Why is her abuser free? - Malaysians demand #JusticeForAdelina

0 have signed. Let’s get to 35,000!


Petition: Why is her abuser free? - Malaysians demand #JusticeForAdelina

(versi Bahasa Malaysia di bawah)

We, the undersigned, demand justice for Adelina Sau.

Adelina Sau (also reported as Sao/Lisao) was a 21-year-old Indonesian domestic worker who died in Bukit Mertajam hospital on 11th February 2018 after enduring abuse by her employers. By then, she had already suffered physical and emotional abuse, and forced labour at her employers' hands for two years. The nation was shocked when we learned of her death last year. We demanded justice for Adelina.

On 18th April 2019, however, Adelina’s employer, S. Ambika, walked free. The High Court granted her a full acquittal. She will face no consequences following Adelina’s death.

How is this possible?

When Adelina was rescued, she was found sleeping with the dog in the compound of her employer’s home. Her employers reportedly didn’t want the weeping wounds from her body ‘dirtying their home’. Her arms and legs were covered in burn marks. Her face was swollen, and she was terrified when rescuers came to help her. Nurses and doctors at the hospital were in disbelief over the extent of her injuries.

Why is her abuser free?

Human rights groups have documented thousands of cases of domestic workers who are held in states of slavery and forced labour in Malaysia. Too many continue to be abused, tortured, made to work for long hours every day without pay and without a day off. Too many have been starved, sexually abused, denied their wages, locked up, and treated in other heinous ways. Too many domestic workers have died in our neighbourhoods. Adelina isn’t the first, and she won’t be the last unless we act right now to change this culture of violence and slavery in Malaysia.

We therefore demand:

1) That the Attorney General’s Chambers provides the public with a full explanation on all the decisions made and what transpired during the court proceedings that led to the acquittal of S. Ambika;

2) That the Attorney General’s Chambers use every possible legal avenue now to ensure justice for Adelina;

3) That the Domestic Workers’ Bill be tabled, debated and passed in Parliament as soon as possible.

We sign this petition because we can no longer accept torture and violence in our homes and in our neighbourhoods.

We sign this petition because we will not accept this failure of our justice system.

We sign this petition because we will not accept the inaction by our elected officials.

We sign this petition because we want comprehensive action to stop the violence against domestic workers in Malaysia.

There must be justice for Adelina, and there must be justice now.

___________________________________________________________________

Mengapa Pendera Adelina Masih Bebas? Rakyat Malaysia Menuntut #JusticeForAdelina

Kami, seperti tandatangan di bawah, menuntut keadilan buat Adelina Sau.

Adelina Sau (Sao/Lisao), pekerja domestik dari Indonesia yang berumur 21 tahun telah meninggal dunia di hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari 2018 selepas didera oleh majikannya. Pada ketika itu beliau telah mengalami penderaan fizikal dan emosi, dan dipaksa untuk bekerja tanpa gaji selama dua tahun. Negara kita mengalami kejutan apabila mengetahui tentang kematiannya tahun lepas. Kita menuntut keadilan buat Adelina.

Walaubagaimanapun, pada 18 April 2019, majikan Adelina, S. Ambika dibebaskan. Mahkamah Tinggi mengarahkan agar majikannya dibebaskan sepenuhnya daripada tuduhan. Beliau tidak akan menerima apa-apa akibat atas kematian Adelina.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Semasa Adelina diselamatkan, beliau dijumpai dipaksa tidur dengan anjing di kompaun rumah majikannya. Majikannya dilaporkan tidak mahu luka yang bernanah di tubuhnya ‘mengotorkan rumah mereka’. Lengan dan tangannya dipenuhi kesan terbakar. Wajahnya bengkak, dan beliau dalam ketakutan apabila mereka yang datang untuk menyelamatkannya tiba. Jururawat dan doktor terkejut melihat betapa teruk tahap kecederaanya.

Mengapa penderanya bebas?

Kumpulan hak asası manusia telah merekodkan ribuan kes di mana pekerja domestik diletakkan dalam keadaan perhambaan dan amalan buruh paksa di Malaysia. Terlalu ramai terus didera, diseksa, dipaksa bekerja berjam-jam lamanya tanpa dibayar dan tanpa hari cuti. Terlalu ramai dipaksa berlapar, didera secara seksual, dinafikan gaji, dikurung, dan dilayan dengan cara yang tidak berperikemanusiaan. Terlalu ramai pekerja domestik mati di kawasan kejiranan kita. Adelina bukanlah yang pertama, dan beliau tidak akan menjadi yang terakhir melainkan kita bertindak sekarang untuk merubah budaya keganasan dan perhambaan di Malaysia.

Oleh yang demikian kami menuntut:

1) Jabatan Peguam Negara menjelaskan kepada orang awam semua keputusan yang dibuat dan apa yang terjadi semasa prosiding di Mahkamah yang menyebabkan S. Ambika dibebaskan;

2) Jabatan Peguam Negara menggunakan semua jalan perundangan untuk memastikan keadilan buat Adelina tertegak;

3) Bil Pekerja Domestik dibentangkan, dibahaskan, dan diluluskan di Parlimen secepat mungkin.

Kami menandatangani petisyen ini kerana kami tidak lagi sanggup menerima penyeksaan dan keganasan yang berlaku di rumah dan kawasan kejiranan kita.

Kami menandatangani petisyen ini kerana kami tidak akan menerima kegagalan sistem keadilan yang sedia ada.

Kami menandatangani petisyen ini kerana kami tidak akan menerima kegagalan mereka yang berada di tampuk kuasa untuk bertindak.

Kami menandatangani petisyen ini kerana kami ingin satu tindakan serius diambil untuk menghentikan keganasan terhadap pekerja domestik di Malaysia.

Keadilan perlu ditegakkan untuk Adelina, dan keadilan itu perlu ditegakkan sekarang.


To:

YBhg Tuan Tommy Thomas
Attorney General's Chambers
No.45, Persiaran Perdana
Precint 4, 62100 Putrajaya

Tel: 03-88723000
Email: ag.thomas@agc.gov.my
Twitter: @AGCPutrajaya

YB Tuan M. Kulasegaran
Minister of Human Resources,
Kementerian Sumber Manusia,
Aras 9, Block D3, Parcel D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502, Putrajaya

Tel: 03-88865001
Email: m.kula@mohr.gov.my [Political Secretary: ckcheong@mohr.gov.my]
Twitter: @mkula

YB Datuk Liew Vui Keong
Minister in Prime Minister’s Department (Law and Parliamentary Affairs),
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
Aras 3, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra,
62502, Putrajaya

Tel: 03-88727001
Email: vkliew@jpm.gov.my

Links:

Penang High Court Has Allowed This Woman To Walk Free For Allegedly Murdering Her Maid (SAYS, 20th April 2019)

Tenaganita wants AG to answer after boss of maid has murder charge dropped (FMT, 19th April 2019)

Mother of dead maid treated 'like a dog' in Malaysia calls for justice (Thomson Reuters Foundation, 12th February 2019) 

Another maid died from abuse in Malaysia, and she probably won’t be the last. Here’s why (SAYS, 14th February 2018)