Reject unfair additional charges on internship, demand for unconditional full refund.

0 have signed. Let’s get to 500!


English Statement:

The third year Civil Engineering undergraduates (batch of 2015/2016) of the Faculty of Engineering, University of Malaya have grown frustrated with the University's lack of response and urgency towards the issue of additional charges in our tuition fees. Thus, we would like to express our demands publicly to urge the University to pay attention to and respect the rights of students by resolving this issue and reversing the additional charges immediately and unconditionally.

This issue resulted from a sudden increase of RM300 in fees for third year undergraduates from the Department of Civil Engineering (RM 900 for international students). However, the purpose of the additional fees were unaccounted for because it was labeled merely as "TUITION FEES" in the financial account statement, showing a total lack of transparency. It was later learnt that these charges were tuition fees for students to undergo external industrial training.

When the issue was brought to light, we immediately contacted the relevant authorities. However, after being directed from one office to another, it seems that none of the units are taking responsibility for the problem. It took us nearly one month to get an official reply. We were informed that our request for a full refund was rejected because internship is not compulsory for Civil Engineering students from the intake of 2015/16. Since our course was not registered as 8+1 (8 regular semesters + 1 short semester for internship), we had to pay extra for taking the so-called 'extra course'.

We believe that the charges are unreasonable and there is a strong suspicion of deception going on. We urge the bursary to fully refund the amount that has been deducted and restore the financial autonomy of the university students:

First, total semesters for our course is 8 semesters, and the admission letter has clearly stated that students will only need to pay RM1,000 as tuition fees per semester. However, our financial account showed that the total tuition fee for the recent semester was RM1,300, which is a significant conflict with the amount listed in the admission letter.

Second, civil engineering belongs to faculty of engineering, but it is treated differently from other departments. No other department in the faculty were charged. Students from the same department but taking a different course were not charged either despite having a similar course structure (environmental engineering), but only we, the civil engineering students are required to pay an additional RM300 for the internship programme. The university must provide a reasonable explanation as to why civil engineering students are forced to pay additional tuition fees.

Third, although the course outcome is the same as previous batches, our seniors did not pay any extra fees for the internship programme. The university cannot avoid its responsibility in informing us on its stand and its next action.

Fourth, If the internship programme is not a compulsory as the bursary claims it to be, then why does the faculty stipulate that undergraduate students must complete an internship course before they are eligible to graduate? It clearly proves that the university's argument is self-contradictory.

It is reasonable for students to pay tuition fees if they are receiving lectures but these internships are conducted outside of the University, we are not attending lectures. An intern is paid much lower than a working adult, some do not even receive allowances. And on top of that, the students have to pay for their own accommodation, transport, and meals during that period.

It is reasonable for students to pay tuition fees if they are receiving lectures but these internships are conducted outside of the University, we are not attending lectures. An intern is paid much lower than a working adult, some do not even receive allowances. And on top of that, the students have to pay for their own accommodation, transport, and meals during that period.

Our three major demands to the University are:
First, the unconditional full refund to the affected students.
Second, clearing of our outstanding balance of RM300 immediately so that we can register for the coming semester.
Third, state clearly in the terms of future student admission all major charges and adopt transparency in showing where our tuition fees are going and what it is being spent on the justify the amount.

To be able to boast being the Nation's top 1 university, University of Malaya must implement and adopt the core values of competency, accountability, and transparency in all administrative matters. Finally, we urge the university to heed our three major demands, adopt a progressive and professional attitude in dealing with the "extra charges" issue, properly manage all administrative work, and prevent similar incidents from happening again.

Kenyataan dalam Bahasa Melayu:

Kami, sekumpulan pelajar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya kian tertekan dengan sikap universiti yang seolah-olah tidak bersungguh dalam menyelesaikan isu caj tambahan yang telah dikenakan dalam yuran pengajian kami baru-baru ini. Maka di sini, kami ingin menyatakan tuntutan kami secara terbuka kepada universiti untuk memberikan perhatian sepenuhnya dalam menyelesaikan isu ini dan menarik semula caj tambahan tersebut dengan segera tanpa sebarang syarat.

Isu ini bermula apabila secara tiba-tiba yuran pengajian bagi pelajar ijazah dasar tahun ketiga jurusan Kejuruteraan Awam pada semester dua sesi 2017/18 yang lalu telah dinaikkan sebanyak RM 300 (RM 900 untuk pelajar antarabangsa). Walaubagaimanapun, caj ini hanya dikenakan setelah tamat semester tersebut dan ianya dinamakan sebagai "YURAN PENGAJIAN" dalam penyata akaun kewangan pelajar, menunjukkan ketidaktelusan pentadbiran dalam hal ini. Kami kemudian mendapat tahu bahawa caj ini adalah yuran pengajian bagi pelajar yang menjalani latihan industri pada semester berikutnya (semester tiga sesi 2017/18).

