
Merujuk kepada perkara di atas, kami ingin menarik perhatian dan menimbulkan keprihatinan daripada awam, terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ,ibu bapa ,guru dan calon SPM 2020 mengenai peperiksaan SPM yang ditangguhkan secara berterusan dan telah menekankan para calon secara mental dan fizikal kerana tarikh peperiksaan yang sentiasa berubah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara kita.
1. Pada 8 November 2020 (Ahad), KPM telah mengumumkan penangguhan peperiksaan SPM 2020 untuk kali kedua. Kami memahami bahawa keputusan ini diumumkan oleh pihak berkuasa setelah banyak pertimbangan, tetapi kami amat mengharapkan KPM akan mempertimbangkannya semula atas seksaan pandemik ini terhadap mental pelajar serta wabak ini membawa risiko ketidakpastian terhadap kesihatan dan keselamatan para pelajar. Walaupun selama-lama ini menghadapi cekikan tekanan dan kehilangan keyakinan untuk menghadapi pelajaran, namun kami memang tidak bertekad untuk membuat rayuan ini sehingga kami menyedari bahawa wabak di Malaysia ini adalah semakin serius dan telah membawa lebih banyak ketidakpastian kepada peperiksaan ini.
2. Sebab-sebab kami ingin mendesak KPM supaya mencari alternatif bagi peperiksaan SPM 2020:
-Kesihatan mental murid
Berikut adalah komen daripada para pelajar dan pihak yang berprihatin terhadap isu ini:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/11/04/students-anxious-spm-will-be-postponed-again
https://malaysiadateline.com/nasib-calon-spm-2020-menteri-pendidikan-usah-terlalu-bermimpi/
Seperti yang ditunjukkan dalam artikel-artikel di atas dan dengan pengalaman peribadi kami sendiri sebagai calon peperiksaan SPM 2020, kami mesti mengakui bahawa tiada sesiapa pun , pelajar, guru, dan kerajaan yang telah meramalkan wabak ini. Kami memang memahami bahawa KPM telah membuat keputusan ini untuk menangguhkan tarikh peperiksaan SPM setelah banyak pertimbangan kerana sijil SPM adalah kelayakan yang signifikan bagi semua rakyat Malaysia sebagai kayu ukur untuk setiap sekolah, kolej, universiti dan institusi bagi mengukur kualiti pemohon, namun juga merupakan sesuatu kenyataan yang tidak boleh dinafikan bahawa calon SPM 2020 sedang menghadapi tekanan kuat akibat keputusan KPM ini.
* Terdapat perdebatan mengenai kecekapan proses pembelajaran atas talian dan kesukaran yang dihadapi oleh banyak pelajar untuk belajar atas talian. Dalam keadaan semasa, keputusan peperiksaan SPM pastinya tidak adil, dengan hakikat terdapat banyak pelajar yang tidak mendapati pelajaran atas talian selama ini dan pelajar yang tidak mempunyai kemudahan atau kemampuan memiliki komputer dan sambungan Internet untuk belajar atas talian. Calon-calon peperiksaan SPM 2020 ini memang berada dalam situasi yang sangat tertekan dalam pelajaran mereka untuk mengatasi kesengsaraan dalam pembelajaran sambil perlu membina semula keyakinan, kesungguhan dan semangat mereka dalam pembelajaran mereka, sementara kerajaan tetap menegaskan kewajipan peperiksaan SPM, apatah lagi keputusan akhir SPM masih memainkan peranan penting sebagai satu-satunya kelayakan bagi calon SPM 2020 untuk bersaing dengan calon kumpulan lain atau pelajar yang memegang kelayakan lain dari antarabangsa. Situasi ini adalah tidak adil, dan secara langsung menjadikan pelajar berada dalam situasi yang merugikan.
* Pelajar sentiasa dalam kerisauan terhadap peperiksaan. Walaupun usaha terbaik telah dijalankan oleh kerajaan dan sekolah untuk menyesuaikan diri dengan krisis ini, pembelajaran pelajar memang terjejas secara drastik oleh kekurangan bilangan hari sekolah. Keadaan ini merupakan sesuatu kitaran yang tidak menyenangkan , pelajar tidak pergi ke sekolah dan kehilangan minat untuk belajar, kembali ke sekolah, mengatasi kesengsaraan dalam pembelajaran mereka lalu membina semula keyakinan mereka dengan tarikh peperiksaan yang baru, kemudian dilanda lagi oleh ketegangan wabak dan ketidakpastian tarikh peperiksaan. Bukan sahaja perang yang sememangnya lima tahun ini menjadi tidak berkesudahan, malahan masih mempunyai kemungkinan penjadualan semula tarikh peperiksaan akibat ombak penularan wabak ketiga baru-baru ini. Kesihatan mental bukanlah sesuatu yang dapat kita menilai secara subjektif tetapi hal ini dibuktikan juga sesama penting dengan kesihatan badan dan perlulah disebar kepada semua. Sudah terdapat banyak pelajar di sekeliling kami yang sudah mempunyai fikiran negatif seperti membunuh diri akibat tekanan yang datang daripada ketidakpastian tarikh peperiksaan SPM yang semakin ditangguh. Kami mengharapkan KPM boleh faham bahawa kesengsaraan dan ketakutan pada pelajar-pelajar sekarang bukan sesuatu hal yang sia-sia, tetapi merupakan pengumpulan emosi dari sehari ke sehari. Kami sebagai pihak yang terlibat berharap agar KPM meletakkan kesihatan kami di tempat pertama, secara fizikal dan mental, serta mencari alternatif atau bentuk kelayakan lain untuk menggantikan peperiksaan SPM.
