
29 November 2022 @ 12:52AM
Tarikh yang paling mustahak untuk tujuan petisyen kita ialah November 5 2022. Tarikh tersebut adalah benteng utama bertujuan memberi tekanan pada pimpinan parti-parti politik supaya tidak mencalonkan mana-mana individu yang bermasalah sebagai calon parti untuk PRU15.
Hingga jam ini, jumlah yang menyokong petisyen ini masih belum mencapai satu ribu orang. To be honest, I feel rather disappointed.
Isunya amat mudah. Bila ditanya, "Mahukah anda menerima calon untuk PRU15 yang bermasalah menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah?"
90% akan menjawab, "Kami tak mahu individu seperti itu sebagai calon." Dan mereka akan menurunkan tandatangan menyokong petisyen. Dan mereka anggap tanggungjawab mereka sudah selesai.
TIDAK!
Tanggungjawab kita bermula dari saat itu. Mesej petisyan perlu disebarkan seluas-luasnya. Masa perlu dilapangkan untuk melakukan kerja-kerja sebaran. Teknologi 'whatsapp' adalah satu kurniaan yang begitu efektif dalam menyampai mesej kita. Namun kita perlu hadirkan diri untuk menghantar mesej tersebut pada audien sasaran.
EVERY. ONE. OF. US - Tak ada jalan pendek.
Bermula sekarang, luangkan satu jam, dua jam untuk membuat kerja-kerja menghantar kepada nombor-nombor kontek yang tercatit dalam smartphone masing-masing.
JUST DO IT!