Petisyen Awam: Penambahbaikan Format Transkrip Akademik & Semakan Sistem Akademik XXX

The Issue

“Kami percaya bahawa setiap pencapaian wajar diraikan dengan penuh maruah dan ketepatan.”

Sebagai pelajar program Diploma in Business Administration (ODL) di XXX University College (XUC), kami amat menghargai peluang untuk menimba ilmu sambil mengimbangi komitmen profesional dan peribadi. Kami datang daripada latar belakang yang pelbagai – ada yang bekerja sepenuh masa, ada yang menjaga keluarga, dan ada juga yang merupakan pemimpin dalam komuniti masing-masing.

Namun begitu, dalam semangat membina reputasi bersama antara pelajar dan institusi, kami ingin membawa perhatian kepada beberapa isu berkaitan format transkrip akademik dan semakan sistem akademik semasa.

Baru-baru ini, kami menerima transkrip rasmi bagi semester terkini. Walaupun dokumen ini diterima dengan rasa syukur, terdapat beberapa elemen yang membimbangkan kami sebagai pelajar profesional:

1. Format transkrip yang tiada logo universiti, tiada tandatangan atau cop rasmi, dan hanya berbentuk teks biasa.
2. Dan kini, lebih membimbangkan, terdapat kes di mana subjek yang tidak sepatutnya dikira dalam CGPA telah dimasukkan, memberi kesan kepada keputusan akademik pelajar.

Kami percaya perkara ini bukan semata-mata isu kosmetik atau teknikal. Ia adalah soal integriti akademik, reputasi pelajar, dan keyakinan masyarakat luar terhadap dokumen yang dikeluarkan oleh institusi pendidikan tinggi.

---

[Sambungan petisyen akan memasukkan tuntutan & cadangan selepas isu subjek salah ini disemak lebih lanjut]

Victory
This petition made change with 43 supporters!

Petition Updates