Denise ChoongPetaling Jaya, Malaysia
Dec 15, 2015
Some things have happened today, 15th December. 1) A coalition of NGOs held a briefing, aiming to persuade the senators to reject the NSC 2015 bill. 6 out of 66 senators turned up, all of whom were from the Opposition bloc. No Barisan Nasional appointed senators were present. [http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bn-senators-snub-ngos-briefing-on-nsc-bill] 2) Opposition party senators, and previous senators, plan to meet with Dewan Negara president, Tan Sri Abu Zahar Ujang to urge a deferment of debate on the bill till the next sitting, in 2016. [http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/opposition-senators-want-to-meet-dewan-negara-president-over-nsc-bill] 3) Senator Datuk Khairuddin Abd Samad has said the senators must discuss it thoroughly before making any such decision. "They (petitioners) can give their views, we can understand and read only their side. Not yet on ours (the government's)." [quote taken from the English version of the article linked below] Other senators have voiced their support for the bill; at least one has voiced his disagreement with it. The point is this: the senators are well aware that the bill exists, that we exist, and we do not approve. Getting our voices of protest heard was one of the main points of this petition. You have been instrumental in being heard, and in applying pressure to the Senate. They will not be able to make any decision as if the Rakyat of Malaysia do not know or care. Our fight is far from over, but know that at least in one aspect, this has not been in vain. They have heard us. Whether they choose to agree with us is another story altogether. Tomorrow may mark the beginning of the bill's discussions, but it is NOT guaranteed. The Senate may choose to defer debating the bill to 17th, 21st or 22nd December, or if the Opposition senators are successful, until next year. Now begins our hardest task of all: watching and waiting. While we wait, there are still things we can do - the same as we have all done this past week. Whatever happens, please encourage others to be informed. Stay alert on any news about the NSC 2015 bill, and remain focused on the issue. Talk about it in your offices, in your homes, on your social media accounts. Start, and continue, conversations - everyone must know about this issue. This petition is not over until a decision is made regarding the bill. Our message this time is easy to say, but perhaps hard to do. Nonetheless: do not be afraid of disappointment. Do not be afraid of cynics. Do not be afraid of hope. You are not alone - you stand with us, Malaysians here and across the world, along with our international friends, against this bill. Thank you all for being with us in this fight. -------------------------------- Beberapa perkara telah berlaku pada hari ini, 15 Disember. 1) Gabungan NGO telah mengadakan taklimat yang bertujuan untuk meminta ahli-ahli Dewan Negara untuk menolak rang undang-undang MKN 2015. 6 daripada 66 senator telah hadir, semuanya adalah daripada blok pembangkang. Tiada senator yang dilantik oleh Barisan Nasional yang hadir. [http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bn-senators-snub-ngos-briefing-on-nsc-bill] 2) Senator-senator parti Pembangkang, kini dan masa lepas, merancang untuk bertemu dengan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dengan tujuan menggesa beliau menangguhkan perbahasan rang undang-undang sehingga persidangan akan datang, iaitu pada 2016. [http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/opposition-senators-want-to-meet-dewan-negara-president-over-nsc-bill] 3) YB Senator Datuk Khairuddin Abd Samad telah berkata bahawa senator perlu membincangkan dengan teliti sebelum membuat sebarang keputusan itu. "Dia (kumpulan yang menyediakan petisyen) boleh bagi pandangan, kita pun faham, dan kita baca sebelah pihak sahaja. Kita (kerajaan) punya (pandangan) belum lagi. Jadi, kita kena teliti dulu perkara ini." Beberapa senator lain telah menyuarakan sokongan mereka terhadap rang undang-undang ini; sekurang-kurangnya seorang telah berkata beliau tidak bersetuju dengan RUU MKN 2015. Pokoknya adalah ini: ahli-ahli Dewan Negara sangat sedar bahawa rang undang-undang ini wujud, kami juga wujud, dan kami sudah pastinya menolak rang undang-undang ini. Memastikan ahli-ahli Dewan Negara mendengar suara protes kami adalah salah satu perkara utama petisyen ini. Anda telah memainkan peranan penting dalam perkara ini, dan dalam mengenakan tekanan kepada Dewan Negara. Mereka tidak akan dapat membuat apa-apa keputusan seolah-olah rakyat Malaysia tidak tahu atau tidak kisah. Perjuangan kita masih belum berakhir, tetapi tahulah bahawa sekurang-kurangnya dalam satu aspek, usaha kami tidak sia-sia. Mereka sememangnya telah mendengar kami. Sama ada mereka memilih untuk bersetuju dengan pandangan kami adalah cerita lain sama sekali. Esok mungkin menandakan permulaan perbincangan rang undang-undang, tetapi ia TIDAK dijamin. Ahli-ahli Dewan Negara boleh menangguhkan perbahasan rang undang-undang kepada 17, 21 atau 22 Disember, atau jika senator pembangkang berjaya dalam perbincangan mereka, sehingga tahun depan. Sekarang mulalah tugas kami yang paling sukar: melihat dan menunggu. Sementara kami menunggu, masih ada perkara yang kami boleh lakukan - sama seperti yang kami semua telah lakukan minggu yang lalu. Walau apa pun yang berlaku, silalah menggalakkan orang lain untuk mengambil perhatian terhadap isu ini. Sentiasa berjaga-jaga tentang apa-apa berita mengenai RUU MKN 2015, dan terus memberi tumpuan kepada isu ini. Bercakaplah mengenainya di dalam pejabat, di dalam rumah tangga, pada akaun media sosial anda. Mulakan, dan meneruskan, perbualan anda - semua orang mesti tahu tentang isu ini. Petisyen ini tidak selesai sehingga keputusan dibuat mengenai rang undang-undang. Mesej kami kali ini senang dicakap, tetapi mungkin sukar dilaksanakan. Namun begitu: jangan takuti kekecewaan. Jangan takuti orang sinis. Jangan takuti harapan. Anda tidak keseorangan - anda berdiri dengan kami, rakyat Malaysia di sini dan di seluruh dunia, bersama-sama dengan rakan-rakan antarabangsa kami, menentang rang undang-undang ini. Terima kasih kerana bersama kami dalam perjuangan ini.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X