#TuntutSampaiDapat: Accessible and safe roads for Kampung Pangaraan, Nabawan in Sabah!

The Issue

English version below

#TuntutSampaiDapat: Jalan yang mudah diakses dan selamat untuk Kampung Pangaraan, Nabawan di Sabah!

Adakah profesion perguruan merupakan pekerjaan yang berisiko tinggi? Rupa-rupanya ya, jika anda ditempatkan di kawasan pedalaman seperti Kampung Pangaraan di Nabawan, Sabah.

Saya tidak pernah tahu tentang kewujudan Pangaraan dan masalah yang mereka hadapi sehinggalah saya berjumpa dengan seorang rakan yang ibunya merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Pangaraan.

“27 tahun sudah berlalu, tetapi ibu saya masih perlu berjalan kaki selama 18 jam untuk sampai ke sekolah untuk mengajar,” menurut rakan saya.

Saya mendapati perkara ini sukar untuk dihadam.

Sebagai seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di bandar Kota Kinabalu, kira-kira 165 kilometer dari Nabawan, amat membingungkan bahawa masih terdapat masyarakat pada zaman ini yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air.

Lebih membingungkan ialah mereka tidak dapat keluar masuk ke kampung dengan mudah untuk mendapatkan bekalan dan perkhidmatan yang diperlukan kerana keadaan jalan yang teruk dan jambatan yang runtuh.

Perjalanan selama 18 jam dan berbahaya itu mengambil kira jumlah masa menunggu sungai itu surut supaya mereka dapat menyeberang dengan selamat.

Sebagai perbandingan, saya menghantar anak saya ke sekolah setiap hari dengan kereta, yang mengambil masa sekitar 10-15 minit sahaja. Apabila saya rasa saya memerlukan sesuatu dari kedai, saya boleh berjalan atau memandu pada bila-bila masa.

Apabila saya melahirkan anak-anak saya, saya berada di hospital, dikelilingi oleh profesional perubatan yang memastikan saya selamat dan sihat.

Ini, bagaimanapun, tidak mungkin berlaku di Kampung Pangaraan, Nabawan, berdasarkan laporan yang saya lihat dalam laporan berita dan seperti yang dikongsi oleh rakan saya yang saya telah kenali melalui rangkaian NGO saya.

Sebagai pengasas Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (SERATA), saya amat prihatin dengan pembangunan yang tidak sama rata di Sabah.

Saya sekarang menyeru agar pemimpin kita memperbetulkan keadaan ini.

Pelajar-pelajar warganegara Malaysia ketinggalan dalam pendidikan mereka, kerana mereka tidak dapat mengakses sekolah mereka dengan selamat dan terjamin

Air bersih, elektrik, jalan raya yang boleh dilalui dan akses kepada pendidikan merupakan hak asasi tanpa kompromi yang diperlukan oleh setiap manusia. Walaubagaimanpun, keperluan asasi bagi warga Kg. Pangaraan, Nabawan Sabah telah diabaikan terlalu lama.

Walaupun kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan telah mengumumkan secara terbuka tentang wujudnya dana kecemasan untuk membaiki jambatan yang telah dihanyutkan akibat banjir pada bulan Mac 2022, penduduk di Kg Pangaraan terus menderita kerana keutamaan tidak diberikan untuk memastikan jalan-jalan yang menghubungkan kampung tersebut selamat dan selesa untuk digunakan.

Sehingga ke hari ini, keadaan jalan raya tersebut masih berbahaya bagi mereka yang perlu keluar dan memasuki Kg Pangaraan.

Sebenarnya, keadaan Kg. Pangaraan ini bukanlah perkara baharu – masalah ini telah dilaporkan buat julung kalinya dalam berita nasional pada tahun 2020, di mana sebuah jambatan kayu runtuh ketika sebuah kereta sedang membawa seorang guru ke SK Pangaraan.

Oleh kerana kurangnya pemahaman tentang kuasa media sosial pada masa itu, insiden dan peristiwa ini telah dilupakan dan terkubur di bawah berita lain yang lebih "sensasi".

Nasib sebenar penduduk kampung baru-baru ini terbongkar melalui video yang tersebar di internet. Keadaan ini pertama kali diketengahkan dalam artikel akhbar yang melaporkan guru-guru membuat perjalanan 18 jam dengan berjalan kaki hanya untuk sampai ke SK Pangaraan pada 8 April 2022. Ini adalah akibat banjir yang berlaku pada 5 Mac 2022 yang telah menghanyutkan tiga buah jambatan dan menyebabkan laluan terputus.

Untuk makluman, tahun persekolahan di seluruh Malaysia telah bermula pada 21 Mac 2022 termasuk Nabawan. Beberapa video tular kanak-kanak menyeberangi sungai melalui pelbagai cara, seperti menggunakan rakit, serta zipline, tersebar dengan luas di media sosial.

Sebagai tindak balas kepada keadaan yang teruk, sukarelawan telah mengambil inisiatif segera dengan menghantar bantuan makanan dan kit perubatan pada 18 April 2022. Tanpa diduga, mereka mendapati seorang ibu terpaksa melahirkan anak sendiri tanpa bantuan perubatan, serta kes komplikasi lain yang memerlukan rawatan perubatan segera.

