

Setelah 14 tahun perlaksanaan dengan 24 kawasan larangan merokok telah diwartakan, inilah kali pertama, polisi ini dijadikan KAMBING HITAM.
Astro Awani, melaporkan kenyataan salah seorang pemimpin rakyat yang menyebut “Larangan merokok di restoran punca kekalahan pilihanraya”.
Sementara itu, masih lagi dalam proses mahkamah, Tujuh individu berjaya memperoleh kebenaran bagi mencabar larangan merokok di semua premis makan. Isu hak asasi ditunggang, katanya ia “demi negara dan bangsa tercinta"
Amat mengecewakan apabila satu polisi yang bertujuan untuk melindungi kepentingan masyarakat, bertukar paksi di paparan berita yang negatif.
Apkah ada sinar harapan untuk masyarakat Malaysia untuk bebas dari gangguan asap rokok?
.
Tuan tuan, pemimpin rakyat dan penunggang politik sekalian,
Pada 2005, Malaysia telah menandatangani perjanjian FCTC,iaitu perjanjian peringkat global yang menyatakan komitmen Malaysia untuk melindungi masyarakat kini dan generasi akan datang dari impak negatif rokok kepada kesihatan, ekonomi, persekitaran dan sosial.
Perjanjian penting ini telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan ketika itu, iaitu YB Chua Soi Lek. Perlaksanaan bagi aktiviti Kawalan Tembakau terus dilestarikan oleh Menteri Kesihatan sebelum ini termasuklah YB Liow Tiong Lai dan YB Subramaniam Sathasivam.
Kini baton itu di serahkan kepada YB Dzulkefly Ahmad.
Ini bukan lagi soal politik, kesihatan dan kepentingan masyarakat menjadi keutamaan.
Mana mana individu yang mendapat mandat untuk menjadi Menteri Kesihatan bertanggungjawab untuk melaksanakan dan merealisasikan Malaysia Bebas Dari Asap Rokok.
.
Polisi ini adalah suatu yang sangat POSITIF. Kajian dan tinjauan yang dilakukan sebelum dan selepas perlaksanaan polisi ini mendapat sokongan yang SANGAT BAIK.
Sudah sekian lama masyarakat majoriti ditindas dan diganggu dengan ancaman asap rokok tanpa rasa bersalah, tanpa rasa sensitif dan tanpa langsung rasa prihatin.
Mulut juga terkunci rapat walaupun di dalam hati meronta ronta ingin membantah dan menegur .
Hanya polisi ini tempat untuk masyarakat bergantung untuk dilindungi.
Adakah hak ini juga mahu ditarik dan dicabuli?