

[Versi Bahasa Malaysia di Bawah]
Dear Supporters,
We have exciting news! YB Chong Chieng Jen (MP Stampin, Sarawak PH Chief) has publicly backed our campaign to abolish the RM1 interbank ATM withdrawal fee. This is a huge boost for our cause, as he strongly agrees that no Malaysian consumer should be forced to shoulder this additional financial burden—especially when banks are already enjoying major cost savings from automation and digitalization.
Here are some key points from YB Chong’s statement:
- “No reason for the RM1 fee”: Banks have reduced operating costs by cutting down on counter staff and physical space, so they can easily absorb the ATM withdrawal charges.
- “This makes the fee baseless”: It is unfair for consumers to pay extra, given that banks are already benefiting from significant profits.
- “Consumers shouldn’t have to pay for large-scale profitability”: Imposing yet another charge hurts the B40 and M40 groups, who make up 85% of Malaysia’s population and are already struggling with high living costs.
YB Chong also highlighted that banks “have generated greater cost savings” through service automation, so it is “absurd” to make consumers pay an additional RM1. He believes any further ATM network costs should be borne by the banks themselves rather than passed on to us, the users.
This endorsement from a key parliamentary leader shows that our voices are being heard. It strengthens our call for Payments Network Malaysia (PayNet) and its largest shareholder, Bank Negara Malaysia, to put people’s interests first and abolish the RM1 fee.
Let’s continue to build momentum by sharing our petition with family, friends, and colleagues. Together, we can convince more policymakers to stand with the people and end this unjust charge. Thank you for your unwavering support—your signatures and passion are driving real change!
What Can You Do?
- ✅ Share the Petition: Encourage your friends, family, and colleagues to support this cause. Together, we can amplify our voices!
- ✅ Stay Informed: Visit our official NUBE campaign page at www.nube.org.my/hapus_caj_rm_one for the latest updates, articles, and information about our campaign.
📢 Every signature matters, every share counts! Let’s stand united to demand justice for all Malaysians.
👉 Share this link: https://www.change.org/HapusCajRM1
In solidarity,
The #HapusCajRM1 Campaign Team
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KEMAS KINI: Ketua PH Sarawak Chong Chieng Jen Sokong Gesaan Hapuskan Caj RM1 Pengeluaran di ATM
Para Penyokong yang dihormati,
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin, Ketua PH Sarawak) kini turut menyokong kempen kita untuk menghapuskan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin ATM. Sokongan beliau menjadi penggerak besar kepada usaha ini, memandangkan beliau berpendapat bahawa tidak wajar bagi pengguna menanggung beban bayaran tambahan tersebut—terutama sekali ketika pihak bank sendiri telah menikmati penjimatan besar hasil automasi dan pendigitalan perkhidmatan.
Antara intipati utama kenyataan YB Chong ialah:
- “Tiada sebab untuk caj RM1”: Bank telah mengurangkan kos operasi dengan meminimumkan kakitangan kaunter dan ruang fizikal cawangan. Justeru, kos pengeluaran antara bank boleh sahaja diserap sepenuhnya oleh pihak bank.
- “Caj ini tidak berasas”: Tidak adil untuk pengguna dibebankan caj tambahan sedangkan bank sudah pun meraih keuntungan besar.
- “Pengguna tidak patut menanggung kos demi keuntungan besar bank”: Tambahan caj ini membebankan rakyat berpendapatan rendah khususnya kumpulan B40 dan M40 yang merangkumi 85% populasi Malaysia.
Menurut YB Chong, penjimatan kos melalui automasi sepatutnya digunakan untuk menyerap kos pengeluaran di ATM, dan bukannya dibebankan kepada pengguna. Beliau menyifatkan situasi ini sebagai “tidak wajar” apabila bank yang meraih keuntungan besar masih mengenakan caj RM1 terhadap pengguna.
Sokongan daripada pemimpin peringkat Parlimen ini jelas menunjukkan bahawa suara kita semakin didengari. Ia turut mengukuhkan gesaan supaya Payments Network Malaysia (PayNet) serta pemegang saham utamanya, Bank Negara Malaysia, meletakkan kepentingan rakyat di hadapan dan segera menghapuskan caj RM1.
Marilah kita sama-sama teruskan momentum ini dengan berkongsi petisyen kita kepada keluarga, rakan dan kenalan. Usaha bersama ini mampu meyakinkan lebih ramai pembuat dasar agar berpihak kepada rakyat dan menamatkan caj yang membebankan ini. Terima kasih atas sokongan anda selama ini—tandatangan dan keprihatinan anda benar-benar mendorong perubahan bermakna!
Apa Yang Anda Boleh Lakukan?
- ✅ Sebarkan Petisyen Ini: Galakkan rakan, keluarga, dan kenalan anda untuk menyokong perjuangan ini. Bersama-sama, kita boleh menguatkan suara rakyat!
- ✅ Dapatkan Maklumat Terkini: Lawati laman rasmi kempen NUBE di www.nube.org.my/hapus_caj_rm_one untuk berita terkini, artikel, dan maklumat lengkap tentang kempen ini.
📢 Setiap tandatangan penting, setiap perkongsian bermakna! Bersama-sama kita berdiri teguh untuk menuntut keadilan bagi semua rakyat Malaysia.
👉 Kongsi pautan ini: https://www.change.org/HapusCajRM1
Dengan solidariti,
Pasukan Kempen #HapusCajRM1
#HapusCajRM1 #AbolishTheRM1Fee