Petition updatePulihkan Maruah dan Kuasa Raja-Raja Melayu

JANGAN CUBA-CUBA JOLOK SARANG TEBUAN

Nik Zafri AMKuala Lumpur, Malaysia
Jun 13, 2018
Komen Asal di FB Page : Nik Zafri - 7 Jun 1:16 ptg. ( https://web.facebook.com/nikzafri1/posts/1977646752254481 ) Assalaamu'alaikum wbr. dan salam sejahtera Kebelakangan ini saya dapati, banyak komen dalam akaun FB dan artikel dalam blog yang berunsur penghinaan dan fitnah terhadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Laporan demi laporan polis telah dibuat dan diharapkan MCMC juga memainkan peranan penting mengesan mereka yang bertanggungjawab. Kadangkala hairan juga kenapa ramai betul yang cuba menghasut, mendapat publisiti murahan, komen berbaur hasad dengki, nak tunjuk pandai, nak tunjuk "serba tau", nak mengaku kerabat, nak membodek malah ada yang "terkinja-kinja" nak "jadi bakal isteri raja". Namun apa yang paling saya kesalkan ialah ada satu bahan yang telah muncul dan penulisnya yang menjadi sebahagian dari "Council of Eminent Person" (walaupun ianya dinafikan dan dikatakan dia memberikan pendapat atas dasar peribadi dan tidak mewakili Majlis berkenaan) Sumber rasmi dari Istana Negara menunjukkan bahawa belanja sebenar yang sangat berbeza iaitu kira-kira RM79,284,717.50 (malah sumber dari Kementerian Kewangan juga mempunyai angka berbeza) berbanding dengan RM257 Juta yang dikeluarkan oleh penulis ini dalam bentuk "spreadsheet" tanpa sebarang bukti yang kukuh? Adakah kenyataan ini BERTUJUAN ingin melaga-lagakan rakyat dan rajanya? Sepatutnya soalan-soalan cepumas yang perlu ditanya : 1) Perbelanjaan 16 bulan : kerajaan mana yang memerintah ketika itu? Dari mana kerajaan lama dapat duit? Kenapa begitu besar belanja kerajaan lama? 2) Kenapa yang berbillion hilang dan hutang trillion tu tidak disensasikan. Yang diperincikan perbelanjaan Istana pun TIDAK SAMPAI 1 billion pun tetapi 16 bulan perbelanjaan kerajaan lama - agak-agak berapa billion? 3) Bagaimana hal yang sepatutnya menjadi rahsia telah didedahkan? Apa tujuannya? Apa niatnya? Cuba jelaskan, nak jadi "juara rakyat" ke? atau ada usaha pula nak "pinda perlembagaan" sekali lagi? 4) Cuba masuk mengadap DYMM SPB YDPA dan persembahkan perkara ini, tidak usah kecoh-kecoh dan jangan bercakap dari luar sahaja..."awak" tu kan rakyat Malaysia...berpengalaman luas, berkelayakan - jangan nampak macam orang tak sekolah pula atau tak ada adab pula! 5) Cuba persoalkan perbelanjaan monarki negara lain..agak-agak berapa dibandingkan dengan perbelanjaan yang diperuntukkan untuk KDYMM SPB YDP Agong? Jangan dibanding-bandingkan antara Kuasa/Imuniti Raja dan peruntukan Perlembagaan atau kuasa politik. DON'T TEST THE WATER..IT COULD BE BOILING HOT! Kerajaan baru dipilih salah satu sebabnya ialah kerana mereka telah berjanji akan "menjaga hak Raja-Raja Melayu" termasuk menjaga "etika kerahsiaan". Kenyataan manusia ini dalam blognya telah berhasil menghantar "wrong message" terhadap rakyat jika dilihat dari komen-komen yang NEGATIF berbaur hasad dengki dan anti-monarki pada blognya yang saya sendiri tidak sanggup baca. Walaupun terdapat penafian dia tidak mewakili "Council of Eminent Persons", BUKTIKAN menerusi YAB Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bertindak dengan sewajarnya. Setakat ini, saya mendapat tahu bahawa kertas siasatan telah dibuka terhadap penulis berkenaan. a) Jika terbukti tidak benar dan berbaur hasutan, penulis perlu dinasihatkan atau diarah untuk TIDAK LAGI menjadi sebahagian dari COE kerana ini akan menjadi ibarat "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga" - berpotensi memberikan mesej yang salah kepada rakyat seolah-olah ahli-ahli COE dalam diam-diam ada sifat "anti-raja". (harap tidaklah) Tangani dengan baik, jangan sampai rasa hormat rakyat termasuk penyokong akan terkikis terhadap kerajaan baru (ini tak sampai 100 hari lagi). Harapan saya ini bukan satu usaha halus untuk "membuang sistem beraja" atau menanam pemikiran anarki atau anti-monarki secara berperingkat terhadap rakyat supaya menentang rajanya menerusi pemberontakan dan keganasan. b) Jika terbukti tidak benar dan berbaur hasutan, rasa saya tidak memadai dengan permohonan maaf terbuka atau menarik balik artikel berkenaan tetapi penulis kena mengadap dan belajar menjunjung sembah kepada DYMM SPB YDPA dan mohon ampun dari baginda. Tayangkan secara langsung di kaca-kaca televisyen. c) Jika terbukti tidak benar dan berbaur hasutan, berikan hukuman dan denda yang sewajarnya serta ambil tindakan yang tegas kepada sesiapa sahaja yang berani menghina atau mengaib atau menjatuhkan maruah raja-raja Melayu. Saya bukan kerabat diraja tetapi saya TAAT SETIA pada Raja (dan saya bukan taksub atau taat melulu), saya rakyat marhaen yang dilahirkan di Kelantan Darulnaim. Pendapat saya juga tidak mewakili pandangan rasmi pihak Istana. Sebagai rakyat Malaysia yang berasal dari Kelantan, terasa terkilan juga seolah-olah ada pihak cuba merendah-rendahkan KDYMM Sultan Negeri di tempat asal kelahiran saya. Wassalamu'alaikum wbr. Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X