

[URGENT] Tuan/Puan/Saudara/Saudari sekalian,
“Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari”
Setelah mengharungi pelbagai kepayahan untuk memastikan polisi untuk melindungi masyarakat daripada gangguan asap rokok dapat di laksanakan,
.
TERKINI, polisi yang mendapat sokongan majoriti penduduk Malaysia ini telah dicabar oleh 7 individu.
(rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/12/514852/7-cabar-larangan-merokok-di-mahkamah )
Mereka adalah:
- Mohd Hanizam Yunus, 52;
- Zulkifli Mohamad, 56;
- Mohd Laisani Dollah, 46;
- Mohd Sufian Awaludin, 35;
- Ridzuan Muhammad Noor, 52;
- Mohd Yazid Mohd Yunus, 48
- Yuri Azhar Abdollah, 39,
.
Andai kata usaha mereka ini berjaya, maka masyarakat terpaksa akur untuk diselubungi kembali dengan asap-asap rokok semasa makan
���
.
Tuan/Puan,
Takkan kita pula kena keluar 3 meter semata-mata sementara menunggu mereka habis merokok?
Tuan/Puan,
Kita tidak pernah sama sekali diskriminasi para perokok.
Perokok masih boleh duduk sebelah kita makan dan minum bersama.
Tapi hanya waktu merokok sahaja perokok mesti keluar 3 meter dari premis makan. Tak susah bukan?
Tuan/Puan,
Lihatlah anak-anak, isteri dan ibu kita. Mereka hanya mahu dilindungi daripada bahaya asap rokok.
Tuan/Puan,
Mari kita pertahankan polisi ini demi masa hadapan kita, isteri kita, anak-anak kita, dan generasi cucu cicit kita.
Ayuh! Sebar luaskan lagi petisyen ini kepada semua.
Sign di sini : http://bit.ly/PertahankanReStart
# HakUdaraBersih
#SupporReStart
#PertahanPolisiBebasAsapRokok