Walaupun tindakan pihak tertentu untuk menghantar guru-guru kembali ke sekolah dengan menaiki helikopter dan bantuan makanan yang diberikan adalah sangat dialu-alukan, namun ini bukanlah penyelesaian jangka panjang kepada masalah dan musibah yang telah dialami penduduk Kg Pangaraan selama beberapa dekad.

Mestikah guru, pelajar dan penduduk kampung mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya dan akses kepada keperluan asas yang lain? Adakah nyawa orang kurang berharga hanya kerana mereka tinggal di kampung terpencil?

Dengan menandatangani petisyen ini, kami menyeru agar:

1. Ahli Parlimen Pensiangan, YB. Datuk Arthur Joseph Kurup
2. ADUN Nabawan, YB. Datuk Abdul Ghani Bin Mohamed Yassin
3. Kementerian Kerja Raya

untuk mempercepatkan penyediaan semua keperluan asas, termasuk jalan yang boleh diakses, air bersih dan elektrik, seperti yang diperlukan oleh penduduk Kampung Pangaraan dengan menggunakan proses yang telus tanpa sebarang kelewatan lagi.

Tindakan mesti diambil SEKARANG!

==========================================

Is the teaching profession a high-risk occupation? Apparently it is, if you are placed in a rural area like Kampung Pangaraan in Nabawan, Sabah.

I never knew about the existence of Pangaraan and the problems they faced until I met a friend whose mother is a teacher at Sekolah Kebangsaan Pangaraan

“27 years have passed, but my mother still needs to take an 18-hour journey on foot to get to the school to teach,” according to this friend of mine.

This is unthinkable.

As a person born and bred in urban Kota Kinabalu, about 165 kilometres away from Nabawan, it is mind-boggling that there are still people in this day and age who do not have access to electricity and water. Even more mind-boggling is that they are unable to leave and enter the kampung easily to get necessary supplies and services due to bad road conditions and bridges that have collapsed.

The 18-hour long and treacherous journey considers the amount of waiting time for the river to recede so that they may cross safely.

In comparison, I send my child to school every day by car, which takes just around 10-15 minutes. When I feel like I need something from a shop, I can just walk or drive over at any time.

When I gave birth to my children, it was at a hospital, surrounded by medical professionals who ensured that I will be safe and healthy.

This, however, is not possible in Kampung Pangaraan, Nabawan, based on reports I have seen in the news reports and as shared by my friend whom I befriended through my NGO networks.

As a founder of Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (SERATA), I am deeply concerned with the unequal development in Sabah. I am now calling for our leaders to rectify this situation.

Malaysian children are being left behind in their education, because they are unable to access their school safely and securely

Clean water, electricity, accessible roads and access to basic education are non-negotiable basic rights needed by every human being. However, these basic needs for the people of Kg. Pangaraan in Nabawan, Sabah has been overlooked and ignored for far too long.

Although both the State government and the Federal government has publicly announced emergency funding to repair bridges that has been swept away due to a flood in March 2022, the people at Kg Pangaraan continue to suffer as the priority has not been placed on ensuring that the roads connecting the village are safe and convenient.

As of today, the roads remain perilous to those needing to leave and enter Kg Pangaraan.

The situation of Kg. Pangaraan is hardly new - it was first highlighted in the news in 2020, where a wooden bridge collapsed while a car was ferrying a teacher over to SK Pangaraan.

Due to the lack of understanding of the power of social media back then, such incidents were kept quiet and the event was soon forgotten and buried under other more "newsworthy" causes.

The true plight of the kampung folk have only just recently come to light through videos from the ground circulating on the internet. This predicament was first highlighted in newspaper articles that reported teachers making a gruelling 18-hour trip by foot just to reach SK Pangaraan on 8 April 2022. This was as a result of a flood that happened on 5th of March 2022 that swept away three bridges, cutting off access.

The school year in the whole of Malaysia has since begun on 21st of March 2022, and it is no different for the schools in Nabawan.

Several videos of children crossing the river through various means, such as using a make-shift raft, as well as a zipline, made its rounds on social media.

Volunteers, seeing the dire situation, assisted by sending food and medical kits on 18 April 2022. What they unexpectedly found was a woman forced to deliver her own baby without any doctor's help and other cases requiring urgent medical assistance.

While the one-off helicopter ride to send teachers back to the school is nice, and food aid given is welcome; these are not long-term, sustainable solutions to problems that has been plaguing the people of Kg Pangaraan for decades.

Must teachers, students and kampung folk all put their lives at risk through bad roads and non-existent bridges in order to get a proper education and access to other basic needs? Are people's lives worth less just because they live in far-off villages?

By signing this petition, we call upon

  1. Member of Parliament for Pensiangan, YB. Datuk Arthur Joseph Kurup

to expedite the due provision of all human basic needs, including accessible roads, clean water and electricity, as required by the people of Kampung Pangaraan in a fully transparent and accountable process without any further delay.

Action must be taken NOW! 

8,691

The Decision Makers

YAB Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Haji Noor

Chief Minister of Sabah
YB Datuk Arthur Joseph Kurup
YB Datuk Arthur Joseph Kurup
MP of Pensiangan and Deputy Minister of Works, Malaysia
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Dato' Sri Haji Fadillah bin Yusof
Minister of Works
YB Datuk Jahid @ Noordin bin Jahim
YB Datuk Jahid @ Noordin bin Jahim
Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Prime Minister of Malaysia
Petition updates