Stop Lynas From Exporting Rare Earth to the U​.​S. Department of War

1,484

Recent signers:
adam and 19 others have signed recently.

The Issue

---[Bahasa Melayu version]---

Ke hadapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Haji Johari bin Abdul Ghani, YB Menteri Luar Negeri Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Pengerusi Lembaga Pengarah Lynas Profesor John Humphrey, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang.

Kami, warganegara serta kumpulan masyarakat sivil yang menandatangani petisyen ini, dengan segala hormatnya ingin mendesak perkara-perkara yang tertera di bawah:

  1. Pembatalan serta-merta perjanjian Lynas Rare Earth Limited yang bersetuju untuk membekalkan $96 juta nadir bumi kepada Jabatan Perang Amerika Syarikat, Pentagon.
  2. Penggantungan serta-merta semua eksport nadir bumi ke Pentagon oleh Lynas sementara menunggu siasatan bebas sama ada hubungan perdagangan itu mematuhi undang-undang dan polisi Malaysia.
  3. Pendedahan penuh kepada orang awam berkenaan intipati perjanjian penggunaan akhir (end-use) dan pengauditan rantaian bekalan tentera daripada hasil eksport nadir bumi Lynas sepanjang dekad yang lalu.
  4. Menghentikan semua operasi serta menggantung lesen operasi Lynas sehingga Lynas bersetuju untuk membatalkan perjanjiannya dengan Pentagon.
  5. Mewujudkan dan melaksanakan serta merta rang undang-undang yang melarang sebarang pengeksportan nadir bumi dari Malaysia kini dan pada masa akan datang sekiranya terdapat risiko yang mana bahan eksport tersebut akan digunakan dalam pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa, termasuk genosida, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.
  6. Lynas perlu menepati sepenuhnya syarat asal pelesenannya iaitu untuk membawa keluar daripada Malaysia sisa radioaktif hasil water leach purification process 
  7.  Penolakan sebarang laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) daripada Lynas yang bertujuan untuk mengembangkan operasinya sehinggalah syarat asal ini dipenuhi bagi melindungi keselamatan dan kesihatan orang awam dan alam sekitar.
  8. Tindakan diplomatik secara proaktif melalui Majlis Keselamatan PBB dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk memotong sumber negara lain yang serupa dengan rejim pelaku Israel

Seperti yang tertera dalam laman web Kementerian Luar Negeri:

Malaysia turut bersolidariti bersama-sama Palestin dan tekun menegakkan “...kebebasan asas Palestin dan hak mereka untuk kenegaraan; menghormati kehendak dan aspirasi rakyat Palestin; menyediakan jaminan keselamatan untuk Palestin, dan meminta rejim Zionis Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan, untuk jenayah pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan.”

Malaysia seterusnya menekankan bahawa walaupun terdapat kekurangan dan keterbatasan dalam Deklarasi New York[1], deklarasi tersebut ".. harus membuka jalan untuk segera menamatkan perang Zionis Israel terhadap Gaza, kekejamannya, malapetaka kemanusiaan di Wilayah Palestin, dan untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Timur Tengah."  Israel setakat ini masih menentang dan meneruskan pencerobohan ketenteraannya dan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, terutamanya disebabkan sokongan diplomatik dan ketenteraan AS yang berterusan untuk Israel. Oleh itu, perjanjian pembekalan nadir bumi Lynas bernilai AS$96 juta dengan Pentagon/Jabatan Perang AS yang ditandatangani pada Mac 2026[2] itu berpotensi untuk bercanggah dengan dasar luar Malaysia dan sokongan dan pengiktirafan lama terhadap negara Palestin, apatah lagi kesan sampingan operasi tersebut yang menghasilkan toksik radioaktif, justeru memudaratkan kesihatan penduduk sekitar dan juga alam sekitar.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kami menyeru Yang Amat Berhormat untuk bertindak sekarang demi melindungi integriti dan kedaulatan Malaysia. Eksport nadir bumi ke Jabatan Perang Amerika berisiko menjadikan Malaysia terlibat sama dalam genosida, jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan, bukan sahaja di Palestin, bahkan di negara-negara jiran lain seperti Iran yang telah diserang oleh Amerika Syarikat dan Israel baru-baru ini biarpun setelah menerima kecaman antarabangsa. Kami mengharapkan maklum balas rasmi kepada seluruh Rakyat Malaysia berikutan tuntutan yang dinyatakan di atas sebelum 30 Julai 2026.

Latar Belakang
“Matlamat kerajaan Israel sangat jelas: kemusnahan kehidupan di Gaza.”

