TOLAK IPCC, KEMBALIKAN IPCMC!

TOLAK IPCC, KEMBALIKAN IPCMC!

0 have signed. Let’s get to 300,000!
At 300,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) started this petition to BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG and

Pada tahun 2005, Suruhanjaya Siasatan Diraja telah mendapat perkenan Yang DI-Pertuan Agong untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menambah baik operasi dan pengurusan PDRM. IPCMC dicadangkan selepas PDRM menerima banyak aduan mengenai salah guna kuasa termasuk melibatkan kematian dalam tahanan, penderaan fizikal serta dianggap tidak telus.

IPCMC diperkenalkan bertujuan untuk menubuhkan sebuah badan bebas untuk mengkaji aduan terhadap pihak polis secara holistik ekoran banyak aduan diterima berkaitan anggota dan pegawai polis. IPCMC juga merupakan salah satu usaha untuk membersihkan nama dan imej polis dan antara lainnya IPCMC juga bertujuan untuk:

  • Mempromosikan integriti dalam pasukan polis
  • Menasihati pemerintah dan mengesyorkan langkah-langkah untuk mempromosikan integriti tersebut
  • Melindungi kepentingan awam dalam menangani salah laku polis
  • Merangka dan memperkenalkan mekanisme untuk mengesan, menyiasat, dan mencegah salah laku polis
  • Menjalankan kawalan disiplin dan tatatertib ke atas polis

Malangnya, cadangan itu tidak diterima sepenuhnya oleh pihak kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional. Mereka sebaliknya memperkenalkan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) pada tahun 2009 bagi menggantikan IPCMC. Setelah hampir 10 tahun beroperasi, EAIC telah membuktikan dirinya sebagai sebuah badan yang berwibawa dalam menyiasat salah laku polis. Walau bagaimanapun, EAIC dilihat mempunyai keterbatasan kuasa dalam menangani punca salah laku, menguatkuasakan cadangan atau mengenakan tindakan tatatertib terhadap mana-mana pengawai yang melakukan salah laku dan gagal bertindak selaras dengan Polis Diraja Malaysia.

IPCMC sekali lagi diperkenalkan semula di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, dan kali ini IPCMC dilihat sebagai ‘penambahbaikan’ daripada EAIC di mana kuasa yang lebih besar telah diberikan agar dapat menangani salah laku dalam institusi Polis Diraja Malaysia dengan lebih baik. Bukan itu sahaja, ‘penambahbaikan’ tersebut dibuat bagi memastikan keadilan dapat diberikan kepada mangsa pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan dalam kalangan pegawai Polis Diraja Malaysia yang tidak bertanggungjawab.


Sejak diperkenalkan semula pada tahun 2019, pihak pentadbiran Pakatan Harapan telah melakukan beberapa mesyuarat dan sesi perundingan awam yang diketuai oleh Mendiang Dato Liew Vui Keong dan seterusnya sesi bersama Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang yang diketuai oleh Ramkarpal Singh.


Selepas menjalani beberapa proses, Rang Undang-Undang IPCMC telah diberi penjenamaan baharu dengan nama telah ditukar kepada Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC). IPCC telah dijadualkan ke Parlimen pada bulan Disember 2019, tetapi telah ditangguhkan oleh pihak pentadbiran.


Namun, selepas pembentukkan kerajaan baharu, di bawah pemerintahan Perikatan Nasional, Rang Undang-Undang tersebut sekali lagi dipinda dan dibentangkan di Parlimen, namun kali ini tanpa adanya perundingan umum mengenai usul pindaan tersebut. Hal ini telah menimbulkan keprihatinan dan menarik perhatian masyarakat, organisasi awam, dan pihak berkepentingan akan isi kandungan Rang Undang-Undang IPCC tersebut.


Rang Undang-Undang IPCC yang diperkenalkan seumpama mengulang semula
kelemahan fatal yang akan menjejaskan fungsi IPCMC/IPCC dan sekaligus menjadikannya tidak relevan dan akhirnya mendorong kepada pembaziran dana awam. Bidang kebimbangan utama termasuk:

  •  Keperluan notis awal untuk Suruhanjaya yang ingin mengunjungi pusat tahanan
  • Penghapusan kuasa tatatertib atau kuasa disiplin untuk memaksa tindakan berdasarkan cadangan yang dibuat
  •  ‘Pengecualian’ Tindakan yang diperuntukan dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) (Deksyen 96 & 97 Akta Polis 1967)
  • Kuasa kepada pegawai polis bagi menolak memberi jawapan kepada Suruhanjaya sekiranya dapat mendedahkan mana-mana pegawai lain kepada tuduhan atau hukuman jenayah
  •  Kuasa untuk menolak pendedahan dokumen atau maklumat sensitif atas alasan keselamatan negara atau kepentingan nasional

Oleh itu, kami menggesa agar kerajaan dapat mengkaji semula cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen Pertimbangan Rang Undang-Undang untuk memasukkannya ke dalam IPCC yang dicadangkan. Sesungguhnya pengenalan Suruhanjaya yang sudah jelas akan mengalami kegagalan sewaktu Polis DiRaja Malaysia sedang menghadapi dakwaan salah laku serius merangkumi kekejaman polis, kematian dalam tahanan, dan kehilangan secara paksa hanya akan mencemarkan reputasi pasukan polis dan sekaligus mendorong kepada orang ramai untuk hilang kepercayaan kepada pasukan polis. Pasukan polis yang bertanggungjawab dan proffesional tidak akan takut melakukan pemeriksaan oleh suruhanjaya bebas kerana pemeriksaan awam memberi peluang kepada pasukan polis untuk menangani masalah awam dan membuktikan bahawa pasukan polis tidak terlibat dalam salah laku dan dianggap bertanggungjawab atas segala kesalahan yang dilakukan.

0 have signed. Let’s get to 300,000!
At 300,000 signatures, this petition becomes one of the top signed on Change.org!