BANTAH PROJEK (FASA 3 ) TAMBAH BESAR DARI BEST ETERNITY RECYCLE TECHNOLOGY SDN BHD

The Issue

Kami, penduduk Kuala Langat, terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak sihat semenjak kilang kitar semula sisa kertas BEST ETERNITY RECYCLE TECHNOLOGY SDN BHD (BERT) diluluskan, dibina, dan mula beroperasi di Sg Manggis, Banting, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor.

Pembinaan dua lagi kilang kitar semula sisa kertas yang amat besar telahpun diluluskan di kawasan yang sama dengan BERT, dalam radius 5km.

Kini, BERT pula mencadangan pelan pembinaan Fasa 3 yang akan meningkatkan lagi kapasiti operasi kilang!

Kami amat bimbang tentang:

1. Pencemaran Udara

Kilang kitar semula kertas BERT telah mula membakar sisa sebanyak ribu tan sehari. 

Pembakaran arang batu untuk menjana tenaga juga sebanyak ribu tan sehari.

Jika Fasa 3 ini diluluskan, pihak kilang akan menambah lagi pembakaran bahan api dan sisa-sisa pepejal untuk menjana tenaga.

Kami mendapati semakin banyak kes-kes penyakit sistem pernafasan seperti asma dan batuk di kalangan penduduk yang tinggal di sekeliling kilang.

Kami merayu kepada pihak berkuasa supaya mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan kami serta anak-anak sekolah kami.

Jarak salah sebuah sekolah rendah dari pagar kilang adalah kurang daripada 50m!

2. Pencemaran Air Sungai Langat dan Loji Rawatan Air Labohan Dagang

Dengan Fasa 3, BERT akan meningkatkan sisa air yang dibuang ke dalam Sg Langat sebanyak lebih kurang 30 juta liter sehari. Meninggikan buangan air kilang me Sg Langat dari 65 MLD ke 95MLD

Tempat pelepasan sisa air ketiga-tiga kilang kitar semula kertas terletak lebih kurang 10km dari Loji Rawatan Air untuk air minuman penduduk Selangor di Labohan Dagang.

Tambahan pula, di sepanjang sungai telahpun dibina kilang-kilang besi, sarung tangan, penapisan minyak terpakai, dan lain-lain industri berat.

Sg Langat merupakan tempat penangkapan ikan dan saluran air minuman. Kami berharap pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), Lembaga Urusan Air Selangor (LUAS), and kerajaan Negeri Selangor meningkatkan usaha pemeliharaan kesihatan Sg Langat, supaya kualiti air sungai ini bertambah baik, dari Kelas III ke Kelas II.

Projek penambahan kapasiti BERT ini akan membawa pelbagai ancaman kepada Sg Langat.

3. Pencemaran bau dan bunyi

Sejak kilang ini beroperasi pada tahun 2020, penduduk setempat telah mengalami masalah pencemaran udara, pencemaran bau bahan kimia, dan pencemaran bunyi kuat yang menganggu mereka, biasanya pada tengah malam.

Kami membantah dengan sekeras-kerasnya sebarang tambahan kapasiti kilang kitar semula sisa kertas BERT.

Tuntutan kami:

a1. Laporan “Environmental Impact Assessment” Fasa 3 yang dicadangankan pada 15 March 2023 mesti ditolak.

a2. Pihak BERT perlu memaparkan data kualiti udara dari cerobong-cerobong kilang pada setiap jam. Data itu perlulah dipaparkan di atas talian dan boleh dibaca oleh orang ramai.

a3. Pejabat Kesihatan Kuala Langat perlu menjalankan penilaian kesihatan berkala bagi penduduk Taman Bakti, Taman Periang, serta murid-murid dari EMPAT sekolah yang terdekat dengan kilang BERT. Hasil penilaian ini perlu dikongsikan dengan semua penduduk, supaya sebarang risiko kesihatan dapat diketahui.

Sekian, terima kasih.
Penduduk Kuala Langat

avatar of the starter
Penduduk-Penduduk Kuala LangatPetition StarterPenduduk-Penduduk kuala Langat

167

Petition updates