“Perang di Gaza adalah serangan yang paling kejam, berpanjangan dan meluas terhadap rakyat Palestin sejak 1948,”

- Navi Pillay, Pengerusi Suruhanjaya Siasatan mengenai Pendudukan Haram di Wilayah Palestin[3]

Pada Oktober 2024, Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas PBB mendapati jenayah perang dan jenayah kemanusiaan dalam serangan Israel ke atas kemudahan kesihatan Gaza dan rawatan terhadap tahanan dan tebusan. Siasatan tersebut menyimpulkan bahawa "Israel telah melaksanakan dasar bersepadu untuk memusnahkan sistem kesihatan Gaza sebagai sebahagian daripada serangan yang lebih luas ke atas Gaza, melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan pemusnahan, melalui serangan tanpa henti secara sengaja terhadap kakitangan dan kemudahan perubatan..."[4]


Data Berkenaan Genosida dan Jenayah Kemanusiaan yang Dilaksanakan oleh Israel

Menurut Biro Perangkaan Pusat Palestin[5]:

·        Pada penghujung April 2026, sekitar 200,000 rakyat Palestin dan Arab telah dibunuh di dalam dan di luar Palestin.  Angka kematian di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023 sahaja berjumlah 72,601 orang, termasuk lebih 20,413 kanak-kanak, 12,524 wanita, 1,670 kakitangan perubatan, 1,038 kakitangan pendidikan dan 262 wartawan.

·        Dua juta rakyat Palestin telah dipindahkan secara paksa dari Semenanjung Gaza, bersama-sama dengan 40,000 rakyat dari Tebing Barat, sejak 7 Oktober 2023.

·        Lebih 61,000 serangan telah dilakukan oleh Pihak Berkuasa daripada rejim Israel dan penduduk haramnya di Tebing Barat sepanjang tahun 2022 hingga 2025. Kira-kira 1,400 bangunan di Tebing Barat telah musnah pada tahun 2025, termasuklah 258 bangunan di Wilayah Baitulmaqdis (104 perobohan kendiri secara paksa di Baitulmaqdis, di mana rakyat Palestin terpaksa merobohkan rumah mereka sendiri), termasuk penebangan lebih daripada 81,500 batang pokok zaitun, yang mana kebanyakannya merupakan pokok zaitun purba.

·        Lebih 198,000 bangunan termasuklah sekolah, universiti, hospital, masjid, gereja, ibu pejabat kerajaan, dan pertubuhan ekonomi telah dimusnahkan. Sekitar 102,000 banguan telah musnah sepenuhnya di Semenanjung Gaza. Sejak 7 Oktober 2023, tidak kurang daripada 330,000 unit rumah, yakni lebih 70% daripada unit rumah di Semenanjung Gaza telah musnah sepenuhnya atau sebahagian daripadanya, selain kemusnahan total semua aspek infrastruktur, termasuklah jalan, saluran air dan elektrik, saluran kumbahan, dan tanah pertanian, justeru menjadikan Semenanjung Gaza tidak mampu didiami.

·        90 peratus sekolah dan universiti Gaza telah rosak atau musnah akibat serangan Israel melalui serangan udara, tembakan, pembakaran dan perobohan terkawal.[6]

·       Sekitar 900 buah pusat pemeriksaan tentera Israel telah didirikan di Tebing Barat.

·       Israel menghadkan akses rakyat Palestin kepada air dengan cara:

Israel mengawal lebih daripada 85% air bawah tanah di Palestin dengan mengawal penggerudian telaga, menghalang pembangunan telaga baharu, dan mengenakan sekatan ketat ke atas pemulihan telaga sedia ada.
Rakyat Palestin hampir dilucutkan sepenuhnya hak mereka ke atas air Sungai Jordan dengan cara rampasan secara unilateral ke atas kawalan aliran sungai dan sumber ekonominya, termasuklah akses Laut Mati yang mana aksesnya telah dihalang sejak tahun 1967.
Purata bekalan air di beberapa kawasan di Semenanjung Gaza telah menurun kepada 3-5 liter setiap orang sehari semasa tempoh pencerobohan. Ini merupakan tahap kritikal berbanding standard kemanusiaan minimum, iaitu 15 liter setiap orang sehari yang diperlukan untuk kelangsungan hidup mengikut piawaian kemanusiaan antarabangsa.
 

Lynas dan Jabatan Perang AS

Lynas Rare Earth Limited ialah pembekal ketenteraan kritikal nadir bumi selain daripada negara China. Berikut merupakan bahan nadir bumi khusus yang terkandung dalam perjanjian Lynas bersama-sama dengan Pentagon bagi penggunaan ketenteraannya:

· Samarium (Sm): Pengeluaran dimulakan baru-baru ini. Magnet Samarium-kobalt digunakan dalam persenjataan berketepatan tinggi, termasuklah komponen untuk jet pejuang F-35 .

