
Nik Zafri AMKuala Lumpur, Malaysia

Jun 11, 2018
#PakatanHarapan #TunMahathir #AnwarIbrahim
http://www.malaysia-today.net/2018/06/11/pakatan-harapan-attack-dog-hussein-hamid-slanders-the-rulers
Sekali lagi ada satu artikel yang amat kurang ajar dan biadap terhadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
Diharap YAB PM Tun, DSAI dll yang berkaitan, tolong ambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang menggunakan nama #PakatanHarapan kerana saya melihat percubaan-percubaan ini kemungkinan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan atau kaitan mungkin dengan kerajaan terdahulu.
Saya harap juga agar laman Malaysia Today juga dapat dijalankan siasatan terperinci ke atasnya mengenai kemungkinan kepentingan watak-watak tertentu dari kerajaan terdahulu juga.
Saya ingin TEGASKAN bahawa tuduhan dalam artikel ini amat jahat sekali yang disambut hebat oleh penghasut-penghasut dalam komen-komen yang diberikan.
Blogger ini dan para blogger anti-raja yang lain termasuk dua orang "Ustaz" tiada tauliah/ditarikbalik tauliah mereka oleh Majlis/Jabatan Agama, suatu masa dahulu sering membuat percubaan menjatuh dan mengaibkan Raja-Raja Melayu.
Kebanyakan mereka suka menggunakan hak "Kebebasan Bersuara" dengan bertopengkan "makian", "cercaan" dan "tuduhan melulu" tanpa sebarang bukti yang kukuh.
Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X