Calon Guru COS 2021 Tuntut Keputusan Temuduga

Calon Guru COS 2021 Tuntut Keputusan Temuduga

2,024 have signed. Let’s get to 2,500!
Started

Why this petition matters

Started by Norhidayah Azmi

Calon guru Contract of Service (COS) telah ditemuduga pada bulan November 2021 namun hingga ke hari ini belum mendapat sebarang kata putus mengenai keputusan temuduga.

Matlamat tidak menghalalkan cara. Matlamat KPM untuk mengutamakan kepada calon ikhtisas dahulu sudah agak keterlaluan untuk diimplementasi dan sangat tidak sistematik.

Ianya sangatlah tidak adil bagi calon-calon COS yang telah sekian lama menunggu keputusan lulus atau gagal sahaja bagi mereka membuat perancangan hidup pada masa akan datang.

Sekiranya pihak KPM dari awal memang ingin mengutamakan calon ikhtisas seharusnya pihak mereka perlu menyelesaikan dahulu calon ikhtisas ini tanpa perlu membuka iklan guru COS ini apatah lagi mengadakan sesi temuduga untuk calon-calon COS ini.

Tetapi sudah terlanjur pihak mereka membuat kerja yang tidak sistematik ini, diharapkan ada satu pengumuman rasmi dan tuntas mengenai apakah kesudahan dan penyelesaian untuk calon-calon COS ini.

2,024 have signed. Let’s get to 2,500!