· Dysprosium (Dy) & Terbium (Tb): Dihasilkan secara komersial sejak 2025. Ini merupakan bahan tambahan kritikal yang membantu magnet berprestasi tinggi untuk menahan suhu yang tinggi.

· Neodymium & Praseodymium (NdPr): Dibekalkan di bawah perjanjian rangka kerja Pentagon selama 4 tahun yang bernilai $96 juta. Gabungan ini adalah piawaian asas untuk magnet kekal berkekuatan tinggi dalam kegunaan sistem ketenteraan.

. Lynas telah bekerjasama dengan pengeluar magnet yang berpangkalan di AS Noveon Magnetics untuk menghasilkan magnet kekal yang mengutamakan keperluan ketenteraan AS.

Lynas juga bertekad untuk mengembangkan pengeluaran unsur lain seperti gadolinium, yttrium, dan lutetium dalam tempoh dua tahun akan datang. Unsur-unsur ini penting dalam pembuatan senjata AS.

---[English Version]---

Dear Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim, Minister of Investment, Trade and Industry (MITI), Datuk Seri Haji Johari bin Abdul Ghani, Minister of Foreign Affairs, Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Minister of Science, Technology and Innovation (MOSTI), Chang Lih Kang,Chairman of the Lynas Board of Directors, Professor John Humphrey.

We, the undersigned individuals and civil society groups, respectfully demand for:

  1. Lynas Rare Earth Limited to cancel the agreement to sell $96 million rare earth oxides to the United States Department of War, Pentagon.
  2. immediate suspension of all rare earth exports to Pentagon by Lynas pending an independent investigation to ensure consistency with Malaysian policy and law.
  3. full public disclosure of end-use agreements and military supply chain audits for Lynas’ rare earth exports over the past decade.
  4. suspension of Lynas’ operations and revoke its operating license until Lynas cancels the deal with Pentagon.
  5. legislation prohibiting any future rare earth exports from Malaysia when there is credible risk that they will be used in violations of international humanitarian law, including genocide, war crimes and crimes against humanity.
  6. Lynas to strictly adhere to its original licensing condition to remove the radioactive water leach purification waste from Malaysia.
  7. rejection of future Environmental Impact Assessment (EIA) report that seek to expand Lynas operation until Lynas successfully adhere to the original licensing condition protect public and environmental health of the country.
  8. proactive diplomatic action through the UN Security Council and International Criminal Court to cut off other nations’ similar resources to Israel, the perpetrator regime.

As clearly stated in the foreign affairs website:

Malaysia has acted in solidarity towards the state of Palestine and has upheld “...Palestinians’ fundamental freedom and their right to statehood; respect the will and aspirations of the Palestinian people; provide security guarantees for Palestine, and hold the Zionist Israel regime accountable for its persistent violations of international law, for the crimes of genocide, war crimes and crimes against humanity.”

Malaysia further emphasised that even though there are shortcomings and limitations in the New York Declaration[1], it “.. should pave the way for an immediate end to the Zionist Israel’s war against Gaza, its atrocities, humanitarian catastrophe in the Palestinian Territory, and for achieving lasting peace in the Middle-East.”  Israel has so far remained defiant and continue with its military aggression and acts of genocide towards Palestinians primarily due to US’ persistent diplomatic and military backings for Israel.  

As such, Lynas’ rare earth US$96 million rare earth oxides supply deal with Pentagon/US Department of War signed in March 2026[2] contradicted with Malaysia’s foreign policy and long standing support and recognition of the state of Palestine, not to mention the toxic radioactive health and environmental hazards its operations have already generated.

Honourable Prime Minister, we call on you to act now to protect Malaysia’s integrity and sovereignty, as further rare earth exports for the US Department of War risks making Malaysia complicit in genocide, war crimes and crimes against humanity, not only in Palestine but also in Iran and other neighbouring countries which the US and Israel has continued to attack recently amidst global condemnations. We expect a formal public response to the above mentioned demands by 30th July 2026. 

Background


“The goal of the Israeli government is abundantly clear: the destruction of life in Gaza.”

“The war in Gaza has been the most ruthless, prolonged and widespread attack against the Palestinian people since 1948.”

