Actualización de la peticiónA Nobel Peace Prize for Jane GoodallAnugerah Keamanan Nobel untuk Jane Goodall: Wajah global untuk keamanan dunia
Myron ShekelleBellingham, WA, Estados Unidos
19 ago 2019

Pada minggu yang lepas, Badan Jawatankuasa Nobel Norway mengumumkan dua pemenang yang berhak memenangi Anugerah Keamanan Nobel. Kami menulis untuk memberi penekanan kepada badan jawatankuasa ini untuk mempertimbang dan memberi Anugerah Keamanan Nobel pada tahun hadapan ke Dr. Jane Goodall. Dengan menerima sokongan yang padu daripada segenap masyarakat dan negara, Jane merupakan calon yang paling layak untuk menerima anugerah ini. Tambahan lagi, anugerah ini hanya akan diberi kepada calon yang masih hidup1, dan selayaknya anugerah ini diberi kepada beliau yang kini berusia 84 tahun. Sebelum terlambat, kami berharap agar Jane akan dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel, agar beliau tidak menerima nasib seperti Gandhi2 dan lain lain yang tidak berpeluang sepanjang hayat mereka.

Jane Goodall menarik perhatian dunia dalam awal dekad 1960 dengan pelbagai siri penemuan yang memberi anjakan paradigma terhadap elemen kemanusiaan dalam kehidupan chimpanzi liar. Pada masa artikel ini ditulis, Louis Leakey secara ringkasnya merumuskan kepentingan penemuan kajian Jane, khususnya penggunaan peralatan dalam kehidupan chimpanzee. “ Kita mestilah memberi definisi baru terhadap manusia, peralatan dan meneria chimpanzi dalam kehidupan seharian manusia.” Tugasan dan hasil kerja Jane Goodall dalam bidang chimpanzi liar memberi inspirasi kepada penilaian semula terhadap apa yang memberi makna kepada manusia dan haiwan dalam skala global. Kehidupan manusia yang berkongsi habitat dan alam sekitar dan peningkatan konflik alam sekitar dengan manusia menyebabkan perlunya kita meluaskan pendefinisian “manusia” atau “kita” dalam ketamadunan manusia untuk bertahan. Manusia perlulah sedar bahawa kepentingan dan kewujudan bukan sahaja manusia, tetapi mengiktiraf kepentigan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini. Hal ini penting dalam menentukan keharmonian dalam kemandirian bukan sahaja manusia, tetapi keseluruhan alam sekitar dan planet ini. Penemuan yang meningkatkan kesedaran alam sekitar ini secara amnya merupakan salah satu langkah yang pentih dalam mencapai keamanan dunia.

Dekad 1960an mencatatkan kesedaran global bahawa persamaan antara makhluk yang hidup di muka bumi lebih banyak daripada perbezaan, walaupun pada peringkat mulanya kesedaran ini tidaklah digembar-gemburkan. Dalam hal ini, kami ingin mengemukakan beberapa persoalan. Wujdukah penemuan saintifik boleh menjurus kepada keamanan dunia, seperti hasil kerja Jane? Adakah saintis lain, selain Jane, yang sanggup mngetepikan kemasyuran hidup dalam karier mereka, demi menyumbangkan seluruh hidup untuk memberi inspirasi dan mengusahakan aktiviti kemanusian yang menjurus keamanan dunia termasuklah sifat kasih saying manusia terhadap alam sekitar dan kestabilan alam sekitar dengan pembangunan material?

