Desak kerajaan luluskan pengeluaran iLestari 2​.​0 @ iSinar 2​.​0 utk golongan M40!!!

Desak kerajaan luluskan pengeluaran iLestari 2​.​0 @ iSinar 2​.​0 utk golongan M40!!!

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!
Dato' Paduka MN started this petition to Muhyiddin Yassin and

Perdana Menteri Muhyddin Yassin telah mengumumkan paker PEMERKASA ++ susulan perintah PKP 3.0 @ Total Lockdown. Kebanyakkan penguuman pakej-pakej bantuan kepada golongan terjejas adalah ulang siar daripada Belanjawan Negara. Contohnya E-Wallet untuk belia, bantuan one-off kepada pemandu bas, teksi serta e-hiling. Yang nampak dan kedengaran baru adalah pakej bantuan untuk tingkatkan wad ICU, penggunaan jentera kerajaan bagi merancakkan serta menghebatkan proses vaksinasi, tambahan bantuan BPR kepada golongan B40 dan moratorium 3 bulan buat golongan B40 dan mereka yang hilang pekerjaan. Adalah sangat mengecewakan apabila golongan M40 terus dipinggirkan dan bahkan langsung tidak ada satu pon pakej bantuan untuk golongan ini. Pandemik Coronavirus yang berlaku ini tidak hanya menjejaskan golongan B40, peniaga-peniaga, pemandu bas, teksi, e-hailing bahkan turut menjejaskan semua golongan tidak terkira M40 ataupon T20. Ada antara golongan M40 ini berterusan dipotong gaji demi membantu kelangsungan syarikat tetapi komitmen bulanan mereka tetap sama. Kami mohon pihak kerajaan, pegawai PM & pegawai Menteri turun sendiri ke lapangan untuk melihat keadaan. Dengan barangan keperluan harian melambung naik tanpa ada pemantauan tetapi bantuan hanya untuk golongan B40. Kami mohon agar kerajaan mempertimbangkan kembali pakej bantuan ini agar meliputi semua golongan. Buatlah seperti semasa pelaksanaan Bantuan Prihatin Nasional dahulu, semua golongan dapat dan tidak tercicir. Ini sangatlah membantu untuk meneruskan kelangsungan hidup kerana pandemik Coronavirus ini tidak mengenal sesiapa, semua golongan terlibat. Rangkalah pakej bantuan tambahan untuk golongan M40 juga agar lebih adil dan saksama. Rakyat sudah sangat menderita dengan perlaksanaan PKP yang berulang-ulang. Semuanya bermula dek kerakusan kuasa semasa PRN Sabah sampailah sekarang, angka jangkitan tidak menunjukkan akan reda. Buktikan bahawa kata-kata bahawa kerajaan Prihatin dikotakan.

0 have signed. Let’s get to 100!
At 100 signatures, this petition is more likely to be featured in recommendations!