Jalan maut di Persiaran Saujana Impian: Selamatkan nyawa pengguna.

The Issue

PERSIARAN SAUJANA IMPIAN adalah JALAN MAUT

1.35 KEMALANGAN BERLAKU SETIAP HARI secara purata di jalan ini. 

Hampir 500 KEMALANGAN SETAHUN.

Melibatkan 100,00 pengguna jalan raya di Selangor, KL, dan N.Sembilan. Adakah anda pengguna jalan raya ini? Jika ya, tandatangan petition ini.

-----

"Accident lagi?" "Depan Tesco lagi?" "Ni yang pukul berapa?". Pada 7 Mac 2021, kemalangan maut meragut 2 nyawa berlaku, seorang pembawa ambulans dan seorang guru, serta meninggalkan 2 orang anak yang kritikal. Ada 3 kemalangan pada hari yang sama (pagi, petang, malam), di tempat yang sama. 3 hari selepasnya, kemalangan lagi.

Berapa ramai lagi nyawa yang melayang? Anggota badan yang cacat? Harga benda yang musnah? Anak yang jadi yatim piatu? Jika betul statistik jalanan mengatakan purata 100,000 pengguna jalan dari dalam dan luar Saujana Impian menggunakan jalan ini, perubahan perlu berlaku. Penduduk, pengguna jalan raya, keluarga mangsa perlu ambil tahu, bersatu padu, tuntut penambahbaikan!

PERSIARAN SAUJANA IMPIAN adalah JALAN MAUT.

---

Mengapa kemalangan kerap berlaku?

Adakah salah pemandu semata-mata? Penduduk di sini tahu. Pihak berkuasa tempatan juga tahu. Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) juga tahu. SUDAH 20 TAHUN jalan ini terbiar!!! 

1. Jalan Persiaran Saujana Impian adalah jalan taman perumahan YANG TERSEPIT ANTARA DUA (2) LEBUH RAYA. Lebuh raya E7 ke Cheras & Pintasan Kajang-Semenyih ke LEKAS dan SILK highway. Ramai pengguna jalan raya tidak tahu di mana tamatnya lebuh raya dan di mana mulanya kawasan perumahan. Mereka memandu seperti di lebuh raya, 90km/j dan lebih. Tiada amaran. Tiada had laju. Tiada pantauan.

Takkan sign board pun tak boleh buat? Siapa yang patut buat? Nak penduduk kumpul duit cacak sign post? Nanti permit tak lulus pula. Tetapi nyawa2 yang melayang mereka pejam mata.

2. Road engineering gagal!

Ada lengkongan sejurus turun bukit E7 menyebabkan ramai terbabas ke seberang jalan arah bertentanganHead on collision membawa maut!!! Tiada concrete divider. Terlalu banyak kecuaian berlaku dan orang lain yang menerima akibatnya.

Tiada super-elevation/angel of the road pada lencongan di hadapan Tesco. Kereta mudah terbabas. Sejak dibina pada tahun 1994/5 dan disambung dengan lebuhraya E7 pada 1996/7 sehingga kini, tiada perubahan.

Mengapa perkara ini dibiarkan? Siapa yang buat dan luluskan jalan? Kenapa tiada siapa yang boleh jalankan amanah dan pikul tanggungjawab untuk betulkan? 

3. Status ownership jalan masih tidak jelas. Pengguna semakin ramai. 100,000 kenderaan SETIAP HARI bermaknya 100,000 nyawa berisiko hilang. Wajarkan jalan raya ini masih diberi status jalan perumahan? Bukankah ia akan memberi kesan KESELAMATAN kepada pengguna? Siapa punya perancangan ni? Berapa lama lagi ia akan terbiar?

---

Tuan/Puan yang berkuasa, masalahnya bukan kepada status jalan. Masalahnya adalah pada jalan tersebut. Sila buka minda dan ubah persepsi ini. Lihat masalah, bukan siapa patut dipersalahkan. Silalah gunakan segala kuasa yang telah diamanahkan untuk perbaiki keadaan.

Tuan/Puan berkuasa, jangan bagi alasan status jalan masih tidak jelas, tiada ownership. Soalan kami, mengapa anda yang berkuasa tidak mahu TAKE OWNERSHIP! Jika tiada ownership, tiada bajet yang boleh dipohon untuk baiki keadaan. Atau hendak penduduk di sini tutup sahaja pintasan lebuh raya supaya kami guna dengan aman dan selamat?

Tuan/Puan berkuasa, kami tahun 18 Mac 2021 adalah tarikh bagi mesyuarat menentukan status Persiaran Saujana Impian. Tapi? Tiada keputusan. Mesyuarat kopi dan kueh. Mesyuarat berbincang tanpa kesudahan.

Agensi-agensi kerajaan TIDAK MAHU MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB. Kerana jika ada yang mahu menyelamatkan nyawa dan menyelesaikan masalah, sudah tentu sudah ada kata putus.

Agensi-agensi kerajaan TIDAK ADA YANG RASA BERSALAH. Jika ada yang segelumit rasa bersalah, sudah ada yang akan menggalas tanggungjawab.

Tuan/Puan berkuasa, jika anda mengambil ownership jalan ini, anda akan dilihat sebagai penyelesai masalah, bukan sebahagian dari punca masalah.

---

Sebagai penduduk Saujana Impian, pengguna jalan raya, keluarga mangsa jalan maut, KAMI MENUNTUT:

1. Senarai penyelesaian jangka masa pendek yang perlu siap pada tahun 2021. (Contohnya, jika pihak berkuasa kekurangan idea, DIVIDER jalan yang kekal dan selamat; SIGNAGE "Jalan Maut", "Perlahankan kereta", "Had laju 60 km/j"; SPEED TRAP.)

2. Senarai penyelesaian jangka masa sederhana yang perlu siap dalam masa 2 tahun ke hadapan (2023). (Contohnya: Pembetulan struktur jalan supaya lebih selamat dengan super-elevation dan buang lencongan).

3. Senarai penyelesaian jangka masa panjang yang perlu siap dalam masa 4 tahun ke hadapan (2025). (Contohnya: Elevated highway yang menyambungkan 2 lebuh raya kerana pengguna yang semakin bertambah. Sediakan jalan perumahan/pintasan yang selamat untuk penduduk Taman Saujana Impian kerana ada 2 sekolah rendah dan 2 sekolah menengah yang menampung penduduk termasuk penduduk Semenyih dan Cheras).

4. Nama agensi yang bertanggungjawab.

---

Pihak berkuasa yang diberi kuasa perlu menjalankan tugas dan khidmatnya kepada rakyat! Anda adalah pakar dalam bidang ini. Kami rakyat akan melihat, dan terus melihat dengan ngeri kemalangan yang berlaku setiap hari dan minggu jika anda tidak berubah melakukan sesuatu. And we will let the world knows if you are not carrying out that responsibility and if you are  incompetent to be in that position.

SIGN THE PETITION

avatar of the starter
Kajang Bypass Action GroupPetition Starter<a href="https://www.linkedin.com/dr.ismat.md/" rel="nofollow">https://www.linkedin.com/dr.ismat.md/</a>

6,552

The Decision Makers

Pengarah JKR Selangor
Pengarah JKR Selangor
KP Lembaga Lebuhraya Malaysia
KP Lembaga Lebuhraya Malaysia
SUK Kerajaan Negeri Selangor
SUK Kerajaan Negeri Selangor
YDP Majlis Perbandaran Kajang
YDP Majlis Perbandaran Kajang
Pegawai Daerah Hulu Langat
Pegawai Daerah Hulu Langat

Petition Updates