. Bermula dari 5 November 2022, perkhidmatan LRT Aliran Kelana Jaya tergendala berikutan masalah dengan sistem Automatic Train Control (ATC). Sistem berkenaan telah mengalami masalah beberapa kali lagi pada 6hb November dan 7hb November.
Pada 8hb November, pihak RapidKL telah menutup sebahagian daripada Aliran Kelana Jaya menyebabkan ribuan pengguna terkandas di stesen masing-masing.
Lebih menyukarkan, keadaan berlaku pada waktu puncak ketika sebahagian besar pengguna mula memenuhi stesen untuk pulang selepas tamat waktu kerja. Bertambah dengan hujan lebat pada 8hb November, beribu penumpang yang mengharapkan perkidmatan RapidKL terkandas dan ramai diantara mereka terpaksa pulang berjalan kaki di dalam hujan.
Perkidmatan bas yang disediakan juga adalah tidak mencukupi, tembahan pula kesesakan lalu lintas yang teruk akibat hujan lebat. Pihak RapidKL juga tidak berkomunikasi dengan penumpang dan hanya memberikan update pada saat yang tarakhir melalui media sosial. Tiada kenyataan diberikan oleh pengurusan tertinggi RapidKL atau dari Menteri Pengangkutan.
Tampa amaran, Operasi LRT Kelana Jaya ditutup 9hb November sehingga 15 November. Kenyataan hanya diberikan awal pagi 9 November. Ini menyebabkan ramai penumpang tidak dapat mengaturkan perjalanan ke tempat kerja masing masing.
Kami mendesak supaya pengurusan tertinggi RapidKL segera meletak jawatan atas kejadian yang memalukan ini. If you can't do your bloody job, leave it to someone better!

Petition Closed
Share this petition
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 8 November 2022