Rakyat Malaysia Sokong Generational Endgame (GEG) - Larangan Merokok dan Vaping

The Issue

Wakil Rakyat kita telah terlepas peluang DUA KALI dalam sejarah gagal mengharamkan ROKOK dan VAPE, adakah mereka akan melakukan KESILAPAN untuk kali ketiga? Dengarlah luahan hati dan kehendak majoriti rakyat Malaysia.

******************************

Terdapat hampir 5 juta perokok di negara kita. Lebih daripada 500 orang MATI SETIAP MINGGU akibat merokok di Malaysia (27000+ setahun). Rokok merupakan satu-satunya produk dagangan yang terbukti membahayakan penggunanya. Walau bagaimanapun rokok masih dibenarkan untuk dijual di pasaran terbuka. 

Pada tahun 2016, bilangan pengguna vape sudah mencapai 600,000 orang. Tapi, kerajaan pada masa itu telah memilih untuk tidak mengharamkan vape sakali gus. Hari ini, pengguna vape berganda 2x, mencecahi 1.2 juta orang. Kes penyakit EVALI (kecederaan peparu akibat penggunaan e-rokok dan vape) mulai timbul dan semakin bertambah. 

Jumlah murid dan pelajar menghisap vape semakin meningkat. Kanak-kanak sekecil umur 8 tahun beli vape daripada media sosial dan e-commerce. Ada pelajar menjadi egen, jual kepada rakan-rakan dan tawarkan bayaran ansuran. Pengaruh budaya vape telah meracuni kampus sekolah. Murid-murid dan pelajar-pelajar telah menjadi "target"

Adakah ini generasi muda yang kita mahu? 

******************************

Awal tahun ini YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin telah mencadangkan peruntukan Generasi Penamat atau Generational Endgame (GEG) dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022. GEG yang berteraskan semangat untuk melahirkan generasi sihat tanpa rokok akan menyekat generasi muda yang lahir pada 2007 dan seterusnya daripada membeli and menghisap rokok dan vape dengan harapan untuk merealisasikan hasrat Malaysia untuk membendung masalah ketagihan nikotin.

"Ini masa yang sesuai untuk menutup sepenuhnya pintu merokok kepada anak muda Malaysia,” kata YB Menteri Kesihatan.

******************************

Kita faham kalau industri membantah kerana GEG menyekat generasi muda menjadi penggua gantian baru mereka.

Walau bagaimanapun, kita tidak faham KENAPA ADA BANTAHAN DARIPADA SESETENGAH WAKIL RAKYAT? 

******************************

Kalau GEG masih diragui...

Atas sebab keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan?
- Pelaksanaan dan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) yang sedia ada telah terbukti berkesan dalam mengawal prevalens merokok. Jika tidak, bilangan perokok sudah melambung tinggi. Akta baru dengan peruntukan GEG akan bertambah berkesan dengan mengambil kira perkembangan produk merokok terbaru. Lebih-lebih lagi, pelaksanaan dan penguatkuasaan adalah berdasarkan undang-undang, bukan sebaliknya. 

Atas sebab kegiatan penyeledupan dan pasaran haram akan meningkat?
- Pakar kesihatan awam dan ekonomi telah menunjukkan punca utama bagi aktiviti penyeludupan rokok dan pasaran haram ialah faktor tadbir urus termasuk rasuah. Barang dagang semurah sebiji telur pun ada orang menyeludup masuk. Jadi alasan ini tidak berasas. Lagipun, pelaksanaan GEG dan usaha membanteras pasaran haram dan penyeludupan tidak bercanggah dan boleh dilaksanakan pada masa yang sama. Jangan mudah termakan dengan hujahan industri. Sebaliknya dengan adanya GEG, kegiatan haram ini akan menurun sebab permintaan terhadap rokok dan vape telah semakin berkurangan. Lama-kelamaan, penggiat akan kehilangan minat terhadap pasaran kita yang semakin menyusut.

Atas sebab kehilangan hasil cukai rokok?  
- Pada tahun 2020, kos perubatan untuk merawati penyakit akibat merokok mencecah RM6 billion pada tahun 2020, jauh lebih banyak daripada hasil cukai rokok pada tahun yang sama, iaitu RM3 billion. KERUGIAN RM3 BILLION! Jadi alasan tidak berasas juga.

Atas sebab mencabuli hak seseorang merokok?
- Wakil Rakyat harus memperjuangkan hak rakyat untuk mencapai tahap kesihatan yang tinggi, bukannya hak untuk merokok dan hak untuk memudaratkan kesihatan perokok pasif. Mengapakah tiada orang bising apabila KKM melarang penjualan susu bayi tercemar atau makanan yang mengandungi racun berjadual? Kenapa ada "double standard" pula bagi rokok yang mengandungi racun arsenik, amonia, cadmium, methanol dan banyak lagi. Merokok tidak boleh disamakan dengan gula atau alkohol kerana tiada paras selamat sama sekali bagi penggunaan rokok dan pendedahan kepada asap rokok. 

