Kurangkan Elaun Berlebihan Menteri dan Laksanakan Reformasi Sistem Pencen Ahli Politik
The Issue
Kami menyeru Kerajaan Malaysia dan Parlimen untuk mereformasikan sistem gaji, elaun, kemudahan serta pencen bagi Menteri dan Ahli Parlimen agar ia lebih adil, telus, bertanggungjawab dari segi kewangan, dan selaras dengan prinsip yang dikenakan kepada penjawat awam.
Cadangan Reformasi
1. Tingkatkan tempoh minimum kelayakan pencen
Mewajibkan tempoh perkhidmatan yang lebih panjang sebelum seseorang Ahli Parlimen atau Menteri layak menerima pencen yang dibiayai oleh wang rakyat.
Menyelaraskan syarat kelayakan pencen dengan prinsip yang diamalkan bagi penjawat awam yang berkhidmat dalam tempoh yang panjang.
2. Kurangkan elaun menteri
Menilai semula dan mengurangkan elaun bulanan tetap yang melebihi keperluan munasabah untuk menjalankan tugas rasmi.
Menghapuskan elaun yang tidak lagi relevan atau tidak diperlukan.
3. Kurangkan kemudahan dan faedah bukan tunai
Mengehadkan penggunaan kenderaan rasmi, kediaman rasmi, elaun hiburan dan kemudahan lain kepada perkara yang benar-benar diperlukan bagi melaksanakan tugas rasmi.
Menamatkan kemudahan atau faedah seumur hidup yang tidak lagi diperlukan selepas seseorang meninggalkan jawatan.
4. Tingkatkan ketelusan
Mewajibkan penerbitan laporan tahunan yang memperincikan gaji, elaun, tuntutan, kemudahan bukan tunai, ganjaran (gratuiti) dan kelayakan pencen setiap Menteri dan Ahli Parlimen.
Memastikan maklumat tersebut mudah diakses oleh rakyat.
5. Menubuhkan Suruhanjaya Imbuhan Bebas
Menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi mengkaji dan menentukan kadar gaji, elaun dan pencen Menteri serta Ahli Parlimen.
Mengelakkan situasi di mana ahli politik menentukan sendiri kadar imbuhan mereka.
Mengapa Reformasi Ini Penting?
Jawatan awam adalah satu amanah yang diberikan oleh rakyat. Menteri dan Ahli Parlimen sememangnya wajar menerima ganjaran yang setimpal dengan tanggungjawab yang dipikul. Namun, ganjaran tersebut mestilah telus, munasabah, berkadar dan mampan dari sudut kewangan negara.
Kelayakan pencen seharusnya mencerminkan tempoh perkhidmatan yang bermakna kepada negara, manakala elaun dan kemudahan yang dibiayai oleh wang rakyat hendaklah dihadkan kepada perkara yang benar-benar diperlukan untuk melaksanakan tugas rasmi.
Reformasi ini bukan bertujuan menafikan hak mana-mana individu, tetapi untuk memastikan sistem imbuhan ahli politik adalah lebih adil, telus, bertanggungjawab dan setara dengan harapan rakyat terhadap pengurusan kewangan negara.
______________________________________
We call on the Government of Malaysia and Parliament to reform the remuneration, allowances, benefits, and pension system for Ministers and Members of Parliament (MPs) to ensure it is fair, transparent, fiscally responsible, and aligned with the standards expected of public servants.
Proposed Reforms
1. Increase the Minimum Qualifying Period for Pensions
Require a significantly longer period of service before MPs and Ministers become eligible for a taxpayer-funded pension.
Align pension eligibility more closely with the principles applied to long-serving public servants.
2. Reduce Ministerial Allowances
Review and reduce fixed monthly allowances that exceed what is reasonably necessary to perform official duties.
Eliminate unnecessary, outdated, or excessive allowances.
3. Reduce Non-Cash Benefits
Limit the provision of official vehicles, housing, entertainment, and other government-funded benefits to what is genuinely required for carrying out official responsibilities.
End lifetime benefits that are not essential after leaving public office.
4. Increase Transparency
Publish a detailed annual breakdown of every Minister's and MP's salary, allowances, expense claims, non-cash benefits, gratuities, and pension entitlements.
Ensure this information is publicly accessible and easy for citizens to understand.
5. Establish an Independent Remuneration Commission
Create an independent commission responsible for reviewing and recommending the salaries, allowances, and pensions of Ministers and MPs.
Remove the ability for politicians to determine or approve their own remuneration without independent oversight.
Why This Matters
Holding public office is a position of trust. Ministers and Members of Parliament should receive fair compensation that reflects the responsibilities of their roles. However, that compensation should also be transparent, proportionate, accountable, and sustainable.
Pension eligibility should reflect meaningful public service, and taxpayer-funded allowances and benefits should be limited to what is necessary for carrying out official duties.
This petition is not about denying fair compensation to elected representatives. It is about ensuring that the remuneration system reflects good governance, responsible use of public funds, and the expectations of the Malaysian people for transparency, accountability, and fiscal responsibility.
7

Petition Updates
Share this petition
Petition created on 27 June 2026