Memberikan Diskaun Yuran Pengajian Semester di IPTA disebabkan Covid-19

Memberikan Diskaun Yuran Pengajian Semester di IPTA disebabkan Covid-19

Started
2 April 2020
Petition to
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia and
Signatures: 33,627Next Goal: 35,000
Support now

Why this petition matters

Started by Ahmad Saifuddin

Seperti yang diketahui umum, dunia kini di ancam penyakit wabak Covid-19 yang mana telah menjejaskan aktiviti seharian bagi semua pihak termasuklah pelajar di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Hal ini bertambah beban apabila beberapa perubahan telah berlaku dalam gerak kerja jadual yang telah diatur dari awal.

Beban ini juga bukan sahaja menjejaskan dari segi kewangan yang mana dilihat sangat teruk, bahkan jadual pendidikan pelajar juga terumbang-ambing. Hal ini kerana segala kelas dibatalkan, ditangguh dan ada juga dibuat secara atas talian, akan tetapi ianya tidaklah seperti yang diharapkan.

Bahkan, ini tidak lupa bagi pelajar yang terbeban dengan penulisan tesis yang perlu kepada pelbagai bahan di perpustakaan, makmal, temu bual, lawatan dan seumpamanya. Malah, penyelidikan melibatkan pelajar pascasiswazah untuk mendapatkan data-data penting dilihat agak sukar dan menjadikan garis masa yang ditetapkan telah pun berubah. Oleh itu, kerja-kerja penyelidikan seperti ini telah terjejas dan tergantung.

Dengan ini, diharap petisyen ini mampu meringankan beban pelajar terutama bagi IPTA seperti UM, UKM, USM, UPM, UTM, UIAM, UUM, UMK, UiTM, UNIMAS, UPSI, UMS, UMT, UTHM, UTEM, UMP, UNIMAP, UNISZA, USIM dan UPNM.

Support now
Signatures: 33,627Next Goal: 35,000
Support now