Sejurus selepas mendapat maklumat ini, kami telah segera menghubungi pihak yang berkaitan. Tetapi kami telah diarahkan untuk merujuk daripada satu pejabat ke pejabat yang lain berulang-ulang kali. Perkara ini menunjukkan seolah-olah tiada satu pun unit yang dihubungi mengambil sikap bertanggungjawab terhadap hal ini. Kami telah menghabiskan hampir satu bulan menunggu jawapan rasmi daripada pihak yang sepatutnya.

Kami kemudian dimaklumkan oleh Bendahari Universiti bahawa permintaan kami supaya yuran tersebut ditarik kembali ditolak kerana latihan industri adalah bukan subjek wajib bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Awam ambilan sesi 2015/16. Disebabkan itu, jurusan pengajian kami tidak didaftarkan sebagai 8+1 (8 semester panjang + 1 semester khas untuk latihan industri). Maka kami perlu membuat bayaran tambahan untuk mengambil subjek yang kononnya adalah "subjek tambahan" iaitu program latihan industri kami.

Kami yakin bahawa perkara ini adalah tidak munasabah dan terdapat unsur penipuan yang sedang berlaku. Kami mendesak pihak Bendahari Universiti untuk menarik kembali amaun tersebut dan kembalikan autonomi untuk kami sebagai pelajar universiti:

1. Jumlah semester untuk bidang pengajian kami adalah 8 semeter dan surat kemasukan telah nyatakan secara jelas bahawa pelajar hanya perlu membayar yuran pengajian sebanyak RM 1,000 bagi setiap semester. Walaubagaimanapun, akaun kewangan kami telah menunjukkan bahawa yuran sebanyak RM 1,300 telah dikenakan bagi semester kami yang lalu (semester dua sesi 2017/18). Perkara ini jelas bercanggah dengan kenyataan dalam surat kemasukan tersebut.

2. Jabatan Kejuruteraan Awam adalah salah satu jabatan di bawah Fakulti Kejuruteraan, tetapi kami telah diberi layanan yang berbeza dengan pelajar dari jabatan lain. Tiada pelajar dari jabatan lain di bawah Fakulti Kejuruteraan dikenakan caj untuk menjalani latihan industri mereka. Tambahan lagi, rakan kami yang mengambil kursus Kejuruteraan Alam Sekitar di bawah jabatan yang sama juga tidak dikenakan caj bagi tujuan sama walaupun mempunyai struktur pengajian yang serupa seperti kami. Pihak universiti mesti mengemukakan sebab yang munasabah mengapa hanya kami, pelajar jurusan Kejuruteraan Awam dikenakan yuran tambahan sebanyak RM 300 untuk menjalani latihan industri.

3. Walaupun struktur program bagi latihan industri kami ini sama dengan pelajar senior pada sesi terdahulu, mereka tidak perlu membayar yuran pengajian tambahan bagi program latihan industri mereka sebelum ini. Pihak universiti tidak boleh mengambil sikap berlepas tangan dalam perkara ini. Universiti mesti menyatakan pendirian serta rancangan tindakannya yang seterusnya.

4. Jika program latihan industri ini adalah bukan suatu kewajipan seperti yang dinyatakan oleh Bendahari Universiti, mengapa pihak fakulti kami menyatakan bahawa pelajar mesti menjalani latihan industri sebelum layak untuk bergraduasi? Di sini jelas bahawa kenyataan pihak dalam universiti bercanggah antara satu sama lain.

Ianya adalah munasabah untuk pelajar bagi membayar yuran pengajian jika mereka perlu hadir ke kuliah tetapi latihan industri ini diadakan di luar universiti. Bermakna kami tidak menghadiri sebarang kuliah yang diadakan oleh universiti sepanjang tempoh latihan industri kami.

Seorang pelatih industri juga menerima bayaran yang jauh lebih rendah daripada pekerja biasa, malah ada yang langsung tidak menerima sebarang bayaran atau elaun sepanjang tempoh latihan. Tambahan pula, pelajar yang menjalani latihan industri juga perlu menanggung kos bagi penginapan, pengangkutan dan makanan sepanjang tempoh tersebut. Oleh itu, caj tambahan yang dikenakan oleh universiti ini adalah amat tidak sesuai dan menindas.

