Petition updateTolak Rasuah pada PRU-15

AKUJANJI DARI PRESIDEN PARTI-PARTI POLITIK

Immad AshelliMalaysia
Oct 27, 2022

Jumaat, 28 Oktober antara jam 9:00AM hingga 9:30AM kita akan keluarkan kenyataan menuntut satu AKUJANJI dari ketua-ketua parti politik. Mereka diminta berjanji tidak akan mencalonkan individu-individu yang berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah atas tuduhan rasuah/korupsi sebagai calon parti pada PRU-15 nanti.

Kita tengok bagaimana reaksi mereka nanti.

Dalam pada masa itu, kita mesti teruskan usaha dengan lebih giat mengajak rakyat menyokong petisyen kita. Hanya dengan jumlah yang ramai, jutaan, dapat kita menyakinkan ketua-ketua parti politik bahawa mereka akan berhadapan dengan tindakan boikot keatas setiap calon mereka andaikata tuntutan rakyat diperlecehkan.

Dalam perkara lain, kita dah ada FACEBOOK PAGE. Tapi terlalu sunyi. Hanya baru ada 11 Followers dan LIKE. Amat tidak menyakin jika ada orang yang datang 'berkunjung'. 

Hari ini, saya mohon setiap pembaca mesej ini untuk pergi melawat FACEBOOK PAGE kita.

LIKE dan FOLLOW.

AYUH KITA!

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X