Mencadangkan Dr Rozaimi Ramle حافظه الله dilantik sebagai Mufti Negeri Perak.

The Issue

Dr. Rozaimi Ramle merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Fiqh dan Usul di Universiti Mu’tah, Jordan. Kemudian Dr. Rozaimi meneruskan pencarian ilmunya dengan mendalami ilmu hadis di peringkat Sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Dr. Rozaimi memperolehi PhD dalam bidang hadis di University Of Jordan.

Selain itu, Dr. Rozaimi juga telah dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa negeri Perlis. Sebelum menjadi pensyarah di UPSI Dr. Rozaimi pernah berkhidmat di Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Dr. Rozaimi seorang yang tegas di dalam menjaga keaslian agama. Beliau juga antara tokoh pejuang sunnah di Malaysia dan antara tokoh di dalam bidang hadis.

Seterusnya, beliau juga tegas dalam isu amalan-amalan khurafat, bidaah, tahyul, ajaran sesat dan lain-lain.

Beliau seorang tokoh yang amanah terhadap ilmu. Beliau pernah membetulkan kembali pandangannya selepas beliau menyedari ada sedikit kesilapan ketika memberi pandangan. Ini bukan menunjukkan kelemahan ilmu beliau tetapi ini menunjukkan ketinggian sikap jujur dan amanah terhadap ilmu dan kebenaran. Supaya orang awam dan masyarakat 'disajikan' dengan kebenaran dan ketulenan agama.

Semoga cadangan ini diperkenankan oleh Ulil Amri negeri Perak yang bijaksana agar keaslian agama Islam dan sunnah Nabi dapat dijaga dan terus subur di negeri Perak tercinta. Dan semoga Allah memberkati kita semua.

593

The Decision Makers

Petition Updates