Jangan benarkan hak kita untuk memilih alternatif yang lebih sihat dinafikan !

Jangan benarkan hak kita untuk memilih alternatif yang lebih sihat dinafikan !

0 have signed. Let’s get to 2,500!
At 2,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
voices 4vape started this petition to World Health Organization

TINJAUAN KESELURUHAN

Vape atau vaping telah mengubah hidup ramai perokok di seluruh dunia. Berjuta-juta bekas perokok yang telah menggunakannya beranggapan ia sebagai salah satu kaedah yang paling berkesan untuk berhenti merokok berbanding kaedah lain.

Tidak hairanlah jika berjuta-juta bekas perokok yang berjaya beralih ke produk nikotin yang lebih selamat menjalani kehidupan yang lebih baik, bukan hanya untuk diri mereka sendiri tetapi untuk orang yang mereka sayangi. Tidak membakar, tiada asap = kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.

ISU UTAMA

Konvensyen Rangka Kerja Organisasi Kesihatan Sedunia berkaitan Tembakau (WHO FCTC) mengadakan pertemuan dwi-tahunan mereka pada bulan November ini untuk mencadangkan garis panduan baharu untuk memerangi produk tembakau. Dalam panduan pra-persidangan mereka ke negara-negara anggota, WHO menegaskan bahawa produk nikotin yang lebih selamat, seperti vape atau rokok elektronik adalah merbahaya, sama seperti rokok. Kenyataan ini berdasarkan pada kepalsuan yang disengajakan, bukan fakta, kerana mereka enggan mengakui bukti-bukti saintifik yang dikaji oleh penyelidik bebas yang jelas menunjukkan bahawa vape adalah sekurang-kurangnya 95% lebih selamat daripada rokok.

Jika tidak dicabar, produk-produk ini mungkin akan dilarang terus atau dikawalselia dengan ketat oleh kerajaan yang menerima pembohongan ini. Ini akan menyebabkan banyak perokok tidak dapat memilih alternatif yang lebih selamat dan boleh memaksa jutaan orang yang telah berjaya beralih ke produk nikotin yang kurang berbahaya, kembali kepada produk yang akan menyebabkan KEMUDARATAN dan akhirnya mengakibatkan maut. WHO FCTC harus mengikuti mandat perlembagaan mereka sendiri - dimana selama ini mereka gagal melaksanakan.

TUNTUTAN

1) Berhenti berbohong kepada umum dan hanya berikan panduan berdasarkan fakta, metodologi dan prinsip saintifik yang kukuh.

"Profesional yang komited untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kesihatan - Kami berpegang kepada profesionalisme dalam semua peranan dan pengkhususan. Kami dibimbing oleh kepakaran sains, bukti dan teknikal yang terbaik."

2) Kawalselia berdasarkan fakta saintifik yang kukuh yang merangkumi penyertaan pihak berkepentingan (pengguna) sebagai sebahagian dari proses membuat keputusan.

"Orang-orang yang berintegriti - Kami amalkan nasihat yang kami berikan kepada dunia, Kami berinteraksi dengan semua pihak dengan jujur ​​dan itikad yang ikhlas, Kami mempertanggungjawabkan diri dan orang lain dalam semua bentuk kenyataan yang dikeluarkan dan tindakan yang dilakukan."

3) Jangan abaikan hak asasi manusia dalam isu pendekatan pengurangan kemudaratan (harm reduction) yang merupakan salah satu prinsip asas WHO.

"Untuk memberi perkhidmatan kesihatan awam setiap masa - mengutamakan kepentingan kesihatan orang ramai".

4) Jangan campur tangan hak kami untuk membuat pilihan mengenai kesihatan dan kesejahteraan kami.

"Tindakan dan cadangan kami adalah bebas, keputusan kami adil, telus dan tepat pada masanya."

5) Jangan diskriminasi terhadap perokok, atau pengguna produk nikotin yang lebih selamat, kerana mereka tidak melakukan apa yang anda mahukan.

"Orang yang mengambil berat tentang orang lain - Kami dengan berani mempertahankan hak semua terhadap kesihatan. Kami menunjukkan keprihatinan kepada semua dan mempromosikan pendekatan kesihatan yang lestari. Kami berusaha supaya semua merasa selamat, dihormati, diperlakukan dengan adil dan diakui sewajarnya."

6) Ikuti amanah anda sendiri untuk "Bekerjasama dengan rakan sekerja dan rakan kongsi - Kami bekerjasama dengan rakan sekerja dan rakan kongsi untuk memperkukuhkan impak di peringkat negara, Kami akui dan menggunakan kekuatan kepelbagaian untuk mencapai lebih banyak bersama, Kami berkomunikasi secara terbuka dengan semua pihak dan saling belajar antara satu sama lain.”

7) Jangan gunakan pandemik COVID-19 sebagai alasan untuk mengabaikan hak kami untuk memilih alternatif yang lebih selamat.

"Profesional yang komited untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kesihatan - Kami berpegang kepada profesionalisme dalam semua peranan dan pengkhususan. Kami dibimbing oleh ilmu pengetahuan, bukti dan kepakaran teknikal yang terbaik. Kami terus mempertingkatkan keupayaan dan berinovasi untuk berhadapan dengan dunia yang sentiasa berubah."

KESIMPULAN

Kita perlu bersatu secara global agar suara kita didengar dengan lantang dan jelas oleh mereka yang lebih cenderung untuk mengabaikannya. Kita berhak untuk memilih bagaimana kita menjalani kehidupan kita - hak untuk membuat pilihan yang tepat untuk kesihatan kita, termasuk pilihan untuk menggunakan produk nikotin yang lebih selamat sebagai alternatif kepada produk tembakau. Kami TIDAK akan berdiam diri dan kami akan memperjuangkan hak kami. Lebih dari satu bilion perokok akan dinafikan hak mereka jika WHO dibenarkan untuk terus menyebarkannya infomasi berasas pembohongan, moralistik, tidak demokratik, penipuan dan retorik berbahaya ini.

Penyelesaian untuk masalah perokok sememangnya sudah wujud, kita harus lakukan apa yang perlu supaya WHO FCTC AKAN TERIMA PANDANGAN KITA.

MAKLUMAT YANG MESTI DIBACA

1.    https://www.clivebates.com/leaked-papers-who-to-intensify-its-pointless-and-destructive-war-against-innovation-expect-many-dead

2.    https://www.clivebates.com/world-health-organisation-fails-at-science-and-fails-at-propaganda-the-sad-case-of-whos-anti-vaping-qa/

3.    https://www.gov.uk/government/publications/vaping-in-england-evidence-update-march-2020/vaping-in-england-2020-evidence-update-summary

4.    https://businessmirror.com.ph/2020/03/02/asia-wide-movement-to-support-safer-nicotine-products-launched/

Sebab-Sebab Sokongan
Tandatangani petisyen ini dan jadilah antara yang pertama memberi komen anda.

0 have signed. Let’s get to 2,500!
At 2,500 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!