Rayuan untuk Pembebasan Kenderaan yang Ditahan oleh syarikat ECL(Malaysia) Sdn bhd

The Issue
[VERSI BAHASA MALAYSIA]
Kami, Komuniti Pemilik Kenderaan Terjejas Malaysia Star 93, dengan ini menggesa pihak berwajib DAN pihak media untuk mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu penahanan kenderaan kami yang terjejas akibat kebakaran kapal Malaysia Star 93.
LATAR BELAKANG ISU:
Pada 2 Disember 2024, kapal Malaysia Star yang dimiliki oleh ECL(Malaysia) Sdn Bhd membawa kenderaan kami dari Semenanjung ke Sabah mengalami kebakaran, menyebabkan kelewatan dan kesulitan kepada pemilik kenderaan. Dilaporkan sebanyak 61 unit kenderaan terbakar sepenuhnya(total loss) dan lebih dari 1,400 unit kenderaan ditahan oleh syarikat ECL(M)SB.
Lebih membimbangkan, kami diarahkan untuk membayar General Average (GA) sebanyak 60% daripada nilai kenderaan sebelum kenderaan kami dapat dikembalikan, walaupun kami telah membuat pembayaran penuh untuk perkhidmatan penghantaran dan insurans.
Tambahan pula, bagi pemilik kenderaan yang mengalami total loss, mereka masih perlu meneruskan pembayaran pinjaman bank tanpa penyelesaian yang jelas daripada pihak insurans.
Sehingga kini, setelah dua bulan dan bermacam macam laporan rasmi telah dibuat termasuk pihak polis,KPDN & MOT, kenderaan kami masih ditahan oleh pihak kapal dan situasi ini memberi kesan besar kepada kehidupan kami, termasuk:
- Penduduk Sabah yang menghantar kenderaan kepada ibu bapa mereka untuk kemudahan ulang-alik ke hospital.
- Individu yang membeli kenderaan dari Semenanjung dan kini tersekat akibat insiden ini.
- Kakitangan kerajaan yang bertugas di Sabah dan memerlukan kenderaan di lokasi baharu.
- Individu yang terpaksa menyewa kenderaan, menyebabkan beban kewangan tambahan.
TUNTUTAN KAMI:
- Membebaskan kenderaan yang ditahan tanpa sebarang caj tambahan yang tidak munasabah.
- Menuntut pihak syarikat perkapalan termasuk ejen-ejen bertanggungjawab atas insiden kebakaran yang berlaku.
- Menuntut pihak insurans memberikan penyelesaian yang adil kepada pemilik kenderaan yang mengalami kerugian.
- Menyediakan saluran komunikasi yang jelas dan rasmi bagi menyelesaikan isu ini dengan segera.
- Kami menyeru agar pihak kerajaan dan pihak berwajib campur tangan dalam perkara ini bagi melindungi hak kami sebagai pengguna.
”Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyokong petisyen ini dengan menandatangani sebagai tanda perjuangan demi memastikan hak-hak pengguna di negara ini terus dihormati dan dilindungi. Melalui sokongan anda, kita dapat memperkuatkan suara kita sebagai pengguna dan memastikan perubahan yang adil dan berkekalan untuk semua.”
———————————————————————-
[ENGLISH VERSION]
We, the Malaysia Star 93 Affected Vehicle Owners Community, hereby urge the relevant authorities and media to take immediate action to resolve the issue of our detained vehicles, which were affected by the Malaysia Star 93 ship fire.
BACKGROUND OF THE ISSUE:
On December 2, 2024, the Malaysia Star vessel, owned by ECL (Malaysia) Sdn Bhd, was transporting our vehicles from Peninsular Malaysia to Sabah when it caught fire, causing delays and difficulties for vehicle owners. Reports indicate that 61 vehicles were completely destroyed (total loss), and more than 1,400 vehicles have been detained by ECL (M) Sdn Bhd.
More concerning is that we have been instructed to pay General Average (GA) at 60% of our vehicle’s value before they are released, despite having already made full payments for the shipping service and insurance.
Furthermore, for owners whose vehicles were declared total loss, they are still required to continue making loan repayments without any clear resolution from the insurance companies.
As of now, after two months and multiple official reports have been made, including to the police, the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN), and the Ministry of Transport (MOT), our vehicles are still being held by the shipping company. This situation has significantly impacted our lives, including:
- Sabah residents who sent vehicles to their elderly parents for hospital visits.
- Individuals who purchased vehicles from Peninsular Malaysia and are now stuck due to this incident.
- Government employees posted in Sabah who require their vehicles for daily commuting.
- Individuals who have been forced to rent vehicles, resulting in additional financial burdens.
OUR DEMANDS:
- The immediate release of all detained vehicles without any unreasonable additional charges.
- Hold the shipping company and its agents accountable for the fire incident.
- Ensure insurance companies provide fair resolutions to affected vehicle owners.
- Establish a clear and official communication channel to resolve this issue promptly.
- We urge the government and relevant authorities to intervene in this matter to protect our rights as consumers.
“We also call upon all Malaysians to support this petition by signing it as a symbol of our fight for consumer rights in this country. With your support, we can amplify our voices and ensure a fair and lasting solution for everyone.”
VIDEO LINK:
https://vt.tiktok.com/ZS6ckkLev/
https://vt.tiktok.com/ZS6ck37qu/
https://vt.tiktok.com/ZS6cBd9rr/

413

The Decision Makers
Share this petition
Petition created on 6 February 2025