Petition updateNO TO PERAK BN-PAS COALITION STATE GOVERNMENT
BANTAHAN KEPADA KERAJAAN NEGERI BN-PASSurat kepada Sultan Nazrin, Sultan Perak yang kami sanjungi!

K YTHPerak, Malaysia
May 10, 2018
Kepada Sultan Nazrin, Sultan yang saya sanjungi, sayangi, dan hormati,
Hamba tidak tahu bahawa surat ini akan sampai ke tangan Tuanku atau tidak, tetapi dengarlah suara hamba sebagai seorang anak Perak yang sayang kepada negeri halaman saya.
Semasa Tuanku tengok trend keputusan pilihanraya ke-14-ni, orang Malaysia telah memilih sebuah negara yang baru, dengan pemimpin-pemimpin yang baru, harapkan mereka boleh menjaga negara Malaysia. Orang Malaysia juga tidak memilih pemimpin yang lama.
Semasa Tuanku nampak betapa gembiranya orang Malaysia, semasa kita sedar bahawa setiap undi kita yang membawa makna, dan ia mampu tukar keadaan, kita sangat bangga terhadap apa yang kita telah buat.
Kami tidak harap benda yang sama berlaku lagi. Malaysia, negara yang kita cinta sekarang dapat satu team yang baru, kami tidak mahu lagi tengok pembangunan yang perlahan, yang kami faham ia disebabkan oleh team yang sebelum ni.
Tuanku, bukannya saya tidak mahu bagi mereka peluang, tapi peluang yang diamanahkan oleh datuk nenek, ibu bapa hamba, dah 60 tahun. Undi hamba untuk mandapatkan sedikit perubahan.
Tuanku,
Kami tahu Tuanku sayang kepada orang Perak, tengok lah keputusan-keputusan kerusi DUN negeri, margin ia bukan besar, malah dalam ratusan sahaja, tu-lah dah dapat menunjukkan orang Perak nak-kan perubahan.
Parti PAS telah menipu kepada penyokong-penyokong mereka, penyokong-penyokong PAS yang harapkan PAS, menolak BN dan PH tapi kenapa sekarang mereka boleh berkerjasama dengan BN? Adakah ini penipuan? dan pengkhianatan terhadap penyokong mereka?
Ampun tuanku beribu-ribu ampun,
Tuanku sila dengar kepada suara anak Perak
Terima Kasih!
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X