Ambil tindakan ke atas Shopee dan rakan penghantaran, banyak kes barang lambat atau hilang

Ambil tindakan ke atas Shopee dan rakan penghantaran, banyak kes barang lambat atau hilang

4,395 have signed. Let’s get to 5,000!
BADRU BISSHAMSI BIN RAHIM started this petition to Dato' Azman Bin Mohd Yusof (Ketua Setiausaha KPDNHEP)

Semakin hari semakin banyak kes barang yang dipesan melalui Platform Shopee lambat sampai atau hilang di pertengahan jalan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh sikap sesetengah penghantar barang yang memalsukan status penerimaan dengan merekodkan barang sudah dihantar padahal barang tersebut tidak dihantar kepada penerima.

Keadaan ini amat MENYUSAHKAN pelanggan (Penjual dan Pembeli) kerana terpaksa menanggung kerugian dalam bentuk kewangan dan masa.

Kalau tengok pada pengalaman pengguna dalam SOCMED ada beberapa kes

  1. barang lewat diterima melebihi dari jangkamasa yang logik. Kalau kat hub pun makan masa 2-3 minggu diproses apa yang nak kita harapkan barang akan sampai on time.
  2. barang hilang, Kes ini ada juga berlaku... barang hilang... barang rosak... tak tahu siapa yang membuat angkara sebab last sekali bila dah tunggu lama tiba2 dapat status barang hilang atau rosak.
  3. laporan status tidak tepat Dan berkemungkinan ada manipulasi oleh beberapa pihak. Kes ni mungkin ada beberapa penyebabnya.. antaranya adalah penghantar (rider) yabg dibebankan dengan terlalu banyak barang sehari menyebabkan rider terarah untuk membuat kesilapan semasa penghantaran atau dengan sengaja merekodkan barang dihantar semata-mata untuk mengejar target.
  4. Urusan refund amat memakan Masa yang amat panjang. Urusan nak dapat balik bayaran pun memakan masa yang panjang dan dalam sesetengah kes duit hilang bergitu sahaja tanpa sebarang berita atau feedback dari platform.
  5. Khidmat pelanggan yang amat tidak membantu. Khidmat pelanggan boleh dikatakan 'Ada Saja'... untuk satu2 report kadang-kadang bertukar sampai beberapa agen.. dan setiap agen akan mengambil masa 3-4 hari (kadang-kadang seminggu) untuk bagi update. Update pun setakat memaklumkan status yang pengguna boleh dapat melalui laporan platform. 

Petition ini adalah untuk menyedarkan pihak-pihak berkenaan supaya lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka kepada pelanggan. Ianya bukan untuk menyalahkan penjual atau rider.. tetapi lebih untuk menekan pihak pengurusan dan pembangunan perniagaan Shopee untuk lebih peka dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan.

Petition online ini akan dipanjangkan kepada pihak-pihak berkaitan termasuklah SKMM dan KPDNHEP untuk melindungi semua pihak dari sikap tidak bertanggungjawab Shopee dan juga pasukan penghantaran yang dilantik oleh mereka. Ianya juga untuk memastikan industri jualan atas talian tidak dimatikan oleh pengalaman buruk pembeli dan penjual.

 

 

4,395 have signed. Let’s get to 5,000!