Tubuhkan Pusat Pemulihan & Sokongan Untuk Lelaki Bujang Yang Ketagih Onani dan Nafsu

The Issue
Kepada:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), NGO Islam dan Profesional.
Isi Petisyen:
Di Malaysia, topik ketagihan onani dan kecanduan seksual di kalangan lelaki bujang sering dianggap remeh, memalukan, atau tidak dibincangkan secara terbuka. Namun realitinya, ramai lelaki khususnya bujang, penganggur, dan yang terasing dari masyarakat sedang mengalami ketagihan onani yang berpanjangan, melemahkan semangat hidup, dan menjauhkan diri dari agama serta masyarakat.
Masalah ini bukan soal nafsu semata-mata. Ia berkait rapat dengan tekanan hidup dan pengasingan sosial, rasa sunyi, kecewa, dan rendah diri, kurangnya kasih sayang dan sistem sokongan, trauma atau pengalaman hidup yang membelenggu jiwa.
Sebagaimana wujud pusat pemulihan untuk penagih dadah dan alkohol, kami menuntut agar pihak berkuasa menubuhkan pusat khas bagi lelaki bujang juga mungkin wanita bujang yang ingin keluar dari ketagihan onani dan mengawal nafsu secara sihat dan bermaruah.
Kami mencadangkan agar pusat ini merangkumi: Kaunseling psikologi dan spiritual, bimbingan agama yang penuh hikmah dan tanpa menghukum, program harian yang aktif (fizikal, rohani dan sosial), peluang latihan kemahiran dan bina kerjaya, tempat tinggal sementara bagi mereka yang terputus arah hidup. Atau bahkan mungkin, penagih lelaki/wanita boleh menemui jodoh seterusnya disatukan ke alam perkahwinan, kerana dalam Islam, perkahwinan adalah solusi paling berkesan untuk menangani masalah onani ini. Tambah lagi, mereka memiliki masalah yang sama, barangkali tujuan untuk berubah sudah pasti sehala.
Petisyen ini bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Ia adalah suara dari kalangan yang ingin berubah, tapi perlukan tempat yang selamat, difahami dan dibimbing.
Kami percaya, ramai lelaki mahupun wanita bujang di Malaysia sedang memendam rasa dan hanya menunggu satu pintu dibuka untuk bangkit semula. Tidak semua penagih onani mampu berubah dengan sendiri. Dan jika mereka terus lemah dan hanyut sendiri, maka musnahlah masa depan mereka didunia apatah lagi di akhirat.
Bantulah kami realisasikan ruang pemulihan ini demi kesihatan mental, rohani dan sosial generasi kita. Memang Allah tempat utama memohon pertolongan namun Allah menyukai hambanya yang berusaha atau berikhtiar menyelesaikan masalah dihadapi dalam hidup.
Sokong petisyen ini. Jadikan perubahan itu nyata.
1

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 12 July 2025