SEJUTA RAKYAT MALAYSIA DESAK TIONG KING SING LETAK JAWATAN

The Issue
Kami rakyat Malaysia sebulat suara mendesak Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, TIONG KING SING LETAK JAWATAN sebagai menteri segera!
Desakan ini tanda ketidakpuasan hati kami terhadap keputusan dan tindakan Tiong King Sing semasa memegang portfolio Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya sejak era kerajaan Madani.
MENGAPA TIONG KING SING WAJIB LETAK JAWATAN?
Baru-baru ini, negarawan Tun Dr Mahathir melahirkan kekesalan melihat terlalu banyak papan tanda bertulisan Cina di sekitar bangunan membeli-belah di ibu kota. Isu tersebut mendapat perhatian Tiong King Sing.
Tiong King Sing berkata isu penguatkuasaan peraturan papan dwibahasa telah mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas yang tidak perlu. Walhasil, pelancong persoalkan keterbukaan Malaysia.
Kata Tiong lagi, kepelbagaian bahasa mencerminkan kemesraan negara terhadap pelancong.
Sekali lagi Tiong King Sing GAGAL menjadi menteri yang menjaga kesenian dan kebudayaan tanah air. Tiong nampaknya sukar terima hakikat bahawa bahasa Melayu satu-satunya bahasa kebangsaan. Itu identiti negara kita!
TIONG KING SING MELANGGAR SUMPAH
Sebagai ahli Parlimen dan Menteri yang dilantik, Tiong berkhidmat dan bertaat setia kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Taat setia ini, dibuat melalui sumpah jawatan bahawa beliau akan setia kepada Malaysia dan akan memelihara, menjaga serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sumpah taat setia ini diwajibkan dibuat di hadapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada Perkara 43 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Berikut merupakan antara sebab lain mengapa Tiong King Sing perlu letak jawatan serta-merta.
1) Utamakan pelancong China
Tiong King Sing pernah minta rakyat Malaysia tidak tunjukkan reaksi berlebihan apabila Malaysia membenarkan pelancong dari China datang ke negara kita ketika kes Covid-19 meningkat semula sedangkan negara lain menyekat pelancong China dari masuk ke negara mereka.
Tiong King Sing juga pernah jadi ‘hero’ menimbulkan Kekecohan di KLIA untuk pertahankan pelancong China yang ditahan oleh pegawai imigresen.
Pelancong dari China dan India juga dapat pengecualian visa selama 30 hari.dalam program liberalisasi visa. Akhirnya, pengecualian visa ini berjaya naikkan hingga 238.5% pelancong China.
2) Iktiraf bak kut teh sebagai makanan warisan negara
Bak Kut Teh disenaraikan sebagai makanan warisan negara, Tiong King Sing kata tiada kaitan dengan bangsa dan agama sedangkan Islam merupakan agama persekutuan, dan Melayu merupakan tuan tanah negara ini.
Terang-terang bak kut teh biasanya dihidangkan dengan menggunakan daging babi, tiba-tiba boleh ‘dihalalkan’. ini akan mengelirukan rakyat. Tindakan mengiktirafnya adalah tindakan yang kurang ajar kerana tidak menghormati sensitiviti orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini. Malah Tiong menyelar mereka yang menentang dengan mengatakan pemimpin Melayu yang mempertahankannya sengaja memainkan isu perkauman
SEBAB LAIN TIONG KING SING PERLU LETAK JAWATAN
Antaranya:
- Bangga angkat budaya China, yang terbaru mengumumkan sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia
- Menteri yang tak fasih berbahasa Melayu
- Menggunakan kuasa menteri untuk turunkan pangkat penjawat awam
- Gesa rakyat bersifat terbuka dan terima permohonan maaf berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah
- Pertahahan isu kibar bendera China di Menara Condong, Teluk Intan
- Berpendirian bahawa berpakaian sopan dianggap ekstremisme agama menjadi punca pelancong tidak mahu ke Langkawi
- Pertahan pembukaan kasino di Sarawak dan tidak setuju 'kasino beri lebih keburukan berbanding kebaikan'
- Tiong minta bukti rokok sebabkan kanser dengan alasan kena fokus pada pendidikan dulu.
Terlalu banyak tindakan Tiong King Sing yang memalukan negara dan melanggar sumpah setia yang pernah dilafaznya. Tiong GAGAL berkali-kali menjalankan tugasnya mengikut objektif kementerian yang dipimpinnya.
Sebelum lebih banyak lagi kebobrokan dilakukan Tiong King Sing terhadap identiti negara, kami rakyat Malaysia mendesak supaya TIONG KING SING LETAK JAWATAN sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya segera.
Perkara 43(5) memberikan kuasa kepada Yang D-Pertuan Agong untuk membatalkan jawatan Menteri yang disandang Tiong King Sing jika mendapat nasihat Perdana Menteri untuk berbuat demikian.
Maka, kami juga menggesa YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim menasihati Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, untuk membatalkan jawatan yang disandang Tiong King Sing atau menasihati Tiong King Sing untuk meletakkan jawatannya menurut Perkara 43 (5) Perlembagaan Persekutuan.
Jika Tiong terus kekal memegang jawatan tanpa dipecat atau meletakkan jawatan, ia menunjukkan Perdana Menteri GAGAL untuk memastikan semua aggota kabinetnya menghormati sumpah setia yang dilafazkan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong.
Ini merupakan satu penghinaan kepada Ketua Utama Negara yang seharusnya tidak ada tolak ansur.
Maka, TIONG KING SING SILA LETAK JAWATAN.
Petisyen ini digerakkan oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

38,248

Supporter Voices
Petition updates
Share this petition
Petition created on 27 November 2024