Tuntut Keadilan Bagi Guru Yang Dipaksa Mengajar Subjek Luar Bidang

The Issue

Saya adalah seorang guru yang mengajar matapelajaran Pendidikan Islam di salah sebuah sekolah menengah di Johor. Namun, situasi yang saya hadapi kini cukup menyedihkan dan memberi tekanan emosi yang teramat sangat. Saya telah diarahkan oleh pentadbir sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak untuk mengajar subjek di luar bidang kepakaran saya seperti Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual (PSV), dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK). Akibat dari tugas-tugas tambahan yang diberikan ini, saya telah disahkan mengalami Major Depressive Disorder oleh pakar perubatan yang sah dan hal ini telan pun diketahui oleh pentadbir sekolah, PPD, JPN Johor serta KPM. Namun tiada tindakan yang membantu. Saya pernah diberitahu oleh pihak PPD Tangkak bahawa masalah guru seperti saya ini sudah banyak dan kata mereka, "semua guru yang ada masalah ini masing-masing redha" . Seolah-olah mereka tidak langsung peduli akan masalah yang dihadapi oleh guru tersebut. Sampai bila "Nasib" guru seperti ini dianiaya?

Aduan dan permohonan saya untuk keadilan dan perubahan tidak mendapat perhatian sewajarnya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, PPD Tangkak, dan pentadbir sekolah Pei Hwa tampaknya memilih untuk menutup mata dan membiarkan kesusahan saya tergantung tanpa penyelesaian. Saya diprovokasi seolah-olah masalah kesihatan mental yang saya alami adalah palsu; bahkan pihak PPD Tangkak pernah bertanya, "Awak sayangkan profesion guru awak?", seakan-akan memperlekehkan kedudukan saya sebagai pendidik.

Menurut surat pelantikan yang saya terima, saya adalah guru matapelajaran Pendidikan Islam. Namun, kenapa saya dipaksa mengajar subjek yang bukan kepakaran saya? Ini bukan sahaja memberi impak negatif kepada kesihatan mental saya, tetapi juga menjejaskan kualiti pembelajaran pelajar-pelajar yang sepatutnya mendapat pendidikan terbaik dalam setiap mata pelajaran.

Kepada Menteri Pendidikan dan pihak berwajib, di manakah keadilan untuk guru-guru yang teraniaya seperti saya? Saya menuntut agar ada tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini. Hentikan tanggungjawab yang membebankan guru di luar bidang mereka dan berikan perhatian sewajarnya kepada masalah kesihatan mental dalam kalangan pendidik.

Saya merayu kepada anda semua yang berhati perut dan perihatin agar menandatangani petisyen ini. Marilah kita bersama-sama mencari keadilan dan hak yang sepatutnya untuk para guru yang mengamalkan profesion dengan sepenuh jiwa dan raga. Harapan saya agar perubahan segera dapat dilakukan demi kebaikan bersama.

1

The Decision Makers

Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
KPM
Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak
Pejabat Pendidikan Daerah Tangkak
PPD TANGKAK
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
JPN JOHOR
Puan Fadhlina binti Prof. Dato' Dr. Siddiq

Menteri Pendidikan
Petition updates