Atas sebab kurangnya sokongan daripada masyarakat?
- Beberapa tinjauan awam oleh institusi berbeza telah menunjukkan sebanyak 75-97% Rakyat Malaysia menyokong GEG, termasuk perokok dan pengguna vape. Satu kajian juga menunjukkan bahawa 95% daripada pemuda 18-24 tahun (yang akan menjadi pengundi baru dalam Pilihan Raya akan datang) juga menyokong GEG. 

******************************

Apa lagi kita TUNGGU?

Tunggu 27,000 nyawa terkorban tahun depan?

Tunggu 10 tahun lagi dan hilang 270,000 nyawa rakyat?

Adakah kita akan kesal jika...

  • kita pilih untuk membiarkan budaya toksik ini berleluasa.
  • kita berlagak mulia dan berpegangan pada hak kebebasan individu (kononnya) untuk menggunakan racun ketagihan.
  • kita terlepas peluang yang terakhir untuk mengharamkan rokok dan vape. 

******************************

Kami sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, suara pengundi Malaysia, menggesa agar semua YB wakil rakyat dan ahli parlimen bersatu hati dalam menerima dan meluluskan cadangan GEG dalam RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.

#GenerationalEndGame 

Follow kami @ FB

Kenyataan bersama 64 rakan NGO:

Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
Malaysian Women's Action for Tobacco Control and Health (MyWATCH)
Persatuan Farmasi Malaysia (MPS)
Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
National Cancer Society of Malaysia
National Kidney Foundation 
Malaysian Medical Association Public Health Society
Persatuan Perunding Penyakit Tidak Berjangkit (NCD Consultant Chapter)
Persatuan Pengguna Negeri Sembilan
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
Consumers Association of Penang (CAP)
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
Pertubuhan Masyarakat Sejahtera Tanpa Asap Rokok Terengganu (my STAR)
Malaysian Association of Environmental Health  (MAEH)
Persatuan Perubatan Desa Sabah (PERDESA)
Persatuan Tadika Malaysia
Pertubuhan Pengguna Ekonomi Digital Malaysia
Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
Yayasan Ipoh 
Persatuan Pemulihan Sultan Azlan Shah
Malaysian Green Lung Association
Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR)
Nicotine Addiction Research Group UMCAS (NARCC)
Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR)
Persatuan Perubatan Keluarga USM (FAMOUS)
Pertubuhan TELANG Malaysia
Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia
Malaysian Children Aid Society (MACAS)
Persatuan Laryngectomee Malaysia
Persatuan Alumni Fakulti Farmasi UKM
Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia (MPCAM)
Malaysian Health Coalition (MHC)
Malaysian Pediatrics Association
Association of Malaysian Optometrists
Malaysian Association of Clinical Biochemists
Malaysian Society of Occupational Safety and Health (MSOSH)
Malaysian Nurses Association
College of Physicians, Academy of Medicine Malaysia
Obstetrics & Gynaecological Society of Malaysia (OGSM)
Malaysian Society of Clinical Psychology
Malaysian Association for Bronchology and Interventional Pulmonolog
Malaysian Association of Dental Public Health Specialists (MADPHS)
Pertubuhan Hal Ehwal dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS)
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)
Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI)
Persatuan Pendidikan Dan Penyelidikan Untuk Pengguna-Pengguna
Pahang (ERA Consumer Pahang)
Kelab PM PINTAR
Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia (MAAH)
Johor Bebas Asap Rokok (JBAR)
Pahang Bebas Asap Rokok
Persatuan Terapi Psikospiritual Malaysia (PTPM)
Gabungan NGO Melaka Bebas Asap Rokok (GaNMBAR)
Persatuan Kanner Melaka
Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMAM)
Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)
Yayasan Atfal Jannah
Pertubuhan Teratak Rahmah Wanita Islam (TERATAI)
Perinatal Society of Malaysia
Malaysian Medical Association
Malaysian Thoracic Society
St. John Ambulans Malaysia (SJAM)
Asthma Malaysia
Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KLBAR)
Malaysian Pharmacy Students Association (MyPSA)

avatar of the starter
Malaysian Green Lung Association MalaysiaPetition StarterA youth-led movement for tobacco-free generation and environment

509,786

Support now

509,786

The Decision Makers

Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Perdana Menteri Malaysia
Tuan Khairy Jamaluddin
Tuan Khairy Jamaluddin
Menteri Kesihatan
Tuan Anthony Loke Siew Fook
Tuan Anthony Loke Siew Fook
PH/DAP
Dato' Seri Haji Anwar bin Ibrahim
Dato' Seri Haji Anwar bin Ibrahim
PH/PKR
Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin

PN/BERSATU
Petition updates