Benarkan industri spa dibuka semula / Allow legitimate spas to resume operations

The Issue

Industri SPA dan Pusat Urut Kaki (PUK) serta perniagaan lain telah pun menutup perniagaan sejak 18 Mac 2020 bagi menghormati perlaksanakan PKP sehinggalah hari ini. Pada 10 Jun 2020, sektor salon kecantikan dan rambut telah pun dibuka semula. 

Malaysian Wellness and Spa Associaion (MAWSPA) dan Association of Malaysian Spas (AMSPA) merayu agar kerajaan dapat membenarkan SPA/PUK untuk mula beroperasi memandangkan aktiviti yang dibenarkan di dalam salon kecantikan adalah secara amnya lebih kurang sama seperti aktiviti yang dijalankan di dalam SPA/PUK.

Kami mengambil kira kepentingan bidang ini dari segi ekonomi, dimana industri kami telah menjanakan sekurang-kurangnya RM 400 juta kepada pendapatan negara. Hasil pendapatan di sektor ini pula menjana berbillion ringgit secara keseluruhan. Secara tidak langsung, ini telah memberi beribu peluang pekerjaan kepada warga negara kita.

Industri SPA/PUK banyak memberi peluang pekerjaan kepada semua warga tempatan yang  yang memerlukan perkerjaan tanpa mengira bangsa dan agama. Kebanyakan pengusaha SPA/PUK juga berkerjasama dengan institut/kolej kemahiran kerajaan seperti Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan Giatmara untuk pengambilan pelajar di dalam bentuk latihan industri (internship) dan graduan ini akan menyertai industri sebagai pekerja setelah tamat latihan. Golongan pekerja sedia ada pula tergolong daripada kaum ibu tunggal dan golongan B40 dimana kemahiran yang mereka ada hanyalah pengalaman berurut. Kebanyakan mereka telah terputus sumber pendapatan sejak awal tempoh PKP dan keadaan adalah sangat mendesak bagi mereka sekarang. 

Pengusaha SPA/PUK bukanlah berniaga hanya untuk mendapatkan keuntungan, tetapi di atas dasar tanggungjawab sosial, kami terus memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada rakyat Malaysia demi kesejahteraan mereka terutamanya dalam masa PKP, PKPB dan kini PKPP. Dengan itu, kami bersedia menjalankan operasi kami dengan mematuhi semua arahan SOP daripada pihak kerajaan. Sebagai tanda sedia, persatuan MAWSPA dan AMSPA telah pun memulakan kempen safe2spa (www.safe2spa.my dimana penerangan secara menyeluruh akan diberi kepada ahli persatuan demi memastikan kualiti dan aspek keselamatan dapat dijalankan dengan sempurna didalam SPA/PUK sewaktu operasi.

Dengan ini, kami merayu agar pihak kerajaan dapat mengizinkan pembukaan semula industri SPA/PUK dengan secepat mungkin. Kami akan terus berusaha untuk meningkatkan ekonomi negara sambil mengekalkan kemakmuran dan kesejahteraan masyarakat seluruh Malaysia.

avatar of the starter
MAWSPA-AMSPA COVID19 Special Task ForcePetition Starter
This petition had 4,140 supporters

The Decision Makers

National Security Council
National Security Council
Ministry of Tourism and Culture
Ministry of Tourism and Culture

Petition Updates