MASwings Turunkan harga tiket penerbangan ATAU Kerajaan Sarawak beri Subsidi harga tiket.

MASwings Turunkan harga tiket penerbangan ATAU Kerajaan Sarawak beri Subsidi harga tiket.

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!
fbk - Local Netizen started this petition to MASWINGS and

Seperti yang kita sedia Maklum, Daerah Limbang/Lawas sangat Unik dari segi geografi kerana satu-satunya daerah dalam Negeri Sarawak yang terpisah dari daerah lain kerana dipisahkan antara Sempadan Negara Jiran Brunei dan Malaysia. 

Sejak Pendemik Covid19 melanda negara, Limbang antara daerah yang terkesan dari segi pergerakan susulan kesukaran penduduk Limbang untuk rentas sempadan selepas Negara Brunei menguatkuaskaan Perintah Bayaran Keluar dan Masuk 2020 selain perlu menjalani ujian makmal COVID-19 sebelum memasuki negara itu serta prosedur lain.

Manakala penduduk Limbang perlu membayar sebanyak RM166 bagi penerbangan sehala dari Limbang ke Miri serta RM71 bagi penerbangan Limbang ke Lawas. Kos ini amat membebankan untuk penerbangan 2hala terutama bagi tujuan kecemasan seperti rawatan susulan kesihatan ke Hospital Miri, urusan keluarga, urusan kerja yang melibatkan pelbagai agency yang perlu dirujuk ke Miri dan apa saja tujuan mengikut keperluan masing-masing. 

Penerbangan yang hanya mengambil masa 35minit sahaja, tetapi telah menjadi laluan & pengangkutan utama bagi kami penduduk di Limbang. Setiap hari, warga kami di Limbang berkongsi kesedihan dan kekecewaan kerana bebanan yang terpaksa kami hadapi ini, tapi kami tiada Pilihan. 

Sekarang, pilihan yang kami perlukan sekarang, sama ada pihak MASwings turunkan harga penerbangan yang hanya 35minit itu kepada 50% - 70% sekurang-kurangnya(T&C) ATAU Kerajaan Sarawak beri Subsidi kepada harga penerbangan kerana laluan udara yang menggunakan MASwings ini adalah satu-satunya pengangkutan yang kami ada untuk keluar dari daerah Limbang, buat masa ini.  

Mohon, dengarlah rintihan kami di Limbang dengan mengambil kira keadaan ekonomi sekarang. Kita permudahkan urusan orang lain, dengan harapan semoga Allah juga akan permudahkan urusan kita. 

Terima kasih. 

Admin dan seluruh LFC(Limbang Facebook Community) 

0 have signed. Let’s get to 5,000!
At 5,000 signatures, this petition is more likely to get picked up by local news!