Jane Goodall mengasaskan Jane Goodall Institute pada tahun 1977 dan berusaha untuk memajukan organisasi pemuliharaan global ini dengan meluaskan cawangan mereka ke segenap lebih dua puluh negara, dan mempromosi nilai asas murni ke enam-enam benua seperti menghormati, memelihara dan memulihara benda hidup dengan kepercayaan bahawa manusia, hidupan liar dan alam sekitar adalah saling berkait. Pada tahun 1986, Jane Goodall bersemangat untuk meluangkan masa beliau untuk memberi syarahan umum yang menjurus kepada nilai tersebut. Dengan mengadakan syarahan dan perbincangan ini, Jane dapat mengetengahkan usaha dan hasil kerja beliau dan organisasi ini terhadap pemuliharaan chimpanzi dan nilai kepercayaan beliau terhadap kebolehan setiap benda hidup untuk melakukan perubahan demi kebaikan dunia. Dengan aktiviti yang disampaikan melalui tulisan, filem dan buku, serta artikel National Geographic dan sebagainya, Jane telah membawa mesej secara khusus tentang keamanan dunia yang menyeluruh. Malahan, Jane telah seumur hidup komited untuk terus berkomunikasi dengan masyarakat, maka nama Jane sudah tidak asing lagi di dunia. Jane juga bertanggungjawab dalam melaungkan mesej kelestariaan pada pendidikan peringkat awal bagi memperbaiki amalan kehidupan seharian. Jane Goodall juga mengasaskan organisasi berbentuk pendidikan alam sekitar yang dinamakan Roots and Shoots pada tahun 1991, untuk mewujudkan hormat dan kasih sayang manusia terhadap alam sekitar, dan mendidik kefahaman tentang budaya dan kepercayaan tentang alam sekitar dan memberi inspirasi kepada setiap individual untuk berusaha menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk segenap alam. Roots and Shoots juga telah berkembang dengan baik, dengan mempunyai penglibatan ahli seramai lebih 150, 000 dari 130 negara5.

Pesanan Jane kepada kita banyak berkisar tentang kepentingan kemanan dalam hidup bermasyarakat sesama makhluk daripada segala landskap. Manusia, mempunyai kuasa untuk menakluki dan mengawal kesejahteraan alam sekitar, bukan sahaja mencakupi isu peperangan tetapi juga meliputi kelestarian dalam hidup berharmoni sesama makhluk. Hadiah Keamanan Nobel untuk Jane Goodall menekankan mesej sebenar isu keharmonian dan keamanan yang tidak mustahil dicapai sesama makhluk apabila manusia mengamalkan kehidupan yang lestari di bumi ini. 

Secara amnya, Jane Goodall adalah pilihan yang nyata untuk pemenang anugerah Hadiah Nobel Keamanan yang seterusnya. Jane merupakan “United Nation Messenger of Peace”, dan Jane juga menerima penghargaan yang banyak daripada pihak lain. Kami ingin menekankan bahawa usaha beliau benar-benar menempatkan Jane selayaknya untuk setiap penghargaan yang diterima. Kami juga ingin menekankan dedikasi beliau meluangkan seumur hidup dalam menyebarkan meseh kemanan menerusi kempen dan mesej sayangi alam sekitar dalam kelestarian global.  Dalam melaksanakan usaha tersebut, Jane banyak menyokong dan berusaha menjalin persaudaraan sesama bangsa dan memenuhi segala kriteria jelas yang ditetapkan oleh Alfred Nobel untuk penganugerahan yang telah dikhususkan untuk keamanan.

 

Penyataan biografi

Kami adalah sekumpulan saintis dan aktivis pemuliharaan yang mendesak kepimpinan di peringkat akar umbi untuk menyokong Jane Goodall dalam penganugerahaan Anugerah Kemananan Nobel. Kami menggalakkan pencalonan yang layak mencalonkan beliau dan kami amat bersungguh untuk menandatangani penyata dalam menyatakan sokongan kami. Layari laman sesawang “change.org” dengan mencari kata kunci “A Nobel Peace Prize for Jane Goodall" dan tanda tangani secara digital di sana!

Penyata Konflik Kepentingan: Ramai dalam kalangan kami mengenali Jane sebagai rakan setugas, rakan yang bekerjasama dan hanya kami berdua bekerja secara terus dengan organisasi Jane. Tiada antara kami yang mendapat mana-mana sumbangan material dalam menyokong penyata ini.

Wakil Benua : Afrika, Asia, Australia, Eropah, America Utara, America Selatan.

Wakil Negara: Australia, Brazil, Indonesia, Germany, Japan, Laos, Malaysia, Scotland, Singapore, South Africa, South Korea, Tanzania, Thailand, Vietnam, United States.

