Benarkan pelajar lelaki di Malaysia berambut panjang

0 telah menandatangani. Mari kita ke 100.


Saya menulis bagi pihak pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia. Kami juga rakyat.

Untuk sekian lama, pelajar sekolah tidak boleh mempunyai rambut panjang, jika rambut melebihi paras telinga, menutup separuh dahi, hidung atau lebih 15 sentimeter.Peraturan ini tidak praktikal dan berguna lagi dalam abad ke-21.

Pelajar boleh saja hentikan kutu dengan menggunakan syampu dan lain-lain.Selain itu, pelajar itu juga meminta supaya Kementerian pendidikan fokus dalam penambahbaikan persekitaran pendidikan untuk pelajar berbanding meneruskan penguatkuasaan terhadap peraturan yang sudah ketinggalan zaman dan remeh.

ketika ini pelajar sepatutnya diberikan hak untuk memilih sekiranya mahu memiliki rambut panjang berbanding dipaksa oleh pihak sekolah.

Malah, dengan menghapuskan peraturan itu juga, ia mampu menjimatkan perbelanjaan bagi keluarga miskin yang tidak mampu untuk menghantar anak mereka memotong rambut.

Masalah disiplin seperti rambut ini perlu dilonggarkan kerana ini boleh menyebabkan pelajar lelaki hilang keyakinan untuk bergaul, malas hendak ke sekolah, malas keluar rumah dan macam - macam lagi.


Kami, pelajar-pelajar di Malaysia, masa depan Malaysia memohon anda untuk mengambil kira aduan oleh rakyat.