- tahun persekolahan yang berpanjangan
Dengan penangguhan peperiksaan SPM, calon peperiksaan SPM juga perlu menanggung akibat kehilangan peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan lebih awal dan terpaksa menamatkan sesi persekolahan lebih lewat daripada kursus prauniversiti berbanding pelajar tahun lepas. Dalam pengertian kursus A-level, sekolah biasanya menawarkan pengambilan Januari (biasanya kursus 18 bulan dan tamat pada Jun 2022, pergi ke universiti pada Ogos-September 2022) dan pengambilan Ogos (biasanya kursus 24 bulan dan tamat pada Jun 2023, pergi ke universiti pada Ogos-September 2022). Apabila peperiksaan SPM ini ditangguhkan, pelajar hanya boleh mengikuti pengambilan prauniversiti pada bulan Ogos , yang juga bermaksud mereka hanya boleh memohon universiti pada tahun 2023. Bagi pengetahuan tuan, yuran pengajian untuk prauniversiti bergantung pada bilangan penggal atau semester. Penangguhan peperiksaan SPM sudah tentu mempengaruhi sebahagian besar perancangan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka pada masa hadapan, sementara mereka juga terpaksa menanggung yuran tambahan selama 6 bulan.
- pelajar terdedah kepada keberbahayaan penyakit COVID-19
Dengan kenaikan angka-angka kes Covid-19 akhir-akhir ini, sudah pasti kita semua memahami betapa bahaya penyakit ini. Kami benar-benar mengharapkan pihak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan untuk meneruskan peperiksaan SPM bertulis, dan menggantinya dengan alternatif lain. Harapan kami agar KPM tidak mengambil risiko untuk meletakkan pelajar dalam situasi yang mempunyai banyak ketidaktentuan adalah tidak kurang daripada hasrat kami agar wabak ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sekiranya terdapat kes yang disahkan dalam kalangan pelajar, kluster aktif pasti akan berkembang, seterusnya menambah serius keadaan pandemik dan merobohkan sistem kesihatan negara. Kita telah bersekolah selama tempoh ini, dan yang sebenarnya terdapat sebahagian besar murid yang tidak mematuhi peraturan, dan tidak dapat dinafikan bahawa kemungkinan wabak ini merebak dalam kalangan pelajar adalah lebih tinggi daripada apa yang boleh kita jangkakan. Angkatan muda merupakan generasi pelapis yang akan meneruskan kesinambungan dan kelangsungan tampuk dan teraju pemerintahan negara. Diharapkan pihak kerajaan tidak meletakkan harapan-harapan bangsa ini di bawah keadaan yang berisiko tinggi ini dan terus membenarkan kerugian negara yang lebih lanjut.
3. Seperti yang dinyatakan di atas, kami memang memahami bahawa kelayakan SPM adalah sangat penting bagi para pelajar. Namun, harapkan semua diingati bahawa tahun ini adalah tahun yang khas. Kita wajarlah bersikap fleksibel dan melihat ini sebagai kes khas dengan mencari alternatif dan bukannya menekankan kemestian peperiksaan bertulis.
Penyelesaian 1:
- mengambil keputusan ramalan dari sekolah sebagai keputusan SPM rasmi (spesifikasi boleh disebutkan pada sijil)
- Kolej dan universiti boleh mengadakan peperiksaan kemasukan atas talian atau peperiksaan kelayakan untuk permohonan biasiswa
Kita memahami bahawa kebimbangan utama yang menyebabkan KPM tidak membatalkan tetapi terus menangguhkan peperiksaan SPM ialah terdapat sekolah-sekolah yang belum menjalankan peperiksaan percubaan mereka. Dalam kes ini,
>> keputusan peperiksaan sekolah tahun lepas dan keputusan percubaan dalam sekolah (mereka yang memilikinya) boleh dihantar ke KPM dan keputusan SPM sebagai penggantian keputusan peperiksaan bertulisan dapat dibuat
ATAU
>> sekolah boleh memberikan ramalan atau keputusan yang menilaikan kemampuan pelajar berdasarkan keputusan tahun lepas yang banyak digunakan sebagai tawaran bersyarat ketika pelajar memohon biasiswa atau kemasukan ke kolej dan universiti pada setiap tahun sebelumnya.
