Petition updateTolak Rasuah pada PRU-15

STRATEGI UNTUK MENANG

Immad AshelliMalaysia
Oct 26, 2022

WINNING THE FIGHT
Rujuk gambar tu -


Whatsapp - 93%
Facebook - 89%
Instagram - 79%
Tiktok - 53%
Twitter - 49%


Sekarang check kat smart handphone anda:
Ada berapa jumlah nama/nombor yang ada dalam senarai contact?

Saya ada 2,263 contacts
@ 93% ada whatsapp = 2,104

Andaikan saya boleh yakinkan hanya 25% untuk sokong petisyen.
[Saya rasa % lebih tinggi sebenarnya sbb isu ini mudah orang nak faham. Dan tak kira apa pendirian mereka, semua nak negara yang bebas rasuah.]

2,104 x 25% = 526 penyokong dari usaha saya.

Sekarang kita andaikan statistik yg sama untuk semua penyokong (purata). Dan kita target akan ada 5,000 penyokong setibanya hari Jumaat ini:
5,000 x 526 = 2,630,000 penyokong pada hari Ahad.

Bermakna 2,630,000 tandatangan menyokong petisyen kita pada hari Ahad, 30 Oktober 2022.

Parti-parti politik akan settle nama-nama calon pada 3 Oktober.

Kita GO ALL OUT bersama seramai 2,630,000 laskar kita - target 4 penyokong baru setiap orang dalam masa 2 hari.

Pada 2 November: cuba kira berapa jumlah tandatangan penyokong petisyen kita dapat?

Ketika itu, agak-agak, apa reaksi calon-calon yang bersih dari parti-parti yang mencalonkan 'calon rosak' untuk bertanding dalam PRU-15 nanti?
__________

Mimpi je kah semua ni?
Saya kutip dari Elon Musk:
"The first step is to establish that something is possible; then probability will occur."

__________

MULAKAN hantar mesej petisyen kita kepada semua contact-contact anda pada awal pagi ini, dan pada setiap ruang yang lapang. SETIAP HARI.

Contoh-contoh mesej (template) boleh anda dapati dari FACEBOOK page:

https://www.facebook.com/pru15bebasrasuah


AYUH MALAYSIA!

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X