Petition updatePENGELUARAN ONE-OFF KWSP DEMI KELANGSUNGAN HIDUP RAKYATPengeluaran KSWP itu bukan pilihan yang, tapi jalan terakhir rakyat yang hampir 2 tahun dihimpit
Maya Marz-CavaleraKuala Lumpur, Malaysia
Dec 27, 2021

Kredit: Fathul Farisan

Untuk kesekian kalinya, perlu diulang kembali.
Musibah banjir kali ini bukan datang bersendirian.
Kita masih lagi dalam fasa mengharungi pandemik Covid19. Baru hendak nampak sinar di hujung terowong sahaja. Tapi realitinya perjalanan masih jauh.

Kalau banjir kali ini seperti tahun-tahun sebelum ini ketika ekonomi bagus, tidak ada masalah, rakyat senang untuk bangkit kembali kalau kerajaan malas nak tolong pun.

Tapi kini ekonomi kita lembap, pemulihan ekonomi tak nampak jalan pun lagi, KDNK pun ketinggalan berbanding megara serantau lain, pelabur asing tak masuk, diburukkan lagi dengan kekurangan perbelanjaan akibat halusinisasi 'konsolidasi fiskal'.

Sebagai seorang pemimpin, semua faktor ini perlu diambil kira kerana itu ialah tanggungjawab. Semua faktor-faktor ini akan menambah kesukaran kepada rakyat yang terjejas untuk bangkit.

Kalau yang tak terjejas banjir pun dah susah, apatah lagi mereka yang ditimpa musibah. 

Pengeluaran KSWP itu bukan pilihan yang, tapi jalan terakhir rakyat yang hampir 2 tahun dihimpit kesempitan akibat pandemik.

Bahkan ketika berkomplot menubuhkan kerajaan sekarang, bukankah alasan digunakan ialah "kerajaan sebelum ini tidak cukup prihatin dan tidak membantu rakyat"?

Rakyat sudah banyak berkorban selama pandemik ini. Berapa banyak sudah hutang ditambah untuk kelangsungan hidup dalam masa sukar ini.

Ini yang perlu difahami oleh pembuat dasar. Bukannya datang ambil gambar photoshoot untuk tunjuk bahawa kamu pemimpin yang "memahami denyut nadi rakyat"..

Kerana kini sebenarnya nampak bahawa kamu tidak faham pun masalah rakyat.

Copy link
WhatsApp
Facebook
Nextdoor
Email
X