Peperiksaan Kemasukan (Entrance Examination) adalah kaedah untuk mendapat kelayakan ke pelbagai kursus peringkat sarjana, pascasiswazah dan profesion. Tujuan utama menjalankan ujian ini adalah untuk menilai kemampuan pemohon, pengetahuan pemohon dan sebagainya. Ujian kebolehan memang merupakan kaedah terbaik untuk mengatasi kerisauan orang ramai mengenai kebolehan pelajar. Kebanyakan universiti atau kolej biasanya menyediakan peperiksaan kemasukan untuk para pemohon dan untuk tahun ini, kami boleh menjadikannya sebagai peperiksaan wajib untuk pendaftaran ke institusi pendidikan ini.
Hal ini adalah cara yang paling adil dalam situasi ini, dengan setiap orang berada pada titik permulaan yang sama, maka universiti dan institusi dapat membuat keputusan berdasarkan peperiksaan kemasukan dan pengganti keputusan peperiksaan bertulisan SPM ini.
Penyelesaian 2:
- SPM Ulangan 2020/2021
Dengan mengambil kira tentang kebanyakan pelajar mungkin bimbang akan keputusan peperiksaan dalam sekolah dan percubaan peperiksaan SPM sebelumnya tidak bagus dan ingin mendapatkan lagi satu peluang untuk membaiki keputusan tersebut,
>> Dengan sijil rasmi SPM ( yang diputuskan mengikuti keputusan ramalan) sebagai kewajipan, pelajar-pelajar dapat menuju pendidikan yang lebih tinggi tanpa sesuatu tanpa ketangguhan,tetapi pelajar yang ingin membaiki keputusan SPM mereka tetap boleh dengan menduduki SPM Ulangan 2020/2021 (sememangnya pada bulan Jun, dan diharapkan keadaan wabak ini sudah mereda ) jika berkeinginan.
Dengan ini, pelajar dapat mengikuti perancangan asalnya untuk pelajaran mereka, tetapi juga adil bagi pelajar yang meletakkan harapan mereka pada peperiksaan SPM untuk memperoleh keputusan yang lebih baik.
Berikut adalah rujukan pembatalan peperiksaan kelayakan di negara-negara lain yang seperingkat dengan SPM, atau lebih tinggi daripada SPM:
PM mengatakan peperiksaan Gred 12 dibatalkan, semua pelajar disahkan lulus
https://www.khmertimeskh.com/50793598/pm-says-grade-12-exams-cancelled-all-students-pass/
COVID-19: Indonesia membatalkan peperiksaan sekolah
Peperiksaan IGCSE, O Level, A Level pada bulan Mei dan Jun kini dibatalkan | New Straits Times
Peperiksaan Mei 2020 tidak lagi diadakan
https://www.ibo.org/news/news-about-the-ib/may-2020-examinations-will-no-longer-be-held/
Terdapat banyak kes pembatalan peperiksaan yang setaraf dengan SPM atau lebih tinggi darinya. Kami percaya bahawa keputusan tersebut dibuat dengan bijak, bahawa semua rancangan telah mempertimbangkan kesihatan pelajar secara mental dan fizikal.
Menurut YBhg. Dato ’Hj.Pkaharuddin Bin Hj.Ghazali (Lembaga Pendidikan) pada 30 Disember 2020 semasa agenda awani bersama saluran ASTRO,
Kita memahami bahawa kerisauan KPM adalah keadilan alternatif-alternatif ini yang selain cara peperiksaan tradisional dan juga 15% calon peperiksaan SPM itu yang belum menduduki peperiksaan percubaan, namun kita sebagai pihak terjejas mestilah memaklumkan bahawa keadilan peperiksaan itu memang tidak lagi wujud apabila para pelajar tidak menerima tempoh dan kualiti pengajaran yang sama. Hal ini demikian kerana di bawah strategi kerajaan dan keadaan penularan wabak yang berbeza di setiap kawasan dan negeri, tempoh persekolahan setiap calon juga berbeza. Jika KPM membuat keputusan untuk menangguhkan lagi peperiksaan hanya untuk calon peperiksaan SPM di mukim merah (seperti yang disebutkan beliau sewaktu menerima wawancara). Oleh itu, kita patutlah lebih fleksibel dan mengubahsuaikan diri dengan setiap ketidaktentuan dan pandemik ini.
Secara keseluruhan, kami berharap KPM dan orang awam meletakkan kesihatan mental dan fizikal pelajar pada tempat utama walaupun terdapat banyak perdebatan mengenai impak terhadap masa hadapan para pelajar kalau tidak mempunyai peperiksaan SPM yang sebenar. Dunia masa kini begitu pantas berubah dan berkembang pesat. Kita mestilah mengakui bahawa malang itu tidak berbau dan tiada seseorang pun yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku pada saat seterusnya. Oleh itu, bagaimana kita melihatnya dan bersikap fleksibel untuk mengatasi dan menyelesaikannya merupakan sifat penting kita sebagai manusia yang hidup di dunia moden ini. Kami mempercayai bahawa kerajaan betul-betul mengutamakan keselamatan dan kesihatan para pelajar dan tidak akan mengambil risiko untuk menempatkan rakyat dalam situasi yang tidak diingini, maka sila ambil kira sentimen pelajar dan mempertimbangkan semula peperiksaan SPM.
Sekian.
Salam sejahtera,
Calon SPM 2020.