Tolak Pindaan Akta 342

Tolak Pindaan Akta 342
The Issue
"Saman RM100,000 dan penjara 7 tahun kerana lupa pakai face mask. Adakah KKM sudah hilang akal?"
Khairy Jamaluddin akan membawa usul di Parlimen pada 16hb Disember untuk meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pindaan ini akan meningkatkan hukuman bawah Akta 342 secara mendadak. Hujahnya adalah hukuman keras dan kejam ini akan memastikan orang awam ikut peraturan.
Namun sudah 2 tahun kita menghadapi COVID-19 dan kita dah nampak trend pelaksanaan SOP dan undang-undang.
1. Penguatkuasaan Dua Darjat. Yang kayangan dan golongan politik kebal daripada hukuman. Kena pun dengan kadar yang jauh lebih rendah dari orang awam. Yang dipenjara, yang disaman adalah golongan rakyat biasa. Malah di PRN Sabah, berapa ramai ahli politik yang disaman kerana sebarkan COVID ke seluruh negara?
2. SOP yang celaru. Kita dimaklumkan akan ada garis panduan untuk saman. Namun, bila kerajaan keluarkan SOP, penguatkuasa (polis, pegawai kesihatan, dll.) akan kabur dan keliru. Apabila saman dikeluarkan membabi buta, rakyat biasa tak dapat lari, Menteri senang hati. Yang masuk penjara akhirnya rakyat biasa yang tidak berkemampuan, bukan yang bangsawan.
3. Hukuman yang tidak masuk akal. Hukuman diberikan lebih keras dari kesalahan menculik, cubaan membunuh, menyebabkan kematian dan banyak lagi kesalahan jenayah. Kadar vaksinasi negara kita telah ada pada kadar yang tinggi. Kenapa kerajaan melebih-lebih dalam menghukum?
4. Kerajaan harus kemukakan rangka garis panduan (SOP) berhubung penguatkuasaan pindaan akta yang ini kepada rakyat terlebih dahulu sebelum terburu-terburu meluluskannya.
Rakyat tolak Pindaan Akta 342. Turunkan tandatangan tanda sokongan. Sebarkan ke keluarga dan kawan!
#KitaJagaKita
#RakyatJagaRakyat
#LawanPindaan342

23,783

The Decision Makers
Petition Updates
Share this petition
Petition created on 14 December 2021