Selamatkan Orang Asli Pos Lanai daripada Perlombongan Lanthanide!

The Issue
MERENUNG PADA SEJARAH
Sudahkah kita lupa apa yang telah terjadi kepada Orang Asli Bateq di Kuala Koh, Kelantan? Perlombongan Manganese di kawasan itu menyebabkan beberapa Orang Asli berpenyakit dan meninggal dunia kerana keracunan sumber air.
Kesucian tanah leluhur Orang Asli Pos Lanai telah diancam berkali-kali sebelum ini dengan pencerobohan syarikat pembalakan, syarikat perlombongan, pembinaan Empangan Telom, dan pencemaran sungai.
Setelah bertahun-tahun memprotes pencerobohan yang tidak berkesudahan, penempatan Orang Asli Semai di Kg Pos Lanai kini diganggu lagi dengan ancaman perlombongan nadir bumi.
Selepas pembukaan kilang nadir bumi Lynas, Kerajaan Negeri Pahang mempertimbangkan pula pelaksanaan suatu perlombongan nadir bumi yang akan meracuni tanah dan sungai serta memusnahkan hutan leluhur mereka melalui kerja pembalakan.
Ke mana Orang Asli Pos Lanai akan pergi jika ini terjadi?
LATAR BELAKANG ISU
Ini bukanlah projek perlombongan pertama yang diluluskan Kerajaan Negeri Pahang. Petisyen ini dimulakan untuk membantah projek perlombongan nadir bumi yang diperkenalkan pada tahun 2020.
Selepas bantahan yang keras dilakukan oleh Orang Asli Pos Lanai, dengan bantuan dan sokongan rakyat Malaysia seluruh negara, projek tersebut dihentikan pada tahun 2021.
Walaupun komuniti Orang Asli Pos Lanai telah cukup lantang dalam bantahan mereka, Kerajaan Negeri Pahang tetap meluluskan satu lagi projek perlombongan pada bulan Mei 2024, seolah-olah suara rakyat tidak langsung bernilai.
Hanya selepas 5 tahun berprotes terhadap pembinaan Empangan Telom, barulah projek itu dibatalkan oleh kerajaan. Berapa tahun lagi kita perlu membantah projek perlombongan ini supaya ia berhenti sepenuhnya?
LOKASI
Perlombongan ini akan berlaku di Sungai Wang, Mukim Hulu Jelai, Lipis. Ia melibatkan 220 hektar hutan dan akan menjejaskan lebih dari 300 keluarga di enam kampung.
PENDUDUK
Orang Asli Semai telah tinggal di sepanjang kawasan Central Forest Spine yang menghubungkan kawasan hutan Hulu Jelai selama beratus-ratus tahun. Mereka telah menjadikan hutan ini sebagai rumah mereka.
Orang Asli merupakan penjaga hutan, gunung, dan sungai sejak berkurun yang lalu sebelum peradaban moden menyedari kepentingan hutan dan ekosistem semula jadi untuk mengawal perubahan iklim.
Dan sekarang, kerana kerakusan korporat dan polisi pemerintah yang tidak mengambil endah tentang kemusnahan hutan simpan dan kehidupan Orang Asli, penjaga hutan ini diancam pengusiran paksa dari tanah adat mereka.
Ini sekaligus menghapuskan cara hidup mereka.
IMPAK PERLOMBONGAN
Proses perlombongan lanthanide ini biasanya melibatkan kerja menanam paip di dalam tanah hutan dan mengepam bahan kimia ke dalam tanah untuk mengeluarkan mineral lanthanide (nadir bumi).
Aktiviti ini akan mengakibatkan:
• Tumpahan toksik ke dalam sistem sungai serta hakisan tanah.
• Keracunan kepada flora dan fauna yang bergantung kepada sistem air hutan.
• Kemudaratan kesihatan kepada penduduk di kawasan Pos Lanai, dan sepanjang Sungai Telom dan Sungai Pahang yang menggunakan sumber air semula jadi sebagai minuman.
Perlombongan sebegini ini tidak pernah dilakukan di kawasan hutan tropika, jadi kemudaratannya itu tidak dapat dibayangkan.
APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN?
Sekarang, Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat OA Pos Lanai memerlukan sokongan anda untuk melawan Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat-syarikat penceroboh. Sokong mereka dengan menandatangani petisyen ini dan menyebarkan isu ini di media sosial.
Setiap “projek pembangunan” yang dicadangkan di atas tanah leluhur bukanlah dilakukan untuk rakyat, tetapi untuk keuntungan segelintir syarikat dan ahli politik negara.
Hutan ini memberi makna yang dalam kepada Orang Asli. Mengambilnya daripada mereka bererti menghapuskan mata pencarian, rumah, sejarah, dan budaya mereka. Ini adalah suatu tindakan keganasan.
Selamatkan komuniti Orang Asli Pos Lanai, tandatangan petisyen ini sekarang!
For petition information in English, please visit: https://saveposlanai.wixsite.com/website

8,580

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 27 June 2021