Siar Secara Langsung Perbicaraan Mahkamah Untuk Kes DS Sanusi Md Noor

The Issue

Pilihanraya Umum bagi Negeri ke 15 telah berlangsung dengan jayanya, dan menghasilkan kemenangan baik bagi gabungan PH-BN dan juga gabungan PN (GERAKAN, PAS, BERSATU).

Namun, dalam proses ceramah-ceramah politik, rakyat Malaysia dihidangkan dengan cerita-cerita fitnah, maki-hamun, pembodohan fakta dan sebagainya. Ceramah sebegini pula disambung dengan laungan semangat oleh sebilangan Rakyat Malaysia yang kurang mendapat pendedahan terhadap apa yang sedang berlaku dalam negaranya.

Kesan dari Ceramah Politik sebegini, rakyat yang tidak faham hala tuju sepatutnya untuk Malaysia, memilih pemimpin yang tidak mempunyai kredibiliti dan keupayaan untuk merancang kemajuan negeri dan tidak memiliki keupayaan untuk menyumbang kepada kemajuan negara.

Pendidikan Politik Kepada Rakyat

Kerajaan Malaysia melalui penubuhan JKOM (Jawatankuasa Komuniti) melalui inisiatif-inisiatif mereka memberikan penerangan dengan fakta-fakta kepada rakyat, khususnya kepada rakyat kelas B40 yang rata-ratanya kurang mempunyai akses kepada pengetahuan politik.

Akses yang dimaksudkan ini adalah mereka dengan gaya hidup mereka, lebih memberikan fokus untuk mencari kestabilan pendapatan, dan juga mencari kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan keluarga.

Namun setiap tangan mereka ada sebuah samrtphone, dan itulah sumber pengetahuan politik untuk mereka.

Minda Miskin Mudah Terhasut

Minda Kaya dan Minda Miskin (Rich Thinking & Poor Thinking) dalam seni kajian psikologi menunjukkan golongan yang memiliki minda miskin ini mudah terhasut dengan desakan bebaur emosi kemarahan.

Dalam media sosial, pihak Perikatan Nasional (GERAKAN, PAS dan Bersatu) menggunakan dana politik mereka untuk menggerakan kempen-kempen hasutan melalui penggunaan pempengaruh (influencer), melalui iklan media sosial, melalui tulisan dan medium video yang tidak memiliki maklumat untuk membangunkan negara.

Sebaliknya, maklumat menghasut kepada kebencian dan menaikkan kemarahan tanpa tujuan kepada sosok-sosok politik, membentuk satu kebencian tanpa hala tujuan terhadap minda anak-anak Malaysia yang tidak mengetahui sejarah perjuangan yang sebenarnya terhadap sosok yang disuruh benci itu.

Hasutan Melampaui Batas

Setelah PRN berlalu, pemimpin jahat ini tidak meletakkan noktah politik mereka, yang seharusnya dilakukan kerana Malaysia ini masih luka parah akibat COVID dengan perlaksanaan tidak terkawal PKP, PKPD dan PKPP.

Pemimpin jahat sentiasa dengan jahat mereka, hari hari mereka mendendangkan lagu untuk menukar kerajaan perpaduan pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Sampaikan penjawat awam yang seharusnya mempunyai akses maklumat terhadap apa yang sedang dibuat DSAI untuk memulihkan luka Malaysia ini pun, sanggup tanpa malu bersuara kononnya "saya angkat tangan, saya lawan anwar.

Memupuk Kesedaran Rakyat Sekali Lagi

Dato Seri Sanusi Md Noor secara amnya, menghina Sultan, menyampaikan fakta salah dan maki hamun dalam ceramah politiknya.

Selepas PRN, beliau berdepan dengan beberapa saman & tindakan seperti berikut:

  1. Saman BERJAYA sejumlah RM100 Juta
  2. Saman Menteri Besar Selangor berjumlah RM10 Juta
  3. Saman Puan Nini Seron kes beliau datang ke Juru melihat model kereta baharu
  4. Kes Polis kerana menghina YM Sultan Selangor

Dan lain lain lagi. Maka, menjadi keperluan untuk rakyat mendengar sendiri dari mulutnya, dalam mahkamah, bagaimana dia mempertahankan dirinya, mengemuka bukti-bukti dan menepis tohmahan terhadap dirinya sendiri.

Tayangan Secara Langsung Kes Mahkamah DS Sanusi

Akan memberikan pengetahuan  baru kepada rakyat Malaysia, khususnya rakyat dari golongan B40 ini, terhadap keadilan sistem undang-undang Malaysia.

Dan pada masa yang sama, mereka akan menonton dengan mata dan kepala mereka sendiri, adakah ucapan DS Sanusi ini segarang dan sehebat ucapannya dalam mahkamah kelak. Adakah dia ini benar-benar panglima perang yang diperlukan dalam politik malaysia?

Atau seorang penghasut yang suka mengfitnah memburukkan pihak lawan?

SERUAN KEPADA RAKYAT YANG CINTAKAN MALAYSIA

Mari kita bersama-sama, menyeru kepada Kerajaan Malaysia khususnya:

  1. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  2. Pejabat Peguam Negara
  3. Mahkamah Tinggi
  4. BAR Council

Untuk membenarkan setiap kes pembicaraan DS Sanusi Md Noor ini, ditayangkan SECARA LANGSUNG dalam kaca televisyen

Ini akan menjadi satu pendidikan penting kepada rakyat di negara kita ini. Sudah banyak yang berlaku, dalam mahkamah menikus, luar mahkamah menyinga.

Kita ingin, RAKYAT MALAYSIA, menyaksikan sendiri, samada DS Sanusi Md Noor ini panglima yang diperlukan atau seorang penghitnah yang ingin menghancurkan masa hadapan Malaysia.

RAKYAT MALAYSIA WAJIB DIBERIKAN PENDIDIKAN INI!

Para pembaca sekalian, pertama sekali, anggaplah petition ini, adalah petition anda.

Sebarkan petition ini, dalam Facebook, dalam Blogger, dalam Twitter, dalam Tiktok, dalam Instagram dan semua platform lainnya.

Mudah-mudahan, kita dapat menyelamatkan rakyat kita dari terus menerus terkeliru.

Rakyat yang terkeliru akan memilih pemimpin bodoh.

Pemimpin bodoh akan membawa Malaysia menuju zaman gelap.

Sekian dari saya;

Rakyat Malaysia yang cintakan Malaysia.

Gambar Foto dari BERNAMA

avatar of the starter
Ahmad Mohamad Afandi Ahmad ShamsuddinPetition StarterSaya seorang aktivis bisnes, banyak mengajar klien tentang pemasaran yang betul tanpa pembohongan. Dan juga seorang yang sangat sayang Malaysia dan ingin melihat Malaysia diperintah oleh orang yang adil
This petition had 372 supporters

The Decision Makers

YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali

Ketua Setiausaha Negara
YBHG. TAN SRI IDRUS BIN HARUN
YBHG. TAN SRI IDRUS BIN HARUN
Peguam Negara
Malaysian Communication And Multimedia Commission

Government Agency
Bar Council Secretariat Officers
Bar Council Secretariat Officers
Bar Council Secretariat Officers

Petition Updates