We urge the AG Chambers to appeal against the sentence on Nurul Hidayah Ahmad Zahid

0 have signed. Let’s get to 15,000!


[English version]

PETITION: We urge the AG Chambers to appeal against the sentence on Nurul Hidayah Ahmad Zahid || 6th May 2020

We, as concerned citizens of Malaysia, are greatly appalled by the decision of the Court to merely slap Nurul Hidayah, daughter of the infamous Ahmad Zahid Hamidi, and her husband with a fine of MYR800 each for violating the Movement Control Order (MCO).

We are aware that under the law, the Court has the jurisdiction to either impose a fine of up to MYR1000, a prison term of up to six months, or both, under the Prevention and Control of Infectious Diseases Regulations 2020.

Nonetheless, we strongly believe that the light sentence of MYR800 each meted out to Nurul Hidayah and husband makes a mockery of justice.

Normal citizens who have been caught in similar circumstances have been dealt harshly with. The recent case of a single mother who was initially jailed for one-month is illustrative.  Granted, upon appeal, this was replaced with a fine of MYR1000. But she still had to wallow in a lockup for eight days pending the outcome of her appeal.

Even a university student was fined MYR1000 for breach of the MCO, despite stating that he was returning from completing his assignment at his friend’s house.

These are just two examples out of the more than 19,000 people who have been arrested for violating the MCO.

None of them publicly displayed the arrogance and disrespect for the law as Nurul Hidayah did. Not only that, she also proudly expressed her sheer arrogance by challenging her critics to lodge a police report against her for breaching the MCO, allegedly implying that the law could not touch her.

We therefore urge the AG Chambers to file an appeal on this case. The judiciary must not be seen to be practicing double standards.

There must NOT be one set of laws and punishment for the common citizen, and another for the ruling politicians and their families

-------

[Versi Bahasa Melayu]
 
PETISYEN: Kami menggesa Jabatan Peguam Negara untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang dikenakan ke atas Nurul Hidayah Ahmad Zahid || 6 Mei 2020
 
Kami, sebagai rakyat Malaysia yang peduli lagi prihatin, sangat terkejut dengan keputusan Mahkamah terhadap Nurul Hidayah, yang merupakan anak perempuan kepada tokoh politik yang terkenal kebobrokannya Ahmad Zahid Hamidi, dan terhadap suaminya yang cuma dikenakan denda sebanyak RM800 setiap seorang disebabkan oleh kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
Kami sangat maklum bahawa di bawah undang-undang tersebut, iaitu di bawah Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020, Mahkamah mempunyai hak untuk memutuskan sama ada untuk mengenakan denda sehingga RM1000, penjara sehingga enam bulan, ataupun kedua-duanya sekali kepada para pesalah.
 
Namun begitu, kami sangat percaya bahawa hukuman denda RM800 setiap seorang yang dikenakan terhadap Nurul Hidayah dan suaminya itu adalah sangat ringan justeru menjadi suatu penghinaan terhadap sistem keadilan negara.
 
Dalam masa sama, rakyat biasa yang ditangkap dengan kesalahan serupa pula telah dikenakan hukuman yang sangat keras. Kes terkini adalah melibatkan seorang ibu tunggal yang pada awalnya dipenjara selama sebulan sebagai contoh. Setelah rayuan dikemukakan, hukuman tersebut digantikan dengan denda sebanyak RM1000. Tetapi, ibu tunggal tersebut masih terpaksa meringkuk dalam penjara selama lapan hari sementara menunggu hasil keputusan rayuan.
 
Malah, seorang pelajar universiti telah dikenakan denda sebanyak RM1000 kerana melanggar PKP, walaupun telah dinyatakan bahawa dia cuma ingin pulang setelah menyiapkan tugasan universiti di rumah kawannya.
 
Dua kes tersebut cumalah sekadar contoh daripada lebih 19,000 orang yang telah ditangkap kerana didapati melanggar PKP.
 
Tetapi, tidak ada seorang pun daripada mereka yang secara terbuka memaparkan keangkuhan dan keingkarannya terhadap undang-undang seperti yang telah ditonjol dan dilakukan oleh Nurul Hidayah. Bukan sahaja begitu, malahan dia juga dengan banggannya memaparkan kesombongannya itu dengan mencabar para pengkritik untuk membuat laporan polis terhadapnya kerana melanggar PKP, yang secara tersiratnya mendakwa bahawa dia kebal daripada apa-apa tidakan undang-undang negara.
 
Maka dengan itu, kami menggesa Jabatan Peguam Negara untuk memfailkan rayuan terhadap kes ini. Pengadilan negara tidak boleh dilihat sebagai mengamalkan sikap berat sebelah.
 
Tidak sepatutnya wujud satu set perundangan dan hukuman terhadap rakyat biasa, dan satu set lain yang berbeza pula terhadap ahli politik pemerintah dan para keluarga mereka.