Victory

Pulihkan Maruah dan Kuasa Raja-Raja Melayu

This petition made change with 856 supporters!


Sistem beraja di Malaysia adalah sangat unik. Ianya telah wujud sejak berkurun lamanya dan masih dikekalkan sehingga hari ini. Antara semua negara-negara di dunia yang masih mengamalkan sistem beraja, hanya Malaysia sahaja yang mempunyai Yang DiPertuan Agong di mana  Ketua Negara ini akan mengikut giliran dari kalangan sembilan Sultan/Raja Pemerintah Negeri. Inilah lambang dan kekuatan Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Ianya juga jelas mencerminkan kedaulatan negara dipegang oleh raja-raja secara bergilir setiap 5 tahun.

Ingatlah juga bahawa - Raja dan Rakyat berpisah tiada! Islam tetap agama rasmi beri'tiqadkan ahlus sunnah wal jamaah, hak bangsa Melayu tetap dijaga di samping hak bangsa-bangsa lain yang disatukan di bawah payung "Rakyat atau Bangsa Malaysia" yang majmuk. Polis dan Tentera tetap teguh pertahanannya dengan gelaran "DiRaja Malaysia". DYMM Sultan adalah Yang Di Pertuan Negeri serta Jajahan-Jajahan Takluknya.

Malangnya, Raja-Raja Melayu di Malaysia kebelakangan ini sering menjadi sasaran sekumpulan manusia yang berpegang kepada fahaman anti-monarki. Pengaruh anti-monarki ini disebabkan suasana dunia luar yang lebih kepada sistem anarki, autokrasi, demokrasi tanpa raja, konsep republik berpresiden, faham politik ekstrim, akibat hasutan, hasad dan kebencian, faham/i'tiqad agama ekstrim dan menyeleweng, pengaruh komunisma dan sosialisma dll.

Matlamat terakhir kumpulan yang jahat ini ialah percubaan menanam fahaman anti-raja dengan menggunakan hujjah yang lemah mengenai perlembagaan, mengelirukan antara imuniti dan veto, memecahkan perpaduan kaum, menghasut supaya perlembagaan yang menyentuh kuasa dan hak Raja-Raja dipinda, mempersoalkan kedudukan dan keputusan yang telah dipersetujui oleh Raja-Raja Melayu, memfitnah dan mengaibkan Raja-Raja Melayu dsb.

Kita amat khuatir percubaan jahat seperti ini mungkin mempunyai agenda yang tersembunyi yang amat kotor dengan mencuci minda (brainwashing) iaitu dengan membayangkan sistem beraja kononnya tidak relevan dengan kemodenan, akhirnya cuba mengikis atau menghapuskan kuasa atau mungkin usaha menghapuskan sistem beraja itu sendiri - secara halus atau secara zahir.

Ini adalah satu tindakan yang perlu dibendung dengan segera kerana ianya adalah salah satu potensi untuk mencetuskan "terrorisma", "pemberontakan" dan juga "keganasan". Ianya juga bukan budaya dari Malaysia dan tidak dinafikan kemungkinan terdapat pengaruh dalang-dalang ghaib dari dalam dan luar negara.

Semua rakyat Malaysia yang menentang fahaman anti-monarki diminta segera menandatangani petisyen ini tidak kira siapa anda. 



Today: Nik Zafri is counting on you

Nik Zafri Abdul Majid needs your help with “Nik Zafri: Pulihkan Maruah dan Kuasa Raja-Raja Melayu”. Join Nik Zafri and 855 supporters today.