Telekom Malaysia: NoToBully (Paksaan Pemberhentian Kerja Secara Halus)

The Issue
Petisyen Solidariti Pekerja TM: Bantahan Terhadap Paksaan Pertukaran Tempat Kerja Yang Jauh Merentasi Benua & Negeri Sebagai Bentuk Buli Terhadap Pekerja (Pemberhentian Kerja Secara Halus)
TM = Telekom Malaysia.
Perkara:
Ratusan pekerja Telekom Malaysia telah dipaksa secara halus untuk bertukar tempat kerja yang sangat jauh merentsi negeri dan juga merentasi benua berkuat kuasa 1 Oktober, kononnya atas dasar untuk kepentingan operasi tetapi is adalah bagi memberi laluan kepada projek yang melibatkan kemasukan kontraktor yang dikatakan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Kejadian seumpama ini bukanlah pertama kali berlaku dalam syarikat. Ramai daripada pekerja yang terlibat telah berkhidmat dan berbakti puluhan tahun dengan syarikat. Paksaan pertukaran ini adalah pengkhianatan kepada pekerja oleh majikan yang rakus, tamak dan tidak berperikemanusiaan.
Pekerja-pekerja inilah yang selama ini telah berkorban tenaga, masa dan keringat untuk membina serta menaikkan nama TM sehingga syarikat kini mampu berdiri teguh sebagaimana hari ini. Namun begitu, tindakan pengurusan yang tidak bertanggungjawab ini seakan-akan menafikan segala jasa dan pengorbanan mereka.
Lebih membimbangkan, ratusan pekerja ini diarahkan berpindah ke lokasi yang sangat jauh dengan alasan yang tidak relevan serta berada di luar kemampuan mereka untuk ditanggung. Arahan ini ternyata berbentuk paksaan yang menindas, sekaligus menjejaskan kehidupan, keluarga dan kesejahteraan pekerja yang telah lama berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Sekiranya TM sendiri gagal menjaga kebajikan serta mengabaikan pekerja yang telah menaikkan nama syarikat, timbul persoalan besar — mampukah TM benar-benar menjaga kepentingan dan kepercayaan pelanggan?
Tuntutan pekerja supaya:
1.Keluarkan notis segera batalkan pertukaran secara paksa ini.
2.Tiada lagi perkara seperti ini berlaku kepada non executive mahupun kepada
executive.
Tindak awal dari pekerja:
Cuti Mogok beramai-ramai staf TM di seluruh Malaysia (Tarikh akan diupdate).
Kesan Negatif Kepada PEKERJA :
1. Aspek Kewangan
Meningkatkan kos sara hidup (sewa rumah, pengangkutan, utiliti, makan minum). Pendapatan bersih berkurang kerana elaun/insentif tidak mencukupi untuk tampung kos tambahan. Perbelanjaan pindah rumah (logistik, deposit rumah baharu, dll) sangat membebankan. Risiko berhutang untuk menampung kos kehidupan di tempat baharu.
2. Aspek Keluarga & Sosial
Perpisahan dengan keluarga, pasangan atau anak-anak (jika tidak dapat ikut bersama). Anak-anak terpaksa bertukar sekolah, mengganggu emosi dan pelajaran mereka. Isteri/suami mungkin hilang pekerjaan kerana perlu berpindah ikut pasangan. Kurang sokongan sosial kerana berjauhan daripada ibu bapa atau saudara.
3. Aspek Psikologi & Emosi
Tekanan perasaan kerana dipaksa, rasa teraniaya atau dibuli. Stres akibat ketidakstabilan kewangan dan bebanan baharu. Rasa hilang motivasi bekerja kerana majikan tidak prihatin. Risiko kemurungan atau “burnout” dalam jangka panjang. Dibimbangi berlakunya akan berlaku kes bunuh diri akibat tekanan yang melampau.
4. Aspek Kerjaya & Produktiviti
Produktiviti menurun kerana tekanan hidup dan perasaan tidak puas hati. Risiko pekerja memilih berhenti kerja kerana tidak mampu menanggung beban. Kehilangan pekerja berpengalaman, yang akhirnya merugikan syarikat juga. Gangguan kepada pasukan kerja di tempat asal kerana kehilangan ramai staf. Pekerja lain bekerja dalam kebimbangan kerana mereka berfikir pasti suatu hari nanti mereka pula yang akan tiba-tiba dipaksa berpindah berjauhan dengan keluarga.
5. Aspek Kesihatan
Tekanan mental boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal (darah tinggi, insomnia, dll).
Masa rehat berkurangan akibat perjalanan jauh atau beban tambahan. Kos kesihatan meningkat jika berlaku sakit akibat tekanan.
Kesan Negatif kepada TM :
1. Kepercayaan Pelanggan Runtuh
Tindakan memaksa dan membuli pekerja akan sampai ke pengetahuan umum. Pelanggan akan hilang kepercayaan kepada TM sebagai syarikat yang tidak menjaga kebajikan staf.
2. Pelanggan Beralih Kepada Pesaing
Dengan banyak pilihan lain di pasaran (Maxis, CelcomDigi, Time, YES, U Mobile), pelanggan akan beralih kepada pesaing yang dilihat lebih stabil dan mesra pelanggan. Kehilangan pelanggan bermaksud kehilangan pendapatan besar.
3. Reputasi & Imej Syarikat Tercemar
TM akan dilihat sebagai majikan yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan membuli pekerja. Ini memberi kesan buruk kepada imej jenama TM di mata rakyat, kerajaan, dan pelabur.
4. Nilai Saham Menjunam
Apabila reputasi tercemar dan pelanggan beralih kepada pesaing, keyakinan pelabur akan merosot. Akibatnya, saham TM berpotensi jatuh merudum kerana dilihat gagal mengurus tenaga kerja dengan baik.
5. Kehilangan Tenaga Mahir & Gangguan Operasi
Exodus besar-besaran pekerja berkemahiran tinggi akan menyebabkan operasi terganggu. Kualiti perkhidmatan merosot, aduan pelanggan meningkat, dan TM akan lebih cepat kehilangan pasaran kepada pesaing.
#pejuangkeadilan
#TelekomMalaysia:NoToBully
#NoToBully(TM)
250

The Decision Makers
Supporter Voices
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 30 August 2025