Petition update#HapusCajRM1 : Abolish the Unjust RM1 ATM Interbank Fee for All Malaysians!Bukit Bendera MP Syerleena Abdul Rashid Backs Our Call to Abolish the RM1 Fee
The National Union of Bank Employees (NUBE)Malaysia
13 Feb 2025

[Versi Bahasa Malaysia di Bawah]

Dear Supporters,

We have another strong voice joining our campaign – YB Syerleena Abdul Rashid (MP Bukit Bendera). In her recent remarks, she made it clear that the RM1 interbank ATM withdrawal fee is placing an unnecessary financial strain on those who can least afford it, especially low-income earners and single mothers.

Here are key points from her statement:

  1. Every Ringgit Counts: She reminds us that while RM1 may seem insignificant to some, it is crucial for the B40 group, many of whom are already struggling with the soaring cost of living.
  2. Call for Re-evaluation: Syerleena urges that the fee be reassessed to ensure it does not disproportionately harm vulnerable populations.
  3. Transparency Matters: She highlights the need for BNM, PayNet, and banks to disclose how these profits from the RM1 fee are used. If the revenue is not reinvested to truly benefit the rakyat, particularly the B40 group, the government must step in.
  4. Monopoly vs. Public Welfare: Syerleena underlines that when a monopoly exists (such as a single payment network), it must operate with the public’s welfare as its core priority rather than maximizing profits at the expense of social equity.
  5. BNM’s Responsibility: As the central bank, BNM is entrusted with safeguarding national financial stability and promoting economic welfare. Any business activity it undertakes, including through subsidiaries or investments, should prioritise affordability and accessibility for all Malaysians.

Her powerful message of “every ringgit matters” amplifies our own concerns: the RM1 fee may be small in absolute value, but it hits B40 and M40 Malaysians the hardest. Like many of our other supporters in Parliament, YB Syerleena believes the banks can and should shoulder these costs — especially in light of their significant profits and the dire need among those facing financial hardship.

We ask you to keep sharing our petition and encourage others to sign. Greater awareness and higher signature counts show our unity and amplify our plea for justice. Your voice matters, and together, we can push PayNet, BNM, and the banks to rethink this burdensome fee.

Thank you for standing strong with us. Let’s continue to make change happen!

In solidarity,
The #HapusCajRM1 Campaign Team

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEMAS KINI: Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Syerleena Abdul Rashid, Sokong Gesaan Hapuskan Caj RM1

Para penyokong yang dihormati,

Kita menerima satu lagi suara kukuh yang menyertai kempen kita – YB Syerleena Abdul Rashid (Ahli Parlimen Bukit Bendera). Dalam kenyataan terbarunya, beliau dengan tegas menegaskan bahawa caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di ATM membebankan golongan yang paling memerlukan, khususnya pekerja berpendapatan rendah dan ibu tunggal.

Berikut adalah intipati utama daripada kenyataan beliau:

  1. Setiap Ringgit Amat Bermakna: Beliau mengingatkan bahawa walaupun caj RM1 dilihat kecil, ia sangat penting bagi kumpulan B40 yang semakin terkesan oleh kos sara hidup yang melonjak.
  2. Menyeru Kajian Semula: YB Syerleena menekankan keperluan untuk menilai semula caj ini supaya tidak menjejaskan golongan yang kurang berkemampuan secara tidak adil.
  3. Kepentingan Ketelusan: Beliau turut menggesa BNM, PayNet dan bank supaya menjelaskan bagaimana keuntungan yang diperoleh daripada caj RM1 ini dimanfaatkan. Jika hasil kutipan ini tidak dikembalikan untuk memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan B40, kerajaan mesti campur tangan.
  4. Monopoli vs. Kebajikan Rakyat: Syerleena menegaskan bahawa jika wujudnya monopoli, keutamaannya mesti memastikan kebajikan masyarakat, bukan sekadar meraih keuntungan tanpa mempedulikan aspek keadilan sosial.
  5. Tanggungjawab BNM: Sebagai bank pusat, BNM bertanggungjawab memelihara kestabilan kewangan negara dan mempromosikan kebajikan ekonomi. Sebarang aktiviti perniagaan yang dijalankan, termasuk menerusi anak syarikat, hendaklah memudahkan akses dan mampu milik untuk semua lapisan rakyat, terutamanya B40 dan M40.

Pesanan beliau yang menekankan “setiap ringgit amat bermakna” selari dengan kebimbangan kita: caj RM1 ini mungkin nampak kecil buat sesetengah pihak, namun ia memberi kesan besar kepada golongan B40 dan M40. Seperti ramai lagi pemimpin di Parlimen, YB Syerleena yakin pihak bank boleh dan patut menanggung kos ini, terutama dengan keuntungan yang tinggi, sementara ramai masih berdepan beban kos sara hidup.

Kami menyeru anda supaya terus berkongsi petisyen ini dan menggalakkan orang lain untuk menandatanganinya. Jumlah tandatangan yang lebih tinggi akan menonjolkan kesepaduan kita dan mengukuhkan gesaan agar PayNet, BNM dan bank-bank mengkaji semula caj membebankan ini.

Terima kasih kerana terus teguh bersama kami dalam memperjuangkan perubahan. Ayuh, kita maju bersama demi keadilan untuk semua!

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Pasukan Kempen #HapusCajRM1

 

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X