Tolak Rasuah pada PRU-15

Petition Closed

This petition had 1,137 supporters

The Issue

6 November 2022

KITA BOIKOT CALON UMNO, DAP, dan MUDA

Hari pencalonan untuk PRU-15 telah berlangsung.

Rayuan kita kepada parti2 politik supaya tidak mencalonkan mereka dari kalangan yang sedang menghadapi kes2 di mahkamah, terutamanya kes2 yang bersangkutan dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa, tidak dipedulikan.

Bahkan tiga pimpinan tertinggi parti UMNO, DAP dan MUDA yang mempunyai kes2 rasuah dan penyalah-gunaaan kuasa, mereka tanpa segan silu mencalonkan diri mereka sendiri untuk bertanding di kerusi2 parlimen. Ini bermakna laungan mereka untuk membenteras penyakit rasuah yg membarah hanya tinggal laungan. Bagi mereka, "It's business as usual".

Lebih malang bagi seluruh rakyat Malaysia, tindakan ketiga-tiga pimpinan tertinggi parti2 ini disokong dan dijulang oleh calon parti masing2. Mereka menjatuhkan maruah mereka sendiri apabila menerima watikah pencalonan dari tangan2 yang tercemar. Bagi mereka, "Matlamat Menghalalkan Cara". Dan matlamat akhir mereka ialah untuk menduduki kerusi2 empuk yang rakyat sediakan di Parlimen dan di Dewan-Dewan Undangan Negeri.

Sehingga kini, saya belum nampak apa-apa usul, cadangan, atau tindakan yang tersusun dan berkesan dari mana-mana pertubuhan (NGO), mau pun ketua2 masyarakat dalam menangani barah rasuah ini.

Maka usaha untuk memerangi wabak rasuah dikalangan ahli2 politik di Malaysia jatuh terbeban diatas bahu kita sendiri sebagai rakyat yang mahukan negara yang bebas rasuah. Cukuplah malapetaka yang mencemar institusi 1MDB dan negara menjadi sebagai pengajaran kepada kita semua.

Kita tidak boleh mengharap hanya pada usaha2 pengundi dikawasan2 tertentu mengalahkan calon2 'kluster mahkamah'. Usaha kali ini mestilah menyeluruh, disetiap kawasan, untuk setiap kerusi Parlimen, disemua kerusi-kerusi DUN yang dipertandingkan.

Hanya satu cara untuk MENGALAH BUDAYA RASUAH dikalangan ahli2 politk kita.

Kita perlu BOIKOT semua calon dari parti yang menyokong amalan rasuah dikalangan pimpinan mereka. Kita perlu bersama seluruh pengundi satu Malaysia, menolak calon-calon dari parti UMNO, DAP dan MUDA.

Dihujung jari kita ... pada 19 November 2022 kuasa rakyat menolak budaya rasuah.

AYUH MALAYSIA!

https://www.facebook.com/pru15bebasrasuah/

==========================================

CALON BERMASALAH : MUSIBAH kepada RAKYAT.

Mereka yang ada KES RASUAH, SALAH GUNA KUASA, PENYELEWENGAN yang sedang dibicarakan di Mahkamah TIDAK BOLEH DICALONKAN untuk mana-mana kerusi pada PRU-15 kelak.

SETUJU? 

Jika anda setuju, turunkan tandatangan anda dipetisyen ini. [Nota: Tidak ada caj atau bayaran dikenakan untuk menurunkan tandatangan anda menyokong petisyen ini]

Petisyen ini memberi maklum kepada pimpinan tertinggi semua parti politik bahawa kita akan  BOIKOT SEMUA CALON PARTI MEREKA sekiranya parti tersebut mencalonkan individu yang bermasalah. Walau pun hanya seorang.

Kita akan BOIKOT SEMUA CALON MEREKA untuk kerusi Parlimen. Kita akan BOIKOT SEMUA CALON MEREKA untuk kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dari Perlis sampai ke Sabah.

Bersatu kita teguh; Bercerai kita roboh.

AYUH MALAYSIA!

Jika anda ada soalan berkenaan petisyen ini, tinggalkan soalan atau komen anda di FACEBOOK page : 

https://facebook.com/pru15bebasrasuah/

avatar of the starter
Immad AshelliPetition StarterI'm a nobody, really. Just a small guy trying to do his bit; hoping to add value to his community, his neighborhood, the State he is living in, and his country. And the world that he's part of. I'll leave Mars to Elon Musk.

Petition Updates