Navi Pillay, Chair of the Commission of Inquiry on the Occupied Palestinian Territory[3]

In October 2024, the UN Independent International Commission of Inquiry found war crimes and crimes against humanity in Israeli attacks on Gaza health facilities and treatment of detainees and hostages.  Its concluded that “Israel has perpetrated a concerted policy to destroy Gaza’s healthcare system as part of a broader assault on Gaza, committing war crimes and the crime against humanity of extermination with relentless and deliberate attacks on medical personnel and facilities…”[4]

Data Pertaining to Genocides and Crimes Against Humanity Committed by Israel

According to the Palestinian Central Bureau of Statistics[5]:

·  As at the end of April 2026, approximately 200,000 Palestinians and Arabs have been killed both inside and outside Palestine.  The death toll in Gaza Strip since October 2023 alone amounted to 72,601, including more than 20,413 children, 12,524 women, 1,670 medical staff, 1,038 education staff and 262 journalists.

·        2 million Palestinians were forcibly displaced in Gaza Strip, along with 40,000 in the West Bank, since October 7th, 2023.

·        More than 61,000 attacks were carried out by the Israeli Occupation Authorities and settlers in the West Bank during the Years 2022-2025.  Approximately 1,400 buildings in the West Bank were destroyed in 2025, including 258 buildings and establishments in Jerusalem Governorate (104 forced self-demolitions in Jerusalem, in which Palestinians are forced to demolish their own home), including decimation of more than 81,500 mostly ancient olive trees.

·        More than 198,000 buildings including schools, universities, hospitals, mosques, churches, government headquarters, thousands of buildings and economic establishments were damaged.  102,000 were completely destroyed in Gaza Strip.  Since October 7th, 2023, no less than 330,000 housing units – over 70% of the housing units in Gaza Strip have been completely or partially destroyed, in addition to the destruction of being destroyed and all aspects of infrastructure, including streets, water and electricity lines, sewage lines, and agricultural land were destroyed, making Gaza Strip an uninhabitable place.

·        90 per cent of Gaza’s schools and universities have been damaged or destroyed by Israeli attacks – including airstrikes, shelling, burning and controlled demolitions.[6]

·       Approximately 900 Israeli military checkpoints have been set up in the West Bank.

·       Israel limits Palestinians access to water through:

controlling over 85% of Palestinian groundwater by preventing the development of new wells, and imposing strict restrictions on the rehabilitation of existing wells.
almost completely deprived Palestinians of their right to the water of the Jordan River by unilaterally seizing control of the river's course and its economic resources, as well as the Dead Sea, where it has prevented any actual Palestinian access to such resources since 1967.
limiting water supply - in some areas of Gaza Strip it has dropped to 3-5 litres per person per day during periods of aggression, far below the minimum humanitarian standard of 15 litres per person per day required for survival.
 

Lynas and US Department of War

Lynas Rare Earth Limited is a critical military supplier of rare earth outside of China.  The following are specific rare earth materials Lynas has signed a binding agreement to provide Pentagon for its military applications:

· Samarium (Sm): Recently commenced production . Samarium-cobalt magnets are used in high-precision weaponry, including components for F-35 jet fighters .

· Dysprosium (Dy) & Terbium (Tb): Produced commercially since 2025 . These are critical additives that help high-performance magnets withstand high temperatures.

· Neodymium & Praseodymium (NdPr): Supplied under a 4-year, $96 million Pentagon framework agreement . This combination is the standard for high-strength permanent magnets in military systems.

. Lynas has partnered with US-based magnet manufacturer Noveon Magnetics to produce permanent magnets that prioritise serving US military needs[7]

. Lynas has also committed to expanding production of other elements such as gadolinium, yttrium, and lutetium within the next two years.  These elements are essential for US weapon manufacturing.[8]


 
[1]      on the Peaceful Settlement of the Question of Palestine and the Implementation of the Two-State solution, 29 July 2025 accessed June 2026 via https://onu.delegfrance.org/new-york-declaration
[2]      Lynas’ ASX Announcement March 2026 accessed June 2026 via https://wcsecure.weblink.com.au/pdf/LYC/03068512.pdf
[3] UN News Global perspective Human stories accessed June 2026  https://news.un.org/en/story/2025/06/1164496
[4] UN Independent International Commission of Inquiry on the Occupied Palestinian Territory, including East Jerusalem, and Israel. Accessed in June 2026 via https://www.ohchr.org/en/press-releases/2024/10/un-commission-finds-war-crimes-and-crimes-against-humanity-israeli-attacks 
[5]      Accessed June 2026 via https://www.pcbs.gov.ps/en/post-details/?postId=25974
[6]      UN News Global perspective Human stories accessed June 2026 https://news.un.org/en/story/2025/06/1164496
[7] News item accessed June 2026 via https://www.australianmining.com.au/lynas-rare-earths-signs-on-to-us-magnetics-partnership/
[8]https://announcements.asx.com.au/asxpdf/20260319/pdf/06xlcwh9ypgxhm.pdf accessed June 2026 from Lynas ASX Announcement 19 March 2026

 

      

Petition Updates