Terjemahan/ Translation from the English by Aini Hasanah Abd Mutalib

 

Jaringan kepada fakta dan kata-kata:

1“Work produced by a person since deceased shall not be considered for an award. If, however, a prizewinner dies before he has received the prize, then the prize may be presented. https://www.nobelprize.org/nobel_organizations/nobelfoundation/statutes.html#par4

2“Mahatma Gandhi, the Missing Laureate” https://www.nobelprize.org/nobel_prizes/themes/peace/gandhi/

3http://ngm.nationalgeographic.com/print/2003/04/jane-goodall/goodall-letter-text

4http://www.janegoodall.org/our-story/

5https://www.rootsandshoots.org/about3

6http://news.janegoodall.org/2016/09/15/peace-day-we-are-each-messengers-of-peace/

 

Authorship: Myron Shekelle [1], Herbert H. Covert [2], Craig Stanford [3], Russell A. Mittermeier [4], and others listed alphabetically (see below)

[1] Research Associate, Department of Anthropology, Western Washington University, Bellingham, Washington USA

[2] Professor, Department of Anthropology, University of Colorado, Boulder, Colorado, USA

[3] Professor, Department of Anthropology and Biological Sciences, University of Southern California, Los Angeles, California, USA

[4] Chief Conservation Officer, Global Wildlife Conservation, Austin TX, USA
 

Rebecca R. Ackermann. Director, Human Evolution Research Institute. Professor, Department of Archaeology, University of Cape Town, South Africa.

Andie Ang, President, Jane Goodall Institute (Singapore)

Marc Bekoff, author

Camille N. Z. Coudrat, Director, Project Anoulak, Lao PDR

Richard W Byrne, Emeritus Professor, School of Psychology & Neuroscience, University of St Andrews, St Andrews, Fife, UK

Ramesh Boonratana, Director, Natural Sciences Program, Mahidol University International College, Thailand.

Jae C. Choe, President, The Biodiversity Foundation, Seoul, Korea

Todd Disotell, Professor, Department of Anthropology, New York University, New York, New York, USA

Shun Deng Fam, Tutor and Course Co-convenor, Fenner School of Environment and Society, The Australian National University, Canberra, Australia.

Izeni Pires Farias, Departamento de Genética, Universidade Federal do Amazonas, Manaus, Brazil

Harry W. Greene, Emeritus Professor and Stephen H. Weiss Presidential Fellow, Department of Ecology and Evolutionary Biology, Cornell University, Ithaca, New York, USA

Colin Groves (posthumous), Professor Emeritus, School of Archeology and Anthropology, Australian National University, Canberra, Australia

Tomas Hrbek, Departamento de Genética, Universidade Federal do Amazonas, Manaus, Brazil

Kevin D. Hunt, Professor, Department of Anthropology, Indiana University, Bloomington, Indiana, USA

Lynne Isbell, Professor and Chair, Department of Anthropology, University of California, Davis, California, USA

Shadrack Kamenya, Conservation Director, the Jane Goodall Institute, Tanzania

James Loucky, Professor, Department of Anthropology, Western Washington University, Bellingham, Washington USA

Linda F. Marchant, Professor, Department of Anthropology, Miami University of Ohio, Oxford, OH, USA

William McGrew, Honorary Professor, Department of Psychology & Neuroscience, University of St. Andrews, Scotland

Fabiano R. de Melo, Professor at Forestry Enginneering Department, Universidade Federal de Viçosa (UFV), Viçosa, Minas Gerais, Brazil

Jim Moore, Professor Emeritus, Department of Anthropology, University of California, San Diego, California, USA

Carsten Niemitz, Professor Emeritus, Institute for Forensic Human Biology, 
Mölln, Germany

Le Khac Quyet, Research Associate, Southern Institute of Ecology - Vietnam Academy of Science and Technology, Hanoi, Vietnam

Christian Roos, Senior Scientist, German Primate Center, Leibniz Institute for Primate Research, Goettingen, Germany

Noel Rowe, Founder and President, Primate Conservation, Inc., Charlestown, Rhode Island, USA

Nadine Ruppert, Head of Primate Research and Conservation Lab, School of Biological Sciences, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Penang, Malaysia

Wes Sechrest, CEO, Global Wildlife Conservation, Austin, TX, USA

Jatna Supriatna, Professor of Conservation Biology and Director, Institute for Sustainable Earth and Resources, University of Indonesia, Depok, Indonesia

Patricia Wright, Distinguished Service Professor, Department of Anthropology, State University of New York, Stony Brook, USA

Juichi Yamagiwa, President, Kyoto University, Japan

Kelly R. Zamudio, Goldwin Smith Professor of Ecology and Evolutionary Biology, Cornell University, Ithaca, New York, USA

Copiar enlace
WhatsApp
Facebook
X
Email