
Hujahan yang selalu diterima untuk tidak sokong desakan pengeluaran One off KWSP ni biasanya adalah:
- KWSP adalah simpanan hari tua kita
- Kerajaan ada rizab, gunalah rizab tu untuk bantu rakyat
- Peratusan yang ada simpanan kurang RM10,000 tinggi
- Menyalahi akta
Kesemua alasan di atas legit & difahami.
Tapi....
cuba fahamkan kenapa petisyen ini kita desak luluskan pengeluaran secara one off dulu.
Ask What Is Yours, First
Pertamanya, bila kita nak minta sesuatu, kita minta benda yang hak kita. Duit di dalam KWSP itu hak kita. Cuma ia bukan dalam 'posession' kita, sebab ia dikawal selia oleh kerajaan melalui akta sekian³.
Jadi kita mintalah ini (hak kita) dulu. Sebabnya pilihan yang kerajaan bagi sekarang untuk 'bantuan rakyat' adalah bentuk pinjaman.
Kalau ambil BSN + Tekun, komitmen sebulan boleh bertambah $300-400++. Bayaran pula untuk 36 bulan maksimum. Tak kisahlah kata ada moratorium atau tanpa faedah, tapi tak pasal bertambah komitmen kita.
KWSP?
Dapat sekaligus akan memudahkan perancangan, dan tidak perlu bayar semula, jadi tiada tambahan komitmen.
Hujah simpanan hari tua tu tak terpakai. Sebab bila terdesak beban kewangan masa sekarang ni, orang tak fikirlah pasal 5-10-20 tahun lagi. Atau fikir time pencen hari tua nanti macam mana. Orang cuma akan fikir bagaimana nak survive sekarang, esok, lusa, minggu depan, 2 minggu depan etc.
Hari tua jika panjang umur semuanya kita doa saja yang baik2.
Jika Kerajaan Tak Terima Desakan?
OK...
Katalah tak dapat bagi One off dan 'bantuan' bentuk pinjaman tu pun kita tak mahu atau masih tak cukup. (RM10k tu kalau rumah kereta total lost, takde banyak mana pun)
Next option kita boleh minta ialah buat 'pinjaman' dari akaun KWSP kita sendiri. Aturkan bayar balik selepas 6 bulan melalui deduction biasa dari majikan atau caruman pilihan sendiri. Ini tak pastilah pelaksanaannya nanti. Kalau lulus nanti fikirlah. Jika kita rakyat yang perlu nak fikir semua baik tak payah ada menteri pegawai penasihat yang pangkat gaji tinggi ni semua
Kalau dua ni pun tak dpt, kemudian kita desaklah pula kerajaan guna rizab negara.
Sebab itulah kita desak dahulu pengeluaran one-off KWSP.
Fikirkan bersama. Kalau first choice bentuk 'bantuan' yang kerajaan kata dia bagi tu dah terus bentuk loan, agak² first step nak terus minta guna rizab tu senang ke susah?
So......
Always ask what is yours first.
Nak desak ni mestilah desak minta dulu benda yang hak kita. Barulah nama desak, gesaan. Itulah tujuan petisyen ni.
Mintak rizab, apply loan 'bantuan' ni dah macam mengemis pula.
Lainlah kalau kerajaan dari awal atau nanti umum sekian2 bajet dari rizab untuk yang tersepit ni. Tapi setakat hari ini 29/12, belum ada lagi.
Menyalahi Akta?
Peruntukan pun tiada dalam akta, macam mana ia boleh menyalahi pula? Sekali lagi sebab tu kita bayar gaji menteri semua-semua wakil-wakil rakyat, penjawab awam, penasihat, fikirkan pasal ni. Bencana dan wabak bukan kita minta. Bila dah kena, adakan dan sesuaikanlah.
Yang penting, kena faham kenapa desakan ini dibuat.
Jika tak faham lagi atau tak mahu faham takpe.
Cuma tolong fikir lagi sekali. Ramai orang tengah susah, ekonomi tak baik. Jadi sokong sajalah. Anggap ini next phase volunteerism yang kalau ditukar ke nilai wang ringgit, ia bernilai maksimum RM10,000.
Kalau kerajaan terima desakan, lulus bg one off, yang mana tak setuju tu jangan apply untuk withdraw. Simpan duit tu.
Orang lain ramai lagi yang nak guna duit, biar diorang withdraw ikut amaun yang ditetapkan mengikut baki KWSP yang ada.
Jadi, teruskan tandatangan dan kongsikan laman petisyen ini.
http://bit.ly/oneoffkwsp