
Repot ini keluar waktu bulan Oktober 2020, dimana projek PJDLink diwar -warkan di MTES (Majlis Tindak Eksekutif Selangor).
Rakyat keliru dengan aksi MBPJ: dimana "Not following DUE PROCESS", iaitu, proses yang diikuti sewaktu Projek kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri, mesti mengikuti proses sewajibnya. Apa yang berlaku ialah ianya tidak diikuti di Selangor.
Lagipun, sejak MB Azmin Ali telah membatalkan projek Kidex, ianya sebenarnya tidak dibatalkan. Rakyat amat kesal tentang penipuan ini. Siapa yang menipu disini? MB YB Azmin, atau kerajaan Selangor sewaktu 2016?
Developer mestilah kemukakan kesemua dokumen EIA, SIA, TIA,sebelum dibenarkan untuk menghebohkan projek mereka. Lagipun, ADUN mestilah tunjukkan dokumen tersebut kepada rakyat, sebelum projek ini boleh diterima. Pihak MBPJ mestilah mengutamakan rakyat.
Akan tetapi, proses ini songsang pula, dimana MBPJ memanggil rakyat mendengar hujah developer. Ini akan mengakibatkan "Due Process" tidak dikuti, dan Developer boleh mengeksploitasikan peluang ini, yang sudah berlaku sejak 2012.
Sekarang -- pihak Rakyat ingin tanya pendapat 'Selangor State Executive Councillors ', Selangor Executive Action Committee reps (MTES); Perancang TPCA (Town Country Planning Act Planners); dan lain lain-- yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan - apa yang akan dibuat kalau projek PJDLink diterima- tanpa mengikut "Due Process" ini?
Rakyat masih ingat manifesto Buku Jingga Pakatan Harapan, iaitu; "Mansuh kan Lebuhraya bertol". Apakah perbuatan kerajaan PH ini, yang mengingkari Buku Jingga, tidak mengikuti janji mereka, dan suka membebankan rakyat dengan harapan yang tidak realistik?