SUARA ANDA BERJAYA mengejutkan mereka yang lena tentang JALAN MAUT / DEATH ROAD di PERSIARAN SAUJANA IMPIAN
Tahniah warga Saujana Impian!
Tahniah warga Kajang, Cheras, Semenyih, Beranang, Nilai!
Tahniah kepada pengguna jalan raya, keluarga pengguna, dan semua yang share dan sign petition ini.
Sejak post pada 11 Mac, apa yang telah berlaku? APA HASILNYA?
1. MPKj meletakkan tembok batu sementara antara jalan. Ya, kemalangan masih berlaku, tetapi jelas kemalangan 24 Mac menunjukkan ia menghalang head-on collision.
2. Pemasangan tanda "Awas Selekoh merbahaya", "Kurangkan Laju", dan " Awas Kawasan Kemalangan" di beberapa tempat kedua2 arah.
3. Pemasangan blinker blue light sebagai amaran berhati2.
4. Pemasangan transverse yellow bar di sesetengah tempat.
MENGAPA INI BOLEH TERJADI?
1. Kerana anda share post ini.
https://facebook.com/story.php?story_fbid=10225585939383995&id=1493266856
2. Kerana anda tandatangan petition ini
https://www.change.org/deathroad_saujanaimpian
Ia akan disampaikan kepada Pengarah JKR, Lembaga Lebuhraya Malaysia, dan juga MB Selangor. Sebarkan!
3. Kerana suara anda menggegarkan Pihak Berkuasa Tempatan sehingga mereka buat mesyuarat mengejut pada 18 Mac 2021.
4. Kerana anda membuka mata media TV3 untuk turun meninjau pada 26 Mac 2021.
5. Kerana media Astro Awani juga ingin cover cerita ini dan akan berjumpa pada 30 Mac 2021.
6. Kerana ada taman yang sanggup keluarkan duit sendiri untuk meletakkan banner supaya berhati2.
7. Kerana ada wakil untuk suara kita di Majlis dan mesyuarat orang2 berkuasa.
8. Sebab kita semua berkerjasama!!!
LEPAS INI APA?
Tuan/Puan perlu ingat, jalan ini masih tidak bertuan. MPKj hanya menyelenggara di bawah kapasiti mereka. Tindakan sehingga kini hanyalah untuk jangka masa pendek.
Untuk perbaiki dan merubah jalan, perlu ada owner. Jalan perlu diserahkan. Tiada owner, tiada bajet. Tiada bajet, tiada perubahan.
Pelan jangka masa panjang perlu dilaksanakan, seperti betulkan bentuk jalan, buat highway yang selamat berlainan untuk pengguna taman.
JIKA MEREKA MASIH BERDOLAK DALIK?
1. Tunggukan sesi demonstrasi dari kami. Semua dijemput hadir. Kam akan beritahu hari dan masa.
2. Tunggukan class action lawsuit yang akan mewakili suara2 mangsa dan keluarga kemalangan jalan raya di sini.
JADI? Masih ramai pengguna yang lena, yang bawa laju, yang tidak tahu.
***Teruskan share post ini. Gambar terbaru akan diupload di sini. https://facebook.com/story.php?story_fbid=10225585939383995&id=1493266856
***Teruskan sign petition ini.
www.change.org/deathroad_saujanaimpian
Kami akan usahakan sampai kita di ambil peduli.
Kami akan pantau supaya kerja dilaksanakan.
Kami akan cuba sampaikan berita terbaru.
Kita boleh mengubahnya!