Tiga tuntutan kami kepada pihak universiti adalah:
1. Menarik kembali semua caj yang dikenakan kepada pelajar yang terkesan.
2. Membersihkan baki bayaran RM 300 bagi semester lalu dalam akaun kewangan kami supaya kami dapat mendaftar untuk subjek semester baru yang bakal dibuka tidak lama lagi.
3. Membuat kenyataan yang jelas tentang semua caj yang akan dikenakan kepada pelajar ambilan baru di masa hadapan. Pihak universiti juga mesti mengadakan sistem yuran yang lebih telus dengan menyatakan segala butiran pembayaran yang perlu dibuat dan tujuan bayaran tersebut dikenakan.

Sebagai universiti terunggul negara, Universiti Malaya sepatutnya mengamalkan nilai-nilai seperti cekap, bertanggungjawab dan telus dalam semua urusan pentadbiran universiti terutamanya urusan yang berkaitan pelajar.

Akhir sekali, kami ingin menyeru pihak universiti untuk menyahut kesemua tiga tuntutan kami, menunjukkan sikap progresif dan professional dalam menguruskan isu "caj tambahan" ini serta menyelesaikan kesemua kerja-kerja pentadbiran dengan teratur. Kejadian yang sama juga mesti dielak daripada berulang di masa hadapan.

中文文告:

马来亚大学土木工程系(civil engineering)三年级生(2015/2016年度)在此公开我们的诉求,希望校方能重视及尊重学生的权益,迅速处理并解决额外学费问题。

事发症结在于在缺乏透明的制度下,马大财务部突然向马大土木工程系三年级生强制性征收300令吉为额外学费(国际学生则为900令吉),却无法交代额外学费的用途及去处。经过该系学生再三求证,才得知额外的收费将作为实习课程的学费。

“额外收费”事件被揭发后,我们积极向负责单位(包括:土木工程部门、工程系学院、财务部)求证并积极提出全数退款的要求。因为实习课程不是本科的必修课程,因此不该被列入学费总额。无奈,各相关单位却互相推卸责任。该系学生用了近一个月的时间,才获得财务部的正式回复及拒绝。

我们认为收费是非常不合理且有诈取之嫌,并强烈要求财务部全数退还已被扣除的数额,归还大学生的财务自主权:
一、 本科系的课程则为8个学期,大学录取信件列明学生只需在一个学期里缴付1000令吉。如今,账户却显示,本学期的学费总额为1300令吉,与当初信件所列明的款项有明显冲突,已超出300令吉。
二、 本科系属工程学院,但却与工程学院里其他科系得到不同的待遇。即便所有工程系的三年级学生包括拥有相似的课程结构的科系环境工程系(environmental engineering)都务必实习,但唯有本科系须为实习课程额外缴付300令吉。校方必须给予合理的解释,为什么唯独土木工程系学生必须被强迫性缴付额外学费。
三、 虽然课程纲要(course outcome)与历届相同,但学长姐却不曾缴付任何有关实习课程的费用,唯独这届例外。校方由衷完全没有向该届学生交代出合理的原因,因此校方难逃其咎。
四、 若如上所说,实习课程不是必修课,那为何院方规定本科学生必须完成实习课程,方有资格毕业?这恰好证明校方说法是自相矛盾。

学生上课缴学费算是合情合理,但实习生又何时在这段期间占用大学的学堂上课呢?实习生虽属打工族一群,但福利本来就不高,有些同学甚至完全没有津贴,还得自掏腰包来偿还实习期间的住宿、交通及膳食费用。

如今,校方又额外征收学费,不就等同于榨取学生的血汗钱,剥削学生的福利吗?或许300令吉对校方来说算是鸡毛蒜头,但对于面临财务问题的学生可是天文数字。

在此,我们向校方提出三大诉求:
一、 无条件全数退款给受影响的学生。
二、 立即处理账目问题,避免拖累学生的课程登记。
三、 清楚列明入学条款,并透明化学费用途及去处。

我们相信,马来亚大学作为全国第一学府,务必贯彻具有核心竞争力(competency), 问责(accountability), 透明(transparency)的核心价值。最后,我们呼吁校方正视三大诉求,并采取进步及专业的态度处理“额外收费”事件,妥善所有行政工作,避免类似事件重蹈覆辙。



Today: Civil Engineering undergraduates (batch of 2015/2016) is counting on you

Civil Engineering undergraduates (batch of 2015/2016) needs your help with “Datuk Dr. Abdul Rahim Hashim: Reject unfair additional charges on internship, demand for unconditional full refund.”. Join Civil Engineering undergraduates (batch of 2015/2